"You buat apa dekat sini Izz? Dan kenal ke budak ni?." Soal perempuan tinggi itu. Pandangan jijik dilemparkan kepada Lutfiyah.
Lais menahan senyum. Telapak tangan Lutfiyah diambil dan digenggam kemas jari jemari kecil itu.
"Saja datang jenguk kesayangan." Balas Lais ringkas dengan senyuman.
"Kesayangan? Siapa."
"Ini kesayangan cinta hati." Lais menjawab dengan senyuman manis. Kemudian memandang ke bawah muka Lutfiyah. Gadis itu pun membalas renungan lembut itu.
"Wau! Serius lah Izz? Bercinta dengan budak?." Perempuan tinggi itu bertanya dengan sinis. Tubuh Lutfiyah dipandang atas bawah.
"Ini budak? Sorry tapi dia bukan sebarang budak."
"Eh dahlah Fiyah pergi naik atas dan makan ya? Nanti sejuk tak sedap. Aku kena balik office semula. Nanti kita telefon okay?." Lais terus memegang kedua bahu Lutfiyah dan berkata.
Lutfiyah angguk lembut bersama senyuman.
"Aku sayang kau, budak kecik." Dahi licin itu dicium lama. Tubuh kecil itu kemudian dipeluk erat.
"Jaga diri kau. Jangan dekat dengan perempuan ni. Dia bukan perempuan baik. Nanti aku cerita ya." Bisik Lais perlahan di telinga kanan Lutfiyah.
"Okay Lais." Lutfiyah mengangguk faham tapi kepala masih penuh dengan tanda tanya. Lais kenal ke perempuan ni?
"Bye cantik. Assalamualaikum. Solat dan ngaji jangan tinggal ya." Sempat Lais berpesan sambil melambaikan tangan ke arah Lutfiyah yang sudah menaiki tangga untuk balik ke bilik semula.
"Izz! Jawablah dulu tadi I tanya tu. You ada apa-apa ke dengan budak tu?." Lais yang sudah berjalan untuk masuk ke dalam kereta sempat dikejar oleh perempuan itu.
"She is mine and my girl. Bukan budak saja-saja. Jangan kacau dia." Lais sempat berkata tegas sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.
"What?!"
Lais tidak mengendahkan perempuan sebaliknya terus memandu laju keluar daripada kawasan universiti itu.
***
"Oh jadi awak kenallah dia?." Tanya Lutfiyah melalui panggilan telefon kepada Lais.
"Ya cantik. Dia pernah jadi classmate aku masa sekolah menengah dulu. Nama dia Alisa." Balas Lais.
"Tapi dia bukan perempuan yang baik. Masa dekat sekolah dulu, dia ada banyak rekod kesalahan disiplin. Dan dia pernah crush dekat aku. Tapi aku tak layan pun dia. Pernah juga satu masa tu dia hantar surat cinta dan hadiah tapi aku tak ambil. Aku bagi Emir." Tambah Lais lagi.
"Ooo faham. Popular juga lah ya awak dulu?. Tapi sayang, sekarang dah jadi suami orang."
"Siapa perempuan yang untung dapat aku tu kan?. Dahlah helok. " Tanya Lais dengan selitan gurauan.
"Entahlah. Siapa eh?."
"Lutfiyah Dalila." Balas Lais. Lutfiyah hanya tayang senyum.
"Kau dah buka belum hadiah yang aku bagi tadi tu.?"
"Dah! Terima kasih Lais! Cantik!." Lais memberikan Lutfiyah sepasang sarung lengan, coklat dan sebentuk cincin emas.
"Suka tak?." Tanya Lais.
"Suka! Terima kasih tau!."
"Fiyah..."
"Ya kenapa?."
"Bila aku boleh dengar kau cakap sayang dan cinta kau pada aku?." Entah mengapa tiba-tiba soalan itu yang keluar daripada mulut Lais. Lutfiyah tersentap.
"Aku teringin nak dengar kau cakap kalimat cinta dan sayang pada aku sebab aku dah cuba untuk buka hati aku buat kau. Aku takut kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan."
"Dan ingat tak perjanjian yang aku pernah buat dulu?. Kalau aku dah sakitkan kau atau tak berjaya buat kau bahagia, aku sendiri yang akan lepaskan kau dengan kerelaan hati dan diri aku. Aku seorang yang berpegang pada janji. Jadi, andai kata memang hati kau bukan untuk aku..." Lais berhenti di situ.
"Awak...bagi Fiyah masa boleh?." Lembut Lutfiyah memotong percakapan Lais.
Terdengar bunyi keluhan dari Lais.
"Ambillah masa sebanyak mana yang kau nak. Aku tunggu."
"Aku nak tidur dah ni. Oh ya, esok pagi aku kena gerak ke mahkamah Melaka. Apa-apa aku telefon kau ya. Jaga diri Fiyah. Pergi tidur dah malam. Esok ada kelas kan?."
"Hati-hati Lais. Awak pun jaga diri juga tau!." Balas Lutfiyah.
"Baiklah. Assalamualaikum cantik. Aku sayang kau, Lutfiyah."
"Waalaikumussalam Lais." Balas Lutfiyah ringkas.
Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Lutfiyah terus mengalirkan air mata.
Lais turut sama. Mengalir perlahan air mata lelakinya.Entah mengapa rasa sebak yang berat di dada Lais. Terasa bahawa dia seorang suami yang dayus kerana telah terikat dengan perjanjian itu tetapi sungguh dia tak sanggup ingin melepaskan Lutfiyah.
Ikatan perkahwinan yang dibina tanpa sedikit pun kasih dan cinta itu mengajar Lais banyak perkara.
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...