28

12 1 0
                                    

Cahaya pagi menerobos masuk ke dalam tempat yang luas ini. Keadaan Lutfiyah masih tetap sama diikat kaki dan tangannya. Apa yang membezakan sekarang ini ialah kedudukannya.

Kalau malam tadi dia diletakkan berdekatan dengan kolam renang, tapi hari ini dia sudah dimasukkan ke dalam kolam renang ini. Kolam ini sangat luas dan dalam hampir mencecah 10 meter. Dia berasa di bawah. Kalau dia mendongak sudah tentu dia tidak dapat melihat apa yang berlaku di atas sana. Pandangannya hanya dipenuhi dengan dinding jubin berwarna biru kolam ini.

Bagaimana dia boleh berada di dalam kolam yang dalam ini pun dia tidak tahu. Apabila dia tersedar tadi, keadaan terus bertukar dan dia sendiri sudah tertanya-tanya. Hati Lutfiyah semakin resah dan takut.

"Tolong..." Lemah suaranya. Darah pekat kerana pukulan semalam sudah kering di dahinya. Rambutnya juga sudah tidak terurus sehingga anak-anak rambut terkeluar daripada hoodie yang tersarung di kepala.

"Alisa...saya nak balik." Sekali lagi dia memanggil. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Tempat ini juga terlalu sunyi.

"Alisa...awak dekat mana? Saya nak balik..." Lutfiyah mengetap bibir yang menggigil. Dia mahu menangis. Dia sangat ketakutan sekarang. Badannya usah dikata. Seluruh tubuh dapat dirasakan lenguh dan sakit.

"Alololo dia menangis lah. Kesiannya Lutfiyah seorang ni. Menangis ya?" Entah daripada mana muncul tiba-tiba suara itu hadir.

Kelam kabut Lutfiyah cuba mengintai-intai di atas sana cuba mencari di mana suara itu.

"Oi!" Terkejut Lutfiyah seketika apabila disergah sebegitu. Alisa duduk bertinggung di atas kolam itu sambil tersengih melihat ke bawah.

"Buat apa kat bawah tu?" Alisa ketawa.

"Alisa...saya nak balik..."

"Lah buat apa nak balik? Kita belum habis main lagi. Kan kita dah janji nak main sama-sama!" Bentak Alisa dengan memuncungkan bibirnya seolah-olah sedang merajuk.

"Kita dah janji kan malam tadi hari ni nak main masak-masak. Kau ni janganlah mungkir janji Fiyah! Aku tak suka orang yang mungkir janji ni!"

"Maaf...tapi kenapa sampai awak nak kena culik saya? Kalau awak sunyi, tak ada kawan boleh je kan cakap elok-elok. Saya sudi je berkawan dengan awak. Awak tak perlu pun sampai nak culik saya sampai macam ni. Awak seksa saya Alisa! Awak kena lepaskan saya dan pulangkan saya semula! Semua orang mesti tengah cari saya!" Mula-mula suara Lutfiyah hanya dalam keadaan tenang tapi lama kelamaan semakin meninggi. Dia sudah tidak tahan. Walaupun baru satu malam dia duduk di sini, tapi nyawanya terasa bagai di hujung tanduk. Alisa gila. Bila-bila masa sahaja nyawa Lutfiyah boleh melayang di tangan wanita itu.

"Diam! Diam! Diam!" Alisa menutup kedua belah telinganya menggunakan tangan dengan kaki yang dihentak-hentak ke lantai. Dia memberontak. Perangainya tidak tumpah seperti seorang budak kecil.

"Alisa..." Lutfiyah keliru dengan perangai Alisa. Kadangkala gembira kadangkala sedih.

"Sudah! Diam!" Lagi sekali Alisa menjerit kuat.

Lutfiyah kembali diam.

Alisa berhenti memberontak kemudian kembali senyum semula. Dipandang Lutfiyah yang berada di bawah.

"Fiyah, jom kita sambung main masak-masak ya?" Alisa senyum sehingga menampakkan giginya. Ekspresi mukanya seperti seorang psiko.

"Jomlah Fiyah. Aku janji, lepas kita habis main masak-masak hari ni, aku terus telefon Izz untuk ambil kau. Aku janji!" Tapak tangan kanannya diangkat separas dada seperti sedang bersumpah.

"Janji?"

"Ya janji. Kan aku dah kata, aku ajak kau datang sini sebab nak teman aku main saja. Kau lupa?" Alisa berjanji untuk meyakinkan Lutfiyah sambil langkah demi langkah dia ambil untuk turun ke bawah menggunakan tangga di tepi kolam itu.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now