Prolog

22 1 0
                                    

HIDUP dengan tiada keadilan itu sangat menyakitkan.
Satu kesakitan yang boleh mengubah seseorang itu menjadi kaca yang berderai tanpa retakan.

"Mulai hari ini, kau jangan makan! Kalau aku dapat tahu kau makan walaupun sedikit memang aku bunuh kau! Duit kau semua aku akan ambil! Biar bagi pengajaran pada kau!." Jerkahan yang sangat kuat. Kuat dan membawa makna yang sangat dahsyat sehingga mampu merebahkan manusia yang sedia ada diberi sifat kekuatan jatuh menyembah bumi.

"Umi....Fiyah tak buat umi...." Merayu-rayu gadis bertubuh kecil itu dengan esakan. Kaki sang ibu ditarik perlahan dengan kegigilan memohon kemaafan.

"Bodoh! Kau tak payah nak minta simpati lah!."

"Allahuakbar!." Tanpa amaran kepalanya disepak kuat oleh seorang perempuan yang digelar kakak. Jatuh tersembam Lutfiyah ke lantai.

"Dasar anak tak sedar diri!. Menyusahkan aku je." Disepak kuat belakang badan Lutfiyah oleh sang ibu pula.

"Dahlah umi. Tinggal je dia ni. Yang penting telefon dengan dompet dia amik!." Laila terus berjalan ke arah meja solek Lutfiyah. Telefon pintar yang berada di atas meja solek itu diambil bersama dengan dompet berwarna merah jambu bersaiz sederhana. Kad pengenalan diri sahaja dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja solek itu.

"Kau ingat ya Lutfiyah Dalila. Sampai mati pun aku akan ingat apa dosa kau pada aku! Pada keluarga aku!."

Bumm!

Pintu bilik itu ditutup kuat kemudian dikunci daripada luar.

"Ya Allah...aku tak kuat....aku nak lari..." Menangis teresak-esak tubuh kecil itu disebalik kegelapan bilik.

Hanya kerana satu fitnah, habis hancur segalanya.

Lutfiyah Dalila yang baru sahaja berusia 17 tahun. Bakal menghadapi SPM yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Dituduh oleh mak saudaranya sendiri kerana mencuri sejumlah wang dan barang kemas milik wanita itu.

Rumah Puan Maryam iaitu ibu kandung Lutfiyah sememangnya sudah dijadikan seperti rumah persinggahan oleh adik-beradik dan saudara mara. Setiap minggu atau bulan pasti rumah ini akan meriah dengan kehadiran ramai orang.

Tetapi tidak disangka pada hari ini apabila diri Lutfiyah dituduh mencuri oleh mak saudaranya sendiri iaitu adik Puan Maryam.

Bukan setakat dituduh sahaja malah diugut pula. Adik Puan Maryam atau dipanggil Mak Jah telah mengugut untuk memotong tangannya jika dia tidak mahu mengaku. Nasib sahaja sempat dihalang oleh ahli keluarga yang lain.

Akhirnya untuk tidak menambah kekecohan dan perbalahan di antara keluarga, dirinya teruk dihentam oleh sang ibu dan kakak.

Abi ke mana? Abi hanya umpama tunggul kayu yang tidak mampu menghalang. Abi juga turut mempercayai yang lain lebih daripada anak sendiri.

Sudahlah dirinya selalu disisihkan. Ini bertambah lagi. Bagi Lutfiyah, dunia tidak pernah mengadili kehadiran dia. Semua kesalahan pasti jatuh padanya.
Dia penat. Penat untuk menjadi matang di usia yang terlalu muda. Penat untuk mempertahankan dirinya sedangkan tiada yang akan mengadilinya.

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang