- BAB 2

5.3K 275 4
                                    

Ali terus menanggalkan topi keledarnya dan meletakkan di atas motor itu. Dia terus turun dan berjalan masuk ke dalam rumah. Matanya terus terpandang pada susuk tubuh yang cukup dia rindukan.

"Assalamualaikum mama" ucapnya dan memeluk Eva daripada belakang. Pipi Eva terus dikucup lembut.

Eva juga terkejut dengan pelukan daripada Ali. Dia terus tersenyum senang melihat wajah anak sulungnya itu. Nahdi yang baru kembali daripada dapur terus disapa oleh Ali.

"Assalamulaikum papa" ucapnya dan menyalam tangan Nahdi. Selepas itu dia membawa dua gelas yang dipegang oleh Nahdi ke meja.

"Ali dari mana ni? Mama bau masam-masam ni" tegur Eva yang perasan dengan rambut Ali yang terlihat sedikit basah. Nahdi juga mengambil tempat di sebelah Eva.

"Err. Ali.." Ali serba salah untuk memberitahu Eva tentang perlawanan yang berlangsung tadi. Dia risau jika Eva memarahinya.

"Ali pergi Muay Thai lagi ke?" Soal Nahdi pula. Kali ini Ali tahu dirinya tidak dapat berbohong.

"Maaf mama, papa. Ali cuma lepas gian je. Kan Ali baru habis operasi. Nak release rasa penat tu je" jawabnya dan menunjukkan giginya yang tersusun cantik.

"Haih. Ali ni. Mama tak marah kalau Ali nak Muay Thai lagi. Cuma mama minta Ali jaga diri. Jangan buat tubuh tu terluka. Badan nak guna lama" pesan Eva.

Dia tidak menghalang minat Ali dalam bidang muay thai itu. Malah sejak daripada kecil, Ali sudah diajar oleh mereka berdua untuk melawan musuh. Malah silat juga pernah dipelajari oleh Ali ketika di sekolah menengah.

Cuma minat Ali tertala ke arah Muay Thai sewaktu berumur 16 tahun. Semua itu juga kerana Nahdi yang membawa Ali berjumpa dengan Uncle Ziyad. Saat itu, Ali terus menunjukkan minatnya untuk menjadi peninju di dalam sukan muay thai.

Tetapi semuanya terhenti ketika Ali berumur 21 tahun di mana dia mengikuti pertandingan antarabangsa muay thai. Walaupun dinobatkan sebagai juara, Ali memilih untuk mengundur diri. Semuanya adalah kerana tahap kesihatan Eva yang merosot. Keadaan Eva yang sering berulang alik ke hospital membuatkan Ali susah hati dan memilih untuk berhenti daripada Muay Thai.

Selepas daripada itu, Nahdi meminta Ali supaya mengikut pengambilan polis dan akhirnya Ali berjaya membuktikan bahawa dirinya layak dalam Unit Tindakan Khas (UTK).

Tetapi buat masa sekarang, Ali sedang bercuti selama dua bulan. Dia baru sahaja seminggu berada di rumah.

"Baik Madam" sahut Ali dengan tabik di kepala.

Nahdi dan Eva hanya tergelak melihat sikap Ali.

"Macam mana dengan kesihatan mama? Perut mama dah okay ke?" Soal Ali dengan nada kendur. Hatinya sering berasa risau jika ianya berkaitan dengan kesihatan Eva.

"Alhamdulillah. Luka pembedahan mama kamu dah beransur pulih. Mama cuma perlu makan ubat je sekarang" ucap Nahdi.

"Yeke mama? Alhamdulillah. Lega hati Ali bila dengar"

Itulah doa yang sering dia angkat saat solat. Sudah bertahun Eva menderita sakit tersebut, akhirnya mamanya tidak perlu lagi menanggung rasa sakit itu.

"Lepas ni Ali nak buat apa-apa. Jangan fikirkan mama sangat. Ali pun berhak untuk buat apa yang Ali nak. Jangan sekat kebahagiaan Ali" pesan Eva. Dia tahu anak lelakinya itu sering meninggalkan minatnya demi menjaga dirinya yang sering sakit.

"Tapi mama buah hati Ali. Macam mana sekalipun, mama yang paling penting buat Ali. Mama jangan risau, Ali buat sesuatu benda tu mesti ada sebab" Ali duduk bersimpuh di hadapan Eva sambil memegang tangan mamanya.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now