17

10 1 0
                                    

"Kenapa awak menangis?" Lutfiyah teragak-agak bertanya.

Lais mengesat air mata. Senyuman tawar diberikan buat Lutfiyah.

"Tak ada apa." Balas Lais ringkas.

"Tipu. Lais nangis lepas nyanyi lagu ni. Kenapa ni Lais?"

"Yalah sebab aku feeling sangat nyanyi tadi."

"Ya ke?" Soal Lutfiyah lagi sekali.

"Betul. Dahlah sambunglah nyanyi."

"Baik awak kesat betul-betul air mata awak tu ya. Mata pun dah bengkak macam panda. Itulah, awak ni pandai cakap Fiyah cengeng lah manja lah, tapi dia sendiri baru nyanyi sikit dah menangis!" Perli Lutfiyah sambil tangan bercekak pinggang. Gaya mak-mak membebel.

"Nanti karang kita keluar, tak pasal-pasal orang tengok muka awak merah-merah macam tu! Nanti diaorang ingat Fiyah dera Lais dalam pusat karaoke, tak pasal-pasal viral masuk Mstar pula!" Tambah Lutfiyah lagi.

***

"Ish taknak taknak." Lutfiyah protes dengan kaki menyepak-nyepak sofa dihadapannya.

"Pergi jelah. Luqman ada sekali." Balas Lais malas. Tangan ligat menyiapkan kerja di tab nipis nya.

"Tak payah pergi jelah."

"Kena pergi. Nanti aku balik, aku teruslah pergi sana. Sehari je tanpa aku." Lais meletakkannya tab nipisnya di atas meja. Tangan disilangkan ke dada sambil memandang ke arah Lutfiyah. Mengada pula budak kecik ni.

"Lutfiyah..." Nama Lutfiyah dipanggil lembut.

"Yalah. Orang pergi." Masam sahaja muka Lutfiyah.

Lutfiyah masih belum rapat dengan ahli keluarga Lais yang lain. Berbual pun belum. Tapi disebabkan Lais terpaksa juga kerja, Lais akan hantar Lutfiyah sahaja dulu pergi. Setelah kerja Lais habis, Lais akan turut serta dalam hari keluarga itu. Hari keluarga yang bakal diadakan selama 3 hari 2 malam itu akan diadakan di sebuah villa yang sudah ditempah maklong dan paklong Lais.

"Yes,good girl." Kepala Lutfiyah diusap perlahan oleh Lais. Lama Lais merenung mata Lutfiyah. Merenung muka gadis itu sangat menenangkan fikirannya.

"Kenapa pandang orang macam tu?" Tanya Lutfiyah. Sejujurnya dia terasa sedikit gementar apabila dirinya terusan direnung sebegitu.

"Tak ada. Cuma, cantik." Ringkas Lais berkata. Jari jemarinya berlari turun ke mata dan pipi Lutfiyah pula.

"Tapi umi kata Fiyah tak cantik." Selamba Lutfiyah berkata. Jari Lais yang bermain di pipinya dibiarkan saja. Rasa hangat sahaja apabila Lais berbuat demikian.

"Pandangan setiap orang kan berbeza. Di mata aku, Lutfiyah Dalila sempurna je. Cantik dan semua lengkap." Gemersik dan lembut sahaja Lais memuji.

"Tapi, aku masih tertanya-tanya kenapa umi dan abi tak boleh terima Fiyah." Tiba-tiba Lais menyoalkan semula soalan itu.

"Entah." Sepatah dibalas Lutfiyah.

"Lais, Fiyah nak tanya boleh?."

"Boleh. Tanyalah." Lais membetulkan duduknya dengan menyandarkan belakang badannya ke sofa.

"Kenapa awak memilih untuk cintakan Lutfiyah?" Serius Lutfiyah bertanya.

Lais angguk kepala berkali-kali. Senyuman manis diberikan.

"Hmmm sebab..."

"Setiap hari aku berdoa, dari hari pertama mummy bagitahu bahawa aku akan kahwin dengan Lutfiyah Dalila. Aku doa pada Allah dan tanya jika benar Fiyah adalah jodoh aku. Dan Allah dah jawab doa aku tu. Lutfiyah orangnya."

"Allah dah aturkan jodoh aku jadi kenapa aku perlu siakan lagi? Aku kenalah hargai. Orang lain yang masih belum ada jodoh tu sampai hampir putus asa. Tapi aku sekelip mata je dah dapat." Sambung Lais lagi.

"Fiyah....." Meleret suara Fiyah.

"Hmmm?." Berkerut kening Lais.

"Fiyah sayang Lais sikit." Satu demi satu ayat itu dipertuturkan Lutfiyah. Kepala hanya memandang sofa sambil jari menguis-nguis sofa itu.

Tersenyum Lais.

"Ya aku tahu. Tapi kenapa sikit je?" Lais sengaja mengusik.

"Yang lain on the way hehe." Lutfiyah tayang sengih.

"Boleh kira macam tu ya sayang?" Lais ketawa kecil dengan jawapan Lutfiyah.

"Mestilah boleh. Fiyah dah lama buat kira-kira!" Yakin Lutfiyah berkata.

Lais hanya senyum dan tangan mencubit perlahan pipi Lutfiyah.

"I love your cheeks. Like a bun." Puji Lais.

Lutfiyah pula sudah kemerah-merahan mukanya. Senyum tak lekang di bibir sampai ke telinga sudah.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now