- PROLOG

12.5K 412 22
                                    

"Aku ceraikan kau dengan talak satu!!" Laung lelaki itu dengan penuh rasa marah.

Air mata sang isteri terus tumpah. Dadanya bagaikan dirobek keluar daripada tubuh. Terasa dunianya terus berubah kelam.

Bunyi tangisan anak kecilnya membuatkan dirinya bangkit semula. Mata yang penuh dengan air mata memandang ke arah bekas suaminya. Nampaknya, dia sudah lepas daripada sengsara itu.

"Kalau aku nampak kau lagi depan mata aku. Nahas!!" Ucap lelaki itu sebagai amaran. Selepas itu, dia terus melemparkan beg pakaian bekas isteri dan anaknya.

"Keluar daripada rumah aku! Aku jijik dengan kau!"

Wanita itu terus mengambil beg pakaian dan terus berjalan ke arah katil. Bayi lelaki yang menangis teresak-esak diambil dan didukung. Tanpa mengeluarkan apa-apa perkataan, dia terus beredar daripada rumah itu. Rumah yang dahulunya dia fikir akan menjadi mahligai indah buat selamanya tetapi rupanya hancur musnah.

-

"Kita putus. I tak nak lelaki yang kuat bekerja macam you" ucap gadis itu dengan pandangan hina.

"Ke you ada lelaki lain?" Soal lelaki itu dengan tenang.

"Kalau ya kenapa? Dia boleh penuhkan segala keinginan I. Bukan macam you, tak habis-habis dengan kerja. Masa untuk I, takde" jelas gadis itu dengan penuh rasa bongkak.

"Okay. Kita putus" balas lelaki itu dan berjalan pergi.

Gadis itu hanya mengigit bawah bibirnya kerana berasa sakit hati. Dia fikirkan lelaki itu akan memaksa dirinya untuk bertahan.

-

"Hidup kita ni Allah dah susun cantik-cantik jalan cerita dia. Kenapa boleh kita terdetik nak rasa ragu-ragu dengan pencaturan yang Allah tetapkan? Hadapi sahaja dengan tenang dan sentiasa letakkan Allah di dalam hati kita"

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now