10

13 2 0
                                    

"Along nak balik rumah ya harini nak?" Tanya Puan Rashidah kepada Lais yang sedang memakai kasut.

Lais dan Lutfiyah baru sahaja selesai bersarapan dan sudah bersiap-siap untuk keluar. First date mungkin?

"Kalau sempat. Fiyah nak ambil barang-barang dia sikit dekat rumah umi. Kalau sempat Along bermalam kat rumah along je lah ya my?" Balas Lais.

"Boleh. Mummy tak kisah. Yang penting jaga elok-elok menantu mummy ni ya." Pesan Puan Rashidah sambil tangan mengusap-usap lengan Lutfiyah.

"Baik mummy."

"Awak ada rumah ke Lais?" Soal Lutfiyah setelah mereka berdua menaiki kereta.

"Ada. Tapi jarang-jarang balik." Jawab Lais.

"Awak kan muda lagi. Macam mana dah boleh ada rumah? Lais duduk seorang je?" Sekali lagi Lutfiyah menyoal. Kini bertalu-talu soalannya.

"Heh, semalam kemain cakap aku dah tua. Harini cakap muda pula." Tersenyum Lais dengan karenah Lutfiyah.

"Lais! Awak ni kan...jawab dululah soalan orang."

"Ya. Duduk seorang sahaja. Macam mana tu, aku beli sendiri rumah tu. Daddy jugalah yang tolong carikan." Terang Lais.

"Ooo." Panjang Lutfiyah berkata sambil mengangguk faham.

"Tapi mana awak dapat duit? Kan awak belajar lagi masa tu."

"Masa lepas je habis SPM aku dah ikut daddy masuk office dia. Aku tolonglah mana yang tahu. Dapat gaji aku kumpul. Lepastu bila panggilan universiti dah keluar, aku bagitahu daddy yang aku nak berhenti dan sambung belajar."

"Mummy dan daddy okay je. Diaorang tak pernah halang pun ke mana minat dan hala tuju aku." Tambah Lais lagi.

"Ooo kaya lah Lais!"

"Awak cuti berapa hari?" Sambung Lutfiyah lagi.

"Kalau ikutkan dapat cuti 5 hari saja. Tapi aku minta genapkan seminggu. Kau? Mohon cuti berapa hari?"

"Dapat seminggu juga. Itupun orang guna alasan ada kematian keluarga. Tak cakap pun yang cuti sebab kahwin."

Hampir tersedak Lais mendengar alasan Lutfiyah. Budak ni memang tak pandai langsung nak serius.

"Astaghfirullah! Tak ada alasan lain ke kau nak guna Fiyah? Kenapa mesti guna alasan ada kematian. Habis tu siapa nak berlakon jadi jenazah?" Soal Lais bertubi-tubi.

"Lais lah yang jadi jenazahnya. Jimat sikit modal."

"Oh ya lagi satu. Awak terima banyak wish tau sejak malam tadi! Untung betullah Lais!" Lutfiyah menayangkan senyuman manis kepada Lais.

"Ucapan perkahwinan kita ke? Dari kawan-kawan kau?"

"Bukan ucapan perkahwinan. Tapi ucapan salam takziah dan innalillah. Ada juga yang doakan awak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin." Tanpa segan silu Lutfiyah berkata.

Lais yang mendengar itu terus tercengang.

"Lutfiyah!"

"Apa?"

"Mana boleh macam tu! Tak baiklah budak! Kata-kata itu kan satu doa." Marah Lais perlahan. Sisi wajah putih Lutfiyah dijeling tajam tetapi mata masih fokus dengan pemanduannya.

"HAHAHAHA mana adalah! Orang gurau saja." Lutfiyah ketawa sakan dengan apa yang diceritakan olehnya tadi.

"Kau ni kan...haih. Pemikiran pun memang sebiji macam budak jual air ribena tepi jalan tu."

"Maaf ya Encik Izz Lais. Saya main-main je tadi. Mana ada orang cakap macam tu. Diorang pun tak tahu siapa yang meninggalnya. Cuma kawan-kawan rapat orang jelah yang ada betul-betul wish selamat pengantin baru untuk kita." Panjang lebar Lutfiyah menerangkan semula.

"Yelah." Singkat balasan Lais.

"Err awak ni tengah merajuk ke Lais?"

"Tak."

"Ya ke? Alah tapi kalau awak merajuk sekali pun orang biar je. Malas nak pujuk. Orang kalau merajuk pun tak pernah ada yang pujuk. Ini lagi nak pujuk orang lain." Lutfiyah berkata sambil tangan ligat bermain dengan telefon bimbit.

Lais yang sedang fokus dengan pemanduannya hanya kekal diam sahaja.

"Assalamualaikum umi." Tangan dihulurkan ke arah Puan Maryam. Lais turut melakukan yang sama.

"Waalaikumussalam." Lembut pula suara Puan Maryam menjawab salam.

"Mana abi, umi?" Lais bertanya seraya mengambil tempat duduk di sebelah Lutfiyah.

"Abi kamu keluar dengan kawan dia. Biasalah, tak lain tak bukan tengah mengeteh lah tu." Balas Puan Maryam.

"Fiyah datang ni nak ambil barang sikit."

"Oh kamu dah nak ikut Lais ke?" Tanya Puan Maryam.

"Ya umi. Lais nak bawa Fiyah balik rumah Lais. Tak jauh sangat pun dari rumah umi dan mummy. Jangan risau, Lais tak pisahkan pun Fiyah dari umi." Belum sempat Lutfiyah ingin menjawab Lais terlebih dahulu mencelah.

"Haa baguslah macam tu. Tapi umi harap Lais boleh bersabar lah ya dengan sikap budak ni."

Kata-kata yang dilemparkan oleh Puan Maryam sedikit sebanyak memberi kesan dan luka yang dalam buat hati Lutfiyah. Tetapi, Lutfiyah tetap gagah dan masih kekalkan ekspresi muka yang beriak sahaja.

"Tak ada hal lah umi. Lagipun Fiyah okay jelah dengan Lais. Tak ada buat masalah pun." Bidas Lais. Pandangan dihalakan ke arah Lutfiyah. Dia tahu bahawa Lutfiyah sedang menahan rasa dalam hati.

"Ya ke Lais? Haih tak apalah. Orang kata pengantin baru ya tak ya? Yang busuk pun dikatakan wangi. Tunggu 2 atau 3 tahun akan datang nanti, barulah kita boleh tengok sendiri ya." Sengaja Puan Maryam menekankan ayat-ayat itu untuk menyakitkan hati Lutfiyah.

"Err umi Fiyah masuk bilik dululah. Nak kemas barang cepat-cepat. Takut lambat pula nanti." Lutfiyah terus bangun dari sofa dan menuju ke bilik meninggalkan Lais dan uminya.

Di dalam bilik, Lutfiyah memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam bagasi bersaiz kecil. Kemudian beberapa barang yang ingin dibawa sama turut dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Raut wajah Lutfiyah kosong sahaja. Tiada lagi secebis senyuman yang selalu terlakar di wajah gadis itu.

Pintu bilik ditolak perlahan sehingga terjengul kepala Lais. Lais melihat sahaja tingkah Lutfiyah.

"Fiyah..." Lembut Lais memanggil.

"Lais..." Lantas Lutfiyah bangun dan mendakap kuat tubuh tinggi lelaki itu.

"Awak, Fiyah terasa dengan kata-kata umi tadi." Adu Fiyah kepada Lais. Kepala elok disembamkan ke dalam dada bidang Lais.

"Sabar." Sepatah sahaja yang dibalas Lais. Belakang badan Fiyah diusap perlahan berkali-kali.

"Fiyah nak balik."

"Boleh. Jom kemas dulu barang." Lais melepaskan pelukan daripada Lutfiyah lalu menarik tangan gadis itu.

Lutfiyah perasan dengan perubahan pada wajah Lais. Sejak di dalam kereta, raut wajah Lais sudah tidak seceria seperti ketika mereka membuat lawak tadi. Entah apa yang difikirkan oleh Lais. Ataupun mungkin Lais sedang merajuk dengan kata-kata Lutfiyah.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now