21

12 1 0
                                    

"Selamat pagi budak kecik." Gembira sungguh suara Lais yang kini elok duduk di sofa berhadapan dengan katil.
Kaki bersilang. Senyuman paling manis dihadiahkan.

Dalam hati Lutfiyah sudah berkata pelik. Jam baru menunjukkan 5.30 pagi. Azan subuh pun belum lagi.

"Awalnya Lais bangun..." Lutfiyah teragak-agak berkata.

Lais hanya senyum.

Lutfiyah membalas senyuman Lais. Malas hendak bertanya. Tiba-tiba sahaja mood lelaki ini berubah.

Tangan Lutfiyah meraba-raba di meja tepi katil mencari pengecas telefonnya. Dia lupa untuk mengecas telefon pintarnya sebelum tidur malam tadi.

"Lais nampak charger orang tak? Tak silap semalam letak kat atas meja ni."

"Hmm. Tak nampak pulak."

Lutfiyah mengeluh perlahan. Mata Lutfiyah bersambung dengan mata Lais. Terlihat Lais hanya senyum sambil melirik ke arah rambut Lutfiyah.

"Kenapa pandang Fiyah macam tu?"

"Takde apa. Cantik rambut kau. Aku yang ikatkan tadi. Rimas aku tengok." Lais berkata sambil mata memandang tepat ke sanggulan rambut Lutfiyah. Bukan main cantik juga Lais buat!.

"Ooo terima kasih." Tangan Lutfiyah naik memegang belakang rambutnya.

"Eh tapi ni bukan-"

"Lais!!!" Lutfiyah terus bertukar menjadi serigala apabila memegang rambutnya. Bukan getah rambut yang dipakai Lais untuk mengikat rambutnya tetapi wayar pengecas. Siap dengan kepala pengecas tu sekali di simpulkannya pada rambut hitam Lufiyah.

"Lais! Ini charger lah! Kenapa ikat rambut Fiyah dengan benda ni?! Habislah rosak!" Lutfiyah terus bangun dari katil dan berlari ke arah Lais yang masih duduk tenang di sofa.

"Eh eh jangan! Allahuakbar!" Lais terus bangun dari duduk dan berlari ke luar balkoni. Pintu balkoni vila itu ditutup rapat daripada luar. Seram dia melihat wajah merah Lutfiyah. Sebiji macam serigala kelaparan.

"Haaa nak sangat duduk luar kan? Bila Fiyah marah sikit terus nak duduk luar. Okay tak apa." Lutfiyah tayang sengih sambil tangan terus mengunci pintu balkoni itu dari dalam.

Terbeliak biji mata Lais melihat tindakan Lutfiyah. Dejavu ke ni? Kali kedua Lais dikunci dari dalam dan duduk di luar.

"Fiyah! Bukaklah pintu ni budak! Aduh kejap lagi dah azan lah!" Tangan Lais tak berhenti mengetuk pintu kaca balkoni itu.

"Werkkk tak nak!" Lutfiyah menjelir lidah kepada Lais. Kemudian terus memboloskan diri ke dalam bilik air ingin mandi sebelum waktu subuh masuk.

Selesai sahaja mandi, Lutfiyah melihat Lais yang duduk bersandar di dinding luar balkoni itu.

Kesian pula pada Lais. Lutfiyah pula mandi saja hampir 30 minit. Terpaksalah Lais turut duduk di luar selama setengah jam itu.

Pintu balkoni itu dibuka perlahan. Lais yang duduk meringkuk di bawah dengan kedua belah kaki di bawah ke dada itu dipandang. Masam betul wajah lelaki itu.

"Lais masuklah jom. Azan dah habis 10 minit dah ni." Lembut saja suara Lutfiyah. Dalam hati takut juga melihat wajah dingin suaminya itu. Peluh merintik sudah di kepala.

Lais tidak berkata apa-apa malah terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Lutfiyah turut sama masuk dan hanya melihat tingkah laku Lais. Lelaki itu kini sedang mengambil kain pelikat di dalam almari.

"Hehe cepat lah Lais. Fiyah dah ada air wudhuk ni. Tengah tunggu Lais je." Tangan Lutfiyah naik menggaru kepala yang tidak gatal. Naik seram dan takut pula ingin bersuara tetapi hati tetap berkata mahu.

Jelingan tajam diberikan Lais buat Lufiyah. Lais terus masuk ke dalam bilik mandi. Pintu bilik mandi itu sengaja dihempas kuat.

"Uishh garangnya." Terkedu Lutfiyah.

"Ya Allah ya Tuhanku. Ampuni dosa ku Ya Allah, ampuni juga dosa isteriku. Kau ampuni juga dosa kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku. Ya Allah kau permudahkan segala urusan harianku dan isteriku. Kau murahkanlah rezeki kami."

"Ya Allah...aku sayang dia Ya Allah." Mata Lutfiyah memandang belakang tubuh Lais yang sudah menunduk.Dapat dilihat tubuh lelaki itu bergetar perlahan.

"Aku sayang isteri aku Ya Allah. Lutfiyah Dalila. Kau jadikanlah isteriku dalam kalangan wanita yang solehah Ya Allah. Kau permudahkan segala urusan dia samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Ya Allah, kau jagakanlah dia untuk aku tidak kira walau di mana dia berada. Kau jagakanlah kesihatannya, keselamatannya dan kau peliharalah maruah dan akhlaknya di khalayak ramai." Mengalir air mata Lutfiyah mendengar doa daripada Lais.

"Ya Allah kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima ku seadanya Ya Allah. Jikalau aku bukan yang terbaik untuk dia, maka kau tunjukkanlah padaku siapa gerangan yang lebih layak menyayangi dia lebih daripada aku. Aku tidak minta perpisahan di antara kami, tapi aku inginkan keikhlasan cinta yang terbit dari jasad dan rohani kami sendiri. Aku sayang dia Ya Allah..." Belum sempat doa dihabiskan, Lais terlebih dahulu menekup mukanya dengan telapak tangan. Ternaik bahu lelaki itu dengan tangisan teresak-esak.

Air mata Lutfiyah juga turut mengalir hebat. Terus Lutfiyah menghampiri tubuh lelaki itu dan dipeluk daripada belakang.

"Lais..."

"Fiyah minta maaf..."

Lais terus berpusing ke belakang. Wajah Lutfiyah dipegang.

"Kau tak ada salah. Aku yang salah. Terlalu awal untuk aku cintakan kau." Merah mata Lais bersama air mata.

"Kalau kau rasa kehadiran aku menyakitkan kau, bagitahu ya? Aku pernah berjanji untuk pulangkan semula kau pada umi abi kalau aku hanya menyakitkan dan tak mampu membahagiakan kau. Janji harus ditepati." Lais mengusap perlahan sisi kepala Lutfiyah yang masih berbalut dengan telekung.

"Habis tu, Lais sanggup ke lepaskan Fiyah ke tangan orang yang sakitkan Fiyah? Lais bahagia ke tengok Fiyah disakiti?" Lutfiyah mencebik.

Tediam Lais seketika.

"Tak." Sepatah sahaja balasan Lais.

"Jadi...?"

"Sebab tu lah aku cuba sedaya upaya untuk tidak lepaskan kau."

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now