03

8 1 0
                                    

MATA meliar di sekitar rumah mencari kelibat semua orang. Langkah dibawa ke dapur pula, masih sama. Kosong sahaja. Seperti yang dia sudah maklum, Harith keluar bekerja. Selalunya pada waktu begini sudah pulang tetapi tidak ada lagi kelibatnya.

Tapi mana pula Umi, Abi dan Laila?.

"Oi anak tak guna! Kau buat apa kat dapur ni?!" Terangkat bahu Lutfiyah apabila disergah oleh Laila daripada belakang. Seperti selalu, memang kasar layanan Laila sebagai seorang kakak kepada adiknya.

"Err...kakak. Kakak tadi pergi mana dengan Umi dan Abi?"

"Beli barang dapurlah. Yang kau menyibuk kenapa?. Dahlah tepi. Kau tu tak layak pun nak ambil tahu semua yang berlaku dalam rumah ni. Kau tu tak lari pun title dia sebagai orang asing!." Sama sahaja mulut Laila seperti Puan Maryam. Tidak lari pun mulut berbisa mereka itu.

Lutfiyah tidak menjawab. Daripada dirinya terus menerus disindir oleh Laila lebih baik dia bawa diri ke tempat lain.

Dilihat Umi dan Abi sedang elok duduk bersantai di ruang tamu sambil berborak sakan.

"Umi..." Takut-takut Lufiyah memanggil.

"Aish bala ni pula datang." Sengaja perkataan 'bala' itu ditekankan oleh Puan Maryam.

"Ha kau nak apa pula kali ini?!" Belum sempat apa-apa Lutfiyah terus ditengking kuat oleh Puan Maryam.

"Kamu ni esok nak periksa kan? Lebih baik kamu pergi belajar sana." Kini Abi pula bersuara. Abi yang jarang-jarang mengeluarkan kata-kata kini menjadi satu kepala pula dengan Umi.

"Umi..Abi..Fiyah nak minta izin minum air masak sedikit boleh? Fiyah janji, seteguk pun jadilah." Tanpa melengahkan masa Lutfiyah terus menerangkan hajatnya. Perasaan takut ditolak tepi. Dia perlukan air sahaja sekarang. Perutnya yang sakit sudah diketahui puncanya. Puncanya ialah disebabkan air paip yang diminum Lufiyah pada setiap hari hampir 3 minggu ini.

"Kepala otak kau lah Lutfiyah!" Tiada angin tiada ribut. Umi mahupun Abi juga tidak bersuara, tetapi dirinya sudah dimarahi Laila.

"Kau dah elok minum air paip tu, minum jelah! Mengada sangat! Eh kau kena ingat eh yang Umi dah haramkan kau makan walau sekelumit pun makanan daripada rumah ni!" Dahi Lutfiyah ditunjal-tunjal oleh Laila.

"Kalau aku lah jadi kau, aku nak minta makan pun aku malulah! Aku lebih rela kutip dekat tepi tong sampah tu daripada mengemis minta makan kat orang!" Kuat suara Laila menghimpit gegendang telinga Lutfiyah.

Lutfiyah pula buat apa? Terus saja menunduk memandang lantai dengan air mata yang sudah deras mengalir.

"Kalau kau betul lapar, kau pergi keluar cari kerja sendiri beli makanan pakai duit sendiri! Jangan sibuk menyusahkan aku. Engkau ni daripada kau lahir sampailah dah besar panjang memang tahu menyusahkan aku je!" Kini Puan Maryam pula menambah.

"Kalau macam tu, Umi bagilah duit Fiyah. Haritu duit Fiyah kan Umi ambil. Fiyah nak guna beli nasi." Lutfiyah menjawab. Sungguh sedikit takut pun tiada. Dia sudah penat diseksa sebegini.

"Pergi mampuslah dengan duit kau! Duit kau, kau kata? Eh duit tu aku juga yang bagi tau selama ni! Dah kau pergi berambus sekarang! Pergi masuk bilik kau sebelum aku hentak muka kau kat lantai ni!"

Lutfiyah tidak berganjak. Mata berpaling pandang ke arah Abi pula. Mengharap Encik Bahri pula akan membantunya. Tetapi tidak.

"Masuk bilik kamu Lufiyah Dalila! Tak dengar ke apa Umi kamu kata?!" Abi juga turut sama menengkingnya.

Lutfiyah terus lari membawa diri ke dalam bilik. Pintu dikunci rapat. Tubuhnya melorot jatuh ke bawah. Air mata usah dikata. Habis basah mukanya dengan air mata.

Mengapa dirinya dilayan sebegitu kejam sekali?.

Dia hanya meminta seteguk air masak sahaja.

Kedua belah lutut dibawa kedadanya. Kepala ditundukkan dan diteruskan dengan tangisan. Itu sahaja yang mampu Lutfiyah lakukan. Menangis.

"ADIK?" Pintu bilik Lutfiyah diketuk beberapa kali.

Siapa lagi kalau bukan Harith. Lelaki itu pasti baru pulang daripada kerja. Lutfiyah terus bangun dan membuka pintu bilik.

"Angah baru balik kerja ke?"

Harith mengangguk kepala. Kemudian terus dihulurkan kepada Lutfiyah satu plastik hitam berisi polisterin makanan.

"Apa ni?" Tanya Lutfiyah.

"Nasi goreng kampung. Angah baru gaji. Adik makanlah." Harith tersenyum tawar. Harith tidak menyambung pelajarannya kemana-mana walaupun mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM. Umurnya yang kini menginjak naik ke 22 tahun itu hanya diisi dengan kerja sebagai cashier di kedai serbaneka. Tetapi pekerjaan itu hanyalah sementara kerana Harith sedang mengumpul duit sendiri untuk menyambung pelajarannya.

"Tapi, Umi haramkan adik makan. Adik taknak jadi anak derhaka sebab langgar arahan Umi."

"Yang Umi haramkan tu kalau adik makan makanan daripada rumah ni. Nasi goreng ni angah beli kat luar dan bukan daripada Umi ataupun Abi. Angah yang beli. Jadi adik boleh makan." Satu persatu Harith menerangkan kepada Lutfiyah. Dia kasihan sebenarnya dengan nasib adiknya. Dia sedap makan tapi adiknya kelaparan.

"Terima kasih angah." Lutfiyah mengambil makanan yang dihulur Harith.

"Nah air sekali dengan cotton candy adik!" Harith juga turut menghulurkan plastik daripada Petronas. Didalamnya terdapat sebotol air mineral, air kotak dan gula-gula kapas. Sememangnya Lutfiyah sangat gemar dengan gula-gula kapas.

"Ya Allah! Terima kasih angah!"

"Sama-sama adik. Dah pergi makan cepat. Tapi makan senyap-senyap tau? Bekas tu nanti masuk dalam plastik. Esok pagi angah ambilkan dan buang." Sempat pesanan dipesan kepada Lutfiyah. Bukan apa, cuma risau jika Umi mahupun Abi terlihat perkara ini habis Lutfiyah dimarahi.

"Baik angah. Terima kasih tau!" Tak henti kata terima kasih daripada terus meniti di bibir Lutfiyah.

Harith hanya kekal tersenyum.

Lutfiyah Dalila seorang gadis yang sangat sopan tetapi kadangkala sedikit polos juga. Bagaimanalah nasib adiknya nanti jika dia sudah tiada?.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now