- BAB 4

4.6K 256 4
                                    

Mereka berlima turun daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam lobi hotel itu. Masing-masing sudah bersedia dengan tugas baharu. Mirza yang menjadi ketua mendahului mereka dahulu untuk berjumpa dengan pewaris Hotel Andika itu.

"Debarnya aku. Kalau dia sejenis mengarah, memang petak kepala aku melayan" luah Rajiq dengan rasa berdebar.

"Kan Tuan Badrul ada cakap yang dia sejenis tak care hal orang. Mungkin dia sejenis introvert" ucap Debbie dengan santai.

"Tenang betul kau. Mentang-mentang lelaki kacak" sindir Rajiq.

"Dah. Dah. Tak guna gaduh pasal benda macam ni. Mirza dah beritahu dalam group whatsapp untuk segera pergi bilik dia" ucap Ahmad dan melangkah keluar daripada lif.

Mereka bertiga juga berjalan bersama-sama. Ruang pada tingkat itu juga terlihat agak sunyi. Hanya ada satu jalan yang menjadi penghubung di antara lif dan sebuah bilik di hujung jalan.

Ahmad mengetuk pintu yang bersaiz besar itu. Beberapa saat kemudian, pintu itu terus terbuka. Mereka bertiga melangkah masuk dengan rasa debar yang cukup menggila.

Athirah dapat melihat Mirza yang sedang berdiri di tengah bilik itu. Manakala ada seorang lelaki yang berdiri di sisi meja panjang di situ. Athirah hanya beranggapan bahawa lelaki itu adalah setiausaha kepada Zayn Habib.

"Satu. Dua. Tiga. Empat. Jadi ada lima orang yang akan kawal aku?" Soal satu suara yang agak serak dan dalam.

Kerusi yang membelakangi mereka semua dipusing ke depan. Mereka berlima terus berdiri tegak saat memandang ke arah Zayn Habib.

Athirah juga terus berasa berdebar saat matanya terpandang pada mata Zayn yang agak tajam itu. Satu per satu Zayn memerhati mereka berempat.

"Kenapa ada dua perempuan?" Soal Zayn tiba-tiba.

"Kemahiran mereka berdua setanding kami bertiga Tuan. Jadi Tuan kami letakkan mereka dalam tugas ni" jawab Mirza.

"Okay. Wan, minta dia orang keluar dari sini. Aku nak fokus dengan kerja aku. Nanti beritahu dia orang apa yang aku tak suka, dan juga suka" jelas Zayn dan berdiri. Selepas itu Zayn bergerak ke sebelah kanan yang mempunyai sebuah lagi bilik.

"Mari. Saya bawa awak semua ke bilik lain" ucap Wan dan langsung bergerak pergi.

Mereka semua mengangguk perlahan dan hanya menuruti langkah Wan. Athirah juga sempat memerhati sekeliling bilik itu. Dia berasa sedikit pelik dengan binaan dan susun atur perabut di situ.

-

Yashfi terduduk selepas selesai berlari dua pusingan padang itu. Ali yang berada di depan terus berundur ke belakang. Kakinya masih bergerak seolah sedang berlari setempat.

"Give up?" Soal Ali dan memandang ke wajah Yashfi.

"No! Yashfi tak kan give up. Demi mama!!" Jerit Yashfi dan berdiri semula.

Ali hanya tersenyum tipis dan melihat Yashfi yang gagahkan dirinya untuk berlari lagi. Dia juga tidak menyangka semangat Yashfi sehebat itu. Tidak pernah dia berjumpa kanak-kanak seumur itu yang gigih seperti Yashfi.

Tiba-tiba Ali perasan dengan kelainan di tubuh Yashfi. Dia dapat melihat Yashfi yang seolah susah untuk bernafas. Dengan pantas dia berlari mendapatkan Yashfi yang sudah pitam di tengah padang itu.

"Yashfi!! Yashfi!!" Tubuh Yashfi dipangku lembut. Pipi budak kecil itu juga ditepuk perlahan.

"Ya Allah. Apa yang aku dah buat ni"

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now