11

11 2 0
                                    

"Nah kau punya." Lais menghulurkan plastik beg yang berisi sesuatu di dalamnya setelah memasuki kereta.

"Yeay! Terima kasih Lais!" Gembira sungguh hati Lutfiyah apabila sudah dapat apa yang dikehendakinya.

"Sama-sama kasih." Balas Lais dengan senyuman sekilas. Wajah Lutfiyah yang sedang ralit membuka bungkusan itu dipandang.

"Lepas ni, awak kena selalu beli kan benda ni untuk orang tau! Hari-hari pun tak apa."

Apa yang dibeli Lais? Dan apa yang Fiyah suka benar tu? Gula-gula kapas. Lutfiyah memang gemar makan gula-gula kapas.

"Tapi, tak bagus lah makan setiap hari. Kan manis benda tu. Kalau kau nak benda lain, aku okay. Satu lori pun aku boleh belikan." Lais berkata dengan wajah sedikit serius.

"Alah dulu setiap hari orang makan elok saja. Lagipun Fiyah kan dah besar. Lainlah kalau budak kecik, makan gula-gula kapas ni banyak-banyak boleh dapat karies gigi!"

"Hek eleh, kau lah budak kecik tu. Lupa eh?" Lais bidas dengan senyuman mengejek.

"Lebih eh awak lebih."

"Tch.HAHAHA." Kuat Lais ketawa.

"Ish ni lah tak suka ni! Taknak kawan awak!"

***

"Jadi encik Lais, mana bilik orang?" Soal Lutfiyah kepada Lais. Tangan dicekakkan di pinggang seolah-olah seorang bos.

"Bilik apa? Bilik belajar?" Soalan dibalas soalan.

"Lais! Bukanlah! Bilik tempat Fiyah tidur lah."

"Sinilah bilik kita. Bilik aku dan bilik kau." Lais menunjukkan dengan kedua-dua belah tangannya ke arah pintu bilik di hadapan mereka.

"What?! Orang kena tidur dengan awak lah?" Balas Lutfiyah dengan nada tidak puas hati.

"Lutfiyah, jangan jerit sayang." Tegur Lais perlahan. Merah muka Lutfiyah apabila Lais menggunakan gelaran 'sayang' itu sekali lagi.

"Ya budak. Kau kena tidurlah dengan aku. Itu undang-undang aku yang ketiga. Walau apa pun terjadi, kau tetap kena tidur satu bilik dengan aku. Kalau kita bergaduh sekalipun. Tak ada yang seorang duduk timur seorang lagi selatan." Tegas Lais berkata. Pandangan serius dicerunkan ke dalam anak mata Lutfiyah.

"Fiyah duduk timur dan selatan, awak duduk atas bumbung." Lutfiyah menjawab perlahan. Tetapi Lais dengar sahaja. Jelingan maut Lais hadiahkan kepada Lutfiyah.

"Tapi..." Sambung Lutfiyah dengan sengihan.

"Tiada apa yang kau boleh bantah. Undang-undang dan peraturan aku, semua kau kena patuh."

"Hmm yelah!" Lutfiyah memuncungkan bibir ke hadapan. Pasrah. Tubuh menolak masuk ke dalam bilik.

Lais hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Semua bagasi dan barang milik Lutfiyah dibawa masuk ke dalam bilik.

"Awak nak masak apa ni Lais?!" Lutfiyah menerjah Lais sambil menepuk kuat bahu lelaki itu yang sedang mengupas kulit bawang di dapur.

"Astaghfirullah. Eh budak kecik!" Lais memejam mata seketika. Terkejut dek sergahan Lutfiyah. Nasib tidak tercampak pisau di tangan.

"Hehe. Sorry bro!" Lutfiyah menayang sengih.

"Duduk sana diam-diam budak kecik. Aku nak masak ni." Lais menjeling tajam ke arah Lutfiyah.

"Apa ingat budak kecik ni tak pernah masuk dapur ke hah?" Lutfiyah menunjukkan jari telunjuknya ke mukanya sendiri.

"Bahaya budak kecik masuk dapur. Dahlah pendek. Kecik pulak tu. Karang meletup dapur aku. Lagipun zaman sekarang bukan boleh percaya sangat budak-budak ni masuk dapur. Masaknya entah ke laut, rakam video masuk tiktok je lebih." Selamba Lais berkata dengan senyuman nakal di hujung bibir.

"Amboi...awak ni memang suka eh cakap benda ni kat Fiyah. Pedas juga ek mulut awak?"

"Suka."

"Tak apalah. Fiyah ambil benda ni sebagai satu kata pembakar semangat. Sebab tak semua budak macam tu ya. Tapi awak jangan berani eh panggil saya pendek kat luar." Lutfiyah mendekati Lais. Kepala didongakkan ke atas memandang tepat ke mata hitam Lais bersama satu jelingan ugutan.

"Baiklah cantik." Kata Lais. Mata masih elok bersabung dengan pandangan hangat itu.

"Siapa yang cantik pulak?" Soal Lutfiyah.

"Kau lah, budak. Lutfiyah Dalila. Budak kecik yang cantik."

Tersenyum suka Lutfiyah sebaik sahaja dipuji Lais. Padam habis mukanya

Lais turut senyum sama. Dalam hati berdebar hebat. Ya Allah macam mana boleh terlepas cakap ni?.

"Ya Allah sedapnya!" Tak habis-habis Lutfiyah memuji masakan Lais.

Ayam masak sambal bersama sayur kubis goreng. Lauk yang mudah sahaja dimasak Lais tapi sudah membuatkan Lutfiyah Puas hati.

"Sedap sangat ke?" Tanya Lais.

"Sedap. Lagi sedap sebab kena suap!" Puji Lutfiyah. Ya, Lais yang menyuap Lutfiyah makan. Menggunakan tangan Lais sendiri. Bukan Lutfiyah yang terlalu manja minta disuap tetapi Lais yang minta untuk menyuap si isteri.

"Mengada."

"Awak memang pandai masak ke?" Tanya Lutfiyah dengan mulut yang penuh dengan nasi.

"Kunyah dulu budak kecik." Tegur Lais lembut. Setelah Lutfiyah menghabiskan makanan di dalam mulut baru Lais menjawab pertanyaan Lutfiyah.

"Aku memang belajar memasak. Sebab masa jadi student dulu, aku jarang-jarang membeli. Aku bawa periuk nasi elektrik serbaguna tu senyap-senyap dan masak dalam bilik. Ada yang aku belajar sendiri, ada juga yang mummy ajar aku." Terang panjang Lais sambil tangan menyuap masuk nasi dan lauk ke dalam mulut Lutfiyah.

Lutfiyah hanya mengangguk tanda faham.

"Fiyah kalau dekat rumah umi, setiap hari kena jadi chef tak berbayar."

"Kau masak sedap sangat lah tu kan."

"Biasa-biasa saja. Nanti esok orang masakkan untuk Lais ya!" Teruja Lutfiyah berkata.

"Baiklah budak." Kata Lais sebelum nasi disuapkan pula ke dalam mulutnya sendiri

"Awak ada masalah ke Lais?" Tiba-tiba Lutfiyah menyoal.

Lais yang sedang sibuk mengunyah terus berpaling arah kepada Lutfiyah.

"Hmm?"

"Fiyah tengok Lais macam tengah serabut je."

"Tak ada apalah."

"Awak merajuk dengan Fiyah ke?Kata-kata Fiyah semalam ada buat Lais terasa hati ke?" Soal Fiyah bertalu-talu.

Lais tidak menjawab. Tangan menggaul nasi di pinggan sebelum menyuap masuk ke dalam mulut Lutfiyah.

Lutfiyah juga terus sahaja mendiamkan diri.

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang