05

24 4 0
                                    

"Mahkamah dengan ini menerima masuk Muhammad Izz Lais bin Mohd Adam untuk didaftarkan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya."

"Tahniah Izz! Member dah longcall." Bahu tegap lelaki itu ditepuk kuat.

"Terima kasih bro." Lais berjabat tangan penuh mesra dengan rakan baiknya itu.

"Jadi, macam mana lepas ni.?" Emir bertanya dengan wajah yang lebih serius.

"Huh. Entahlah. Tawakkal jelah kut." Lais mendengus perlahan.

"Kau ikut ke rancangan mummy?"

"Nampak gayanya begitulah." Senyuman kurang senang diberikan buat rakan baiknya itu.

"Tak apa lah Izz. Walau macam mana sekalipun aku sentiasa ada dekat belakang kau. Yang paling penting kalau dah nak dekat nanti jangan lupa jemput aku ya?" Masih sempat lagi terselit nada gurau daripada Emir ingin menenangkan hati sang kawan.

"Eh mesti punya. Nama kau, Emir Irfan confirm masuk senarai VVIP aku." Balas Lais bersama ketawa.

"Baiklah aku tuntut ya nanti Izz. Kau kenal aku macam mana kan." Emir hanya melayan kerenah Lais.

"Dah jom lah Izz. Mummy dan Daddy kau lama dah tunggu tu." Lengan Izz terus disambar Emir agar mengikutinya ke dewan di mana ibu bapa dan ahli keluarga sedang duduk menunggu.

Tangan dihulur penuh hormat kepada kedua orang tuanya sebelum ciuman dilabuhkan di hujung pipi mereka.

Emir yang berada di belakang Lais turut menunduk salam kepada ayah Lais dan tunduk hormat kepada ibunya pula.

"Pakcik, makcik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Serentak kedua orang tua itu menjawab salam dengan senyuman manis. Mereka sememangnya sudah biasa dengan Emir kerana lelaki itu sudah pun berkawan dengan Lais sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Mummy..Daddy..Along dah berjaya...." Tubuh orang tua itu dipaut masuk ke dalam pelukannya. Lama sehingga mengalir perlahan air mata sang ibu.

"Mummy bangga dengan anak lelaki mummy ni. Semoga lepas ni Izz Lais menjadi seorang peguam yang adil dan kuat dalam menangani segala masalah ya. Doa mummy sentiasa ada di samping kamu." Kepala anak lelakinya itu diusap perlahan sebelum air mata di pipi pula diseka.

"Insyaallah Mummy. Kalau bukan doa dan semangat daripada Mummy dan Daddy, along tak mungkin berjaya."

"Hah jadi mummy dengan daddy dah rancang dah untuk adakan kenduri. Kami ingat nak buat kenduri arwah nenek kamu tu sekaligus kenduri kesyukuran buat kamu. Setuju tak?" Encik Adam bersuara pula.

"Bila majlisnya tu daddy?"

"Kalau tak ada aral yang melintang, hujung bulan ni okay juga. Alang-alang adik kamu balik cuti kan." Balas Encik Adam.

Izz Lais mempunyai seorang adik lelaki yang baru sahaja berusia 17 tahun. Bakal menduduki SPM pada tahun ini dan kini sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara.

"Baiklah daddy. Along ikut saja." Putus Lais bersama senyuman.

"Tapi kan long. Yang rancangan mummy pula macam mana? Hehe, Lais setuju ke tidak?" Puan Rashidah pula bertanya bersama senyuman penuh makna.

"Alah awak Idah. Yang itu nanti-nanti dekat rumah pun boleh bincangkan. Ya tak ya kan Emir?" Encik Adam menyampuk sambil pandangan dilarikan ke arah Emir yang kekal mendengar perbualan anak-beranak itu.

"Eh saya pula. Ha betullah tu makcik. Rilek-rilek dulu lah cik, saya ni pun belum ada jodoh. Apa kata kalau makcik ada jodoh lebih-lebih tu kan, bagi saya. Haa senang kerja saya!" Emir berseloroh mengundang tawa ketiga beranak itu.

"Jangan risau Mir. Mummy aku ni banyak je calon lebihan tak jadi dia." Lais pula menyambung dengan tawa.

"Amboi suka benar ya. Kamu Emir, nanti acik bagitahu mak kamu baru tahu!" Balas Puan Rashidah.

"Opss maaf. Hahaha." Emir menunduk-nunduk sambil menahan ketawa.

Sedang ligat seisi keluarga itu bergelak sakan ada yang memerhati dari jauh.

"Izz dah ada calon? Hish!" getus wanita itu penuh amarah di dalam hati.

"Kau jual mahal dengan aku kan Izz. Kau tunggu lah nanti apa yang bakal terjadi."

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang