- BAB 56

4K 261 3
                                    

Yasmeen mengemaskan sedikit selimut yang menutupi tubuh Yashfi. Rawatan ke atas tubuh Yashfi sudah selesai sejak semalam. Yashfi juga lebih banyak tidur kerana masih berasa letih.

Yasmeen mengelus lembut pipi anaknya yang sudah lebam. Hatinya dipenuhi dengan rasa bersalah kerana dia dapat menjaga Yashfi dengan baik.

"Mama minta maaf sayang" ucap Yasmeen dan mencium lembut dahi Yashfi.

Yashfi yang berasa ada sesuatu di dahinya membuka mata perlahan-lahan. Dia tersenyum ke arah Yasmeen di hadapannya.

"Yashfi rindu mama" tuturnya lembut.

Air mata Yasmeen lantas menitis. Hatinya sebak apabila ucapan rindu itu muncul di bibir anaknya.

"Mama pun rindukan Yashfi" tangan Yashfi diusap dan dikucup lama.

"Mama, mana papa?" Soal Yashfi apabila perasan biliknya kosong.

"Papa ada urusan kejap dekat luar. Nanti papa datang tengok Yashfi"

"Papa tak sayang Yashfi ke? Papa tak suka ke dengan Yashfi?" Tiba-tiba soalan itu muncul di bibir Yashfi.

Yasmeen juga tersentak dengan pertanyaan Yashfi. Pertama kali Yashfi mengucapkan hal seperti itu.

"Kenapa Yashfi cakap macam tu? Papa sayangkan Yashfi. Papa yang selamatkan Yashfi" jelas Yasmeen.

"Jadi kenapa papa takde dekat sini kalau papa sayangkan Yashfi? Papa mesti marahkan Yashfi sebab Yashfi tak dapat jaga diri Yashfi sendiri" air mata telah pun mengalir ke pipi.

"Sayang mama. Papa tak marahkan Yashfi pun. Waktu Yashfi tidur, papa ada je dekat sebelah Yashfi. Tapi tadi, papa tiba-tiba ada urusan dekat luar. Sebab tu papa keluar" pujuk Yasmeen.

"Mama bohong. Papa benci Yashfi sebenarnya!" Rentuh Yashfi. Selepas itu dia terus berkalih ke arah kiri. Dia tidak mahu memandang wajah Yasmeen ketika itu.

Yasmeen mengeluh perlahan. Dia juga keliru dengan sikap anaknya itu. Telefon yang terletak di atas meja dicapai. Dia mahu menelefon Ali. Lama dia menghubungi nombor Ali tetapi tidak berangkat. Yasmeen mula berasa susah hati.

-

Athirah mengemaskan tudung yang dipakai. Dia mahu melawat Yashfi di hospital. Zayn pula berada di bilik kerjanya. Athirah berjalan ke bilik kerja Zayn untuk meminta diri untuk keluar.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Zayn saat melihat Athirah masuk ke bilik kerjanya.

"Saya nak pergi hospital. Nak melawat Yashfi. Boleh ke?"

"Dengan siapa?"

"Seorang diri je. Tak boleh ke Zayn?" Athirah mula berasa seolah disekat.

"Sayang tunggu dekat bawah kejap. Saya nak bersiap. Kita pergi sama-sama. Okay" Zayn berdiri dan mencium lembut dahi Athirah sebelum berlalu ke bilik mereka.

Athirah hanya berjalan turun ke bawah untuk menunggu. Dia juga perasan dengan sikap Zayn yang benar-benar menjaga dirinya. Malah Zayn rela membawa pulang kerjanya ke rumah hanya kerana mahu dekat dengan Athirah.

"Mari sayang. Kita pergi" muncul Zayn dengan pakaian yang cukup santai.

Athirah yang melihat juga beberapa kali sudah jatuh cinta. Untung badan dapat lelaki yang berupa.

-

Mereka berdua tiba di hadapan bilik Yashfi dan tersentak apabila mendengar suara jeritan Yashfi. Athirah dan Zayn terus masuk ke dalam dan melihat Yashfi yang melempar beberapa barang di meja sebelah ke arah depan.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now