Lais terus keluar daripada kereta. Terlihat ramai orang berkerumun di blok kediaman perempuan. Terdapat juga beberapa orang pegawai polis yang sedang mengambil bahan bukti daripada Munirah selaku saksi kejadian.
"Assalamualaikum." Lais tunduk sedikit seraya menghulur tangan ke arah dua orang pegawai polis, pengawal keselamatan dan seorang pengetua kolej yang berbaju suit hitam.
"Waalaikumussalam." Semua yang berada di situ turut serta menjawab salam.
"Encik siapa ya?" Soal pengetua kolej kediaman itu.
"Dia suami Lutfiyah." Belum sempat Lais ingin membuka mulut tetapi Munirah terlebih dahulu telah bersuara.
"Suami?"
"Lutfiyah sudah berkahwin?" Semua mata tepat memandang ke arah Lais yang tegak berdiri. Kalau ikutkan tadi dia ingin mengaku sebagai abang Lutfiyah sahaja tapi boleh pula Munirah terlepas cakap.
Munirah memandang tepat iris milik Lais kemudian tersengih. Lais hanya menggelengkan kepala sahaja. Memang Lutfiyah pernah bercerita padanya bahawa seorang Munirah ini boleh tahan hiper orangnya.
"Ya. Saya Izz Lais. Suami Lutfiyah Dalila." Lais menundukkan sedikit kepala.
"Kami tidak tahu pula yang Lutfiyah sudah berkahwin. Tahu-tahu suami pula ya datang." Sampuk seorang wanita berusia 40 an kepada Lais. Mungkin itu merupakan salah satu pensyarah Lutfiyah.
"Ya. Kami sudah berkahwin 3 bulan yang lalu." Tenang sahaja Lais membalas.
"Tak apalah Encik Izz. Kita berbalik semulalah pada tujuan utama kita."
"Jadi mengikut apa yang Munirah kata tadi, Lutfiyah hilang tepat jam 10.45 minit malam tadi. Ada kesan darah di dalam bilik mereka. Barang-barang Lutfiyah dan Munirah juga turut bersepah umpama ada pergelutan yang berlaku." Terang seorang pegawai polis.
Lais hanya tunduk menekur lantai. Telinga masih mendengar segala yang diperkatakan.
"Kami tidak tahu apa yang berlaku. CCTV yang dipasang hanya berada di sudut koridor tingkat bawah sahaja. Pihak security juga sudah memeriksanya tetapi tidak ada sebarang bukti yang sah atau penampakan apa-apa yang berlaku." panjang lebar pegawai polis itu menerangkan kepada Lais.
"Tapi,"
"Tapi apa?" Soal Lais semula sebaik sahaja Munirah bersuara. Daripada tadi gadis itu hanya turut mendengar sahaja tapi kini mahu pula bersuara.
"Tadi masa petang sebelum kami balik ke bilik, kami berdua ada singgah library."
"Masa dekat library tadi Fiyah kena accident kecil sikit. Rak buku yang belah hujung tu boleh pula terjatuh hempap belakang badan dia. Nasiblah ada student lain kat situ yang perasan dan tolong. Lepas tu..."
"Lepas tu?" Semua yang berada di situ fokus pada penerangan Munirah sahaja.
"Pembantu perpustakaan tu yang namanya Cik Alisa tu, dia ada jumpa Fiyah lepas tu. Dia ada cakap sesuatu dekat Fiyah. Lama juga lah. Lepas tu Fiyah terus ajak balik bilik. Masa on the way balik bilik tu lah Fiyah ada pesan pada saya nombor telefon abang Lais!." Sambung lagi Munirah menerangkan segalanya.
"Takkanlah kes kehilangan Fiyah ni ada kaitan dengan cik Alisa. Eh cik Alisa tu baru lagi dekat sini." Pengetua kolej itu berteka teki pula.
"Ada kesan darah kan encik? Tak boleh ke ambil sampel darah tu untuk cari bahan bukti?" Lais bertanya pada dua orang pegawai polis itu. Raut wajahnya tersemat kerisauan dan kepenatan.
"Ya pihak forensik sudah ambil sampel darah tu. Insyaallah dalam masa 2 hari baru kami boleh dapat tahu buktinya. Diharapkan encik bawa bersabar ya?"
"Kita sama-sama berdoa semoga tiada apa-apa yang serius berlaku. Saya minta juga dalam masa 2 minggu ini agar pihak kolej sekat kemasukan mana-mana pihak yang tidak dikenali. Jadikan blok kediaman pelajar perempuan ini sebagai kawasan larangan bagi mana-mana pelawat terlebih dahulu sehingga bukti kukuh yang kami jumpa." Arahan telah dikeluarkan oleh salah seorang pegawai polis berpangkat sarjan itu.
Pengetua kolej dan beberapa orang yang lain mengangguk faham.
"Baiklah. Terima kasih." Lais juga turut tunduk sedikit tanda hormat dan terima kasih.
"Andai kata encik ada terima apa-apa maklumat atau sebarang bukti yang menyatakan di mana keberadaan Lutfiyah boleh segera telefon saya. Ini nombor telefon saya. Insyaallah kami pihak polis akan sama-sama bantu encik untuk menyelesaikan kes ini."
Kad berwarna biru tua yang tertera nama dan nombor telefon itu dihulurkan kepada Lais.
Sarjan Hassan Abu Taib
0121181716"Terima kasih encik." Sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan. Tidak lekang juga tunduk hormat yang Lais beri.
comment la
![](https://img.wattpad.com/cover/361056067-288-k60875.jpg)
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...