- BAB 49

3.8K 246 10
                                    

Dhia berjalan dengan penuh bergaya ke arah hotel itu. Tengku Tiara sudah memberitahunya segalanya. Dia akan cuba menjayakan rancangan mereka.

Dhia lantas mengetuk pintu bilik hotel itu. Lama dia menanti, akhirnya pintu bilik hotel itu dibuka dari dalam. Zayn yang terkejut dengan kehadiran Dhia tidak sempat untuk bertanya.

Dhia terlebih dahulu menyemburkan satu cecair ke wajahnya. Sekelip mata tubuh Zayn menjadi lesu dan akhirnya rebah. Satu senyuman terukir di bibir Dhia. Dia tahu kebahagiaan buatnya bakal tiba.

-

Ali duduk di sebelah Athirah. Dia mahu memberi ruang pada Yasmeen dengan Yashfi.

"Zayn mana?" Soal Ali.

"Zayn ada kerja dekat Kedah. Esok baru dia balik" jawab Athirah. Tetapi hatinya berasa tidak tenang ketika itu. Dia cuba untuk bersangka baik, tetapi tidak boleh. Malah panggilan pada Zayn juga tidak dijawab.

"Abang ada masalah ke?" Soal Athirah. Dia mendengar Ali beberapa kali mengeluh.

"Tak de lah. Abang cuma rasa lega yang Meen dah kembali sihat" jawabnya.

"Alhamdulillah. Adik pun akan sentiasa doakan kebahagiaan buat abang dan Meen" Athirah melemparkan sebuah senyuman manis. Ali juga membalas dengan senyuman tipis.

Tiba-tiba telefon Athirah berdering. Ali hanya memandang sahaja Adiknya yang sedant menjawab telefon.

"Maaf Abang. Adik kena balik dulu. Tak pe ke?" Soal Athirah dengan nada cemas.

"Takpe. Abang dah ada dekat sini. So adik balik lah" balas Ali.

"Terima abang. Adik balik dulu ya. Kirim salam dekat Datin, Meen dan Yashfi. Assalamualaikum"

Athirah terus berlalu pergi. Ali hanya mengerutkan dahi. Nampak seperti ada masalah.

-

Athirah berjalan laju ke dalam Hotel Andika itu. Beberapa pekerja di bahagian lobi juga terkejut dengan kehadiran Athirah pada petang itu.

Sampai di tingkat atas, kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik kerja Zayn. Matanya terus jatuh pada Dhia yang duduk bersandar di sofa itu. Wajah manis gadis itu juga dilemparkan pada Athirah.

"Apa semua ni Zayn?" Soal Athirah dan memandang ke arah Zayn. Zayn mengeluh perlahan. Wan yang juga ada di bilik itu hanya mengunci mulut.

"Semuanya salah faham" jawab Zayn dan memandang ke arah Athirah.

Athirah mengerutkan sedikit dahinya. Dia cuba untuk memahami ayat Zayn itu. Gambar dan panggilan yang dia dapat cukup menyakitkan hatinya.

"Itu bukan salah faham Zayn. You kena beritahu dia yang kita dah terlanjur. JAWI pun datang waktu tu. Takkan you nak bantah?" Ucap Dhia dengan gaya manja.

"Boleh keluar sekejap tak Cik Dhia dan Encik Wan. Saya nak bercakap dengan suami saya sendirian" ucap Athirah tiba-tiba.

Dhia yang cuba untuk membantah membatalkan niatnya apabila tangannya ditarik kasar oleh Wan untuk keluar. Dia masih belum selesai untuk memprovok Athirah. Dia tahu mereka berdua akan bergaduh besar.

-

"Do you believe me sayang?" Soal Zayn tiba-tiba. Dia masih berdiri di tempatnya. Jarak antara mereka berdua juga agak jauh.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now