23

13 1 0
                                    

"Lutfiyah oi! Cepatlah sikit. Nanti jem macam mana?" Lais bercekak pinggang di hadapan pintu keretanya.

Hari keluarga yang sepatutnya diadakan selama seminggu itu telah pun tamat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Paling penting aktiviti menyarungkan tudung itu telah menjadi salah satu kemenangan buat Lais dan Lutfiyah.

"Sabarlah!" Dijeling tajam Lais oleh Lutfiyah.

"Apa jeling-jeling? Cucuk karang mata kau."

"Cucuk lah! Tak kisah pun! Biar buta. Mata kita pun taknak lah tengok muka tak handsome awak tu!" Habis semua Lutfiyah hamburkan kepada Lais.

"Ooo tak handsome ya? Okay budak okay." Lais terus masuk ke dalam kereta meninggalkan Lutfiyah yang masih terkedek-kedek berjalan seperti itik.

"Ish mummy tengoklah anak mummy tu. Boleh pula tinggalkan Fiyah!" Sengaja Lutfiyah meraut lengan Puan Rashidah sambil mengadu.

"Haih kamu berdua ni. Gaduh-gaduh manja pula. Sukalah mummy tengok." Usik Puan Rashidah dengan ketawa kecil.

"Lais tu mummy! Dia asyik sakat Fiyah je! Lepas tu kerja dia asyik nak membebel je! Dahlah garang! Fiyah buat apa semua salah, dia je nak betul. Susah betul nak menang!" Bentak Lutfiyah. Suara sengaja dikuatkan supaya Lais yang elok membuka tingkap di bahagian pemandu itu turut mendengar aduannya dengan Puan Rashidah.

"Dia suka marah Fiyah ya? Meh sini mummy cubit dia." Puan Rashidah terus meluru ke kereta dipandu Lais. Tanpa menunggu lama tangan terus masuk melalui tingkap kereta yang sedia terbuka itu lalu mencubit lengan Lais.

"Aduh mummy!" Lais tidak sempat mengelak dengan tindakan Puan Rashidah. Tangan perlahan naik mengusap lengan yang terdedah.

"Haa kenapa along asyik nak marah menantu mummy je ni? Kesian tahu tak pada Fiyah?" Lutfiyah mengambil tempat di sebelah pemandu. Telapak tangan dibawa menutup separuh muka bagi menahan ketawa melihat Lais yang sudah cemberut muka.

"Mana ada mummy. Mummy percaya ke dengan budak kecik ni? Dia tu dah masuk 2 kali biar Lais duduk luar...pfft pfff." Belum sempat Lais menghabiskan aduannya Lutfiyah terlebih dahulu menutup mulut Lais dengan telapak tangannya.

"Apa yang dua kalinya Fiyah? Lais?." Kini Puan Rashidah pula menyoal. Ada-ada saja tingkah laku mereka berdua ni.

"Takde apa lah mummy. Lais kata pisang kat luar rumah kami tu dah berbuah dua kali. Selalu pisang lain berbuah sekali je kan mummy? Haa tapi pokok pisang yang Lais tanam tu dia bagus sikit. Boleh berbuah dua kali. Limited edition mummy!" Lutfiyah tersengih-sengih sudah. Lais dengan muka pasrah. Pandai-pandai je budak kecik ni reka cerita.

"Lah ya ke along? Mana kamu dapat biji benih pisang tu along? Eh lagi satu baja apa yang kamu pakai? Mummy tak tahu pula yang along ada bercucuk tanam dekat rumah sana. Nanti kalau dah masak pisangnya bagitahu mummy ya? Boleh buat jemput-jemput pisang tak pun buat pengat pisang! Aduh sedapnya!"

Lutfiyah segera melepaskan tangan yang sedang menekup mulut Lais.

Lais menjeling Lutfiyah dengan tajam sekali. Lutfiyah pula hanya tersengih.

Pandangan kemudian fokus ke arah Puan Rashidah yang masih statik berdiri di luar kereta memerhati tingkah laku anak sulung dan menantu kesayangannya ini.

"Err hahahhah. Biji benih apa ya? Oh itu...itu kawan along bagi ha! Baja pun sama juga kawan along bagi." Lais mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Baiklah kalau begitu. Dah cepat-cepat balik. Masuk tengah hari nanti takut jem pula jalan tu. Fiyah lusa dah nak balik universiti kan? Jaga diri ya sayang." Laju tangan Puan Rashidah menjalar masuk melalui tingkap kereta dan mengusap perlahan kepala Lutfiyah. Lutfiyah juga terus menarik kekura tangan itu dan tunduk untuk menyalam.

Lais juga menghulurkan tangannya kepada Puan Rashidah.

"Along gerak dulu ya mummy. Assalamualaikum. Nanti kirim salam daddy dan Luqman ya? Tolong pesan dekat Luqman sekali jangan lupa belajar rajin-rajin. Nak SPM kan dia tahun ni? Awek tolak tepi dulu. Tahulah dia tu bukan main popular dalam satu MRSM tu."

"Waalaikumussalam. Yelah sudah-sudah. Dah cepat pergi. Bawa kereta tu elok-elok."

"Hahhaha dahlah awak! Mummy dah halau tu! Cepatlah hahahhaha!" Bukan main seronok Lutfiyah menggelakkan Lais. Sambil itu Puan Rashidah juga turut ketawa melihat wajah tidak puas hati anak sulungnya itu.

"Okaylah. Tata mummy along." Sengaja Lais mengepit suaranya untuk menunjukkan sisi kemanjaan seorang anak terhadap ibu.

"Eeeeeee apa ni gediknya Lais!" Lutfiyah terus membuang pandangan ke arah lain tatkala melihat wajah gedik Lais.

Lais hanya ketawa. Cermin kereta dinaikkan semula. BMW itu mula mengundur keluar daripada halaman villa itu.
Hon kereta dibunyikan sebanyak dua kali tanda selamat tinggal buat Puan Rashidah yang melambai dari luar.

Setelah kereta Lais berlalu pergi, maka timbullah seorang bala yang tidak diundang.

"Makngah! Abang Izz dah balik ke? Alaaaaa Qis tak sempat nak ucap selamat tinggal and peluk-peluk Abang Izz!" Puan Rashidah sedikit terkejut dengan teriakan Qisteena yang sudah memanggilnya dari jauh. Gadis muda itu menghampirinya dengan wajah cemberut. Tambah pula suara gediknya itu. Memang rasa mahu meletup sahaja Puan Rashidah pada ketika ini.

"Amboi Qis! Kamu dengan Izz tu bukan mahram ya. Mana boleh peluk-peluk. Dia bukan suami kamu. Lagipun Izz tu dah ada isteri dah." Lembut Puan Rashidah menegur tapi masih terselit sedikit ketegasan.

"Apa makngah kata tadi? Abang Izz bukan suami Qis jadi sebab tu Qis tak boleh peluk dia? Okay jadi kalau macam tu apa kata makngah jadikan Abang Izz tu suami Qis! Kan senang. Nanti benda dah jadi halal and Qis pun bolehlah peluk Abang Izz setiap hari!"

"Eh sudahlah kamu ni Qis. Malaslah makngah mahu melayan karenah kamu ni. Berapa kali makngah mahu ulang? Abang Izz kamu tu dah berkahwin. Dah ada isteri dah pun. Cukuplah kamu berangan-angan nak jadi menantu makngah pula." Ambil sekali pedas Puan Rashidah menghentam dengan kata-katanya.

"Mak ngah! Jadi selama ni memang mak ngah dah lama berazam atau lebih tepat memang mak ngah tak suka Qis lah? Macam tu kan makngah?" Qisteena menghentak kakinya berkali-kali tanda tidak puas hati.

Dalam hati Puan Rashidah sudah bergelak gembira.
Terlebih cakap ke? Atau Qisteena betul-betul terasa?
Jika ya, Alhamdulillah.

Memang sengaja Puan Rashidah ingin menyakitkan hati anak saudaranya ini kerana dia tahu segalanya tentang perasaan Qisteena yang menaruh hati pada anak sulungnya.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now