- BAB 5

4.4K 250 5
                                    

Di luar wad itu, dia dapat melihat Dato' Seri Yaakub dan seorang wanita yang seumur dengan Dato' Seri Yaakub. Dadanya mula berdebar.

"Ali? Kamu tak balik lagi?" Soal Dato' Seri Yaakub yang pelik melihat kehadiran Ali di situ.

"Belum lagi Dato'. Saya datang sebab nak minta maaf atas apa yang berlaku. Maafkan saya Dato' " ucap Ali dan menunduk sedikit.

"Siapa ni bang?" Soal Datin Seri Sakinah di sebelah.

"Oh. Kenalkan ni Ali. Dia guru Muay Thai Yashfi. Yang abang cerita tu yang" ucapnya dan memperlahankan sedikit suaranya di akhir ayat.

"Oh yeke. Nama Aunty, Sakinah. Kamu tak perlu rungsingkan kepala. Aunty dengan Uncle maafkan kamu. Kami okay je. Benda nak jadi kan, kita tak boleh nak kata apa" tutur Datin Seri Sakinah dan tersenyum.

Dato' Seri Yaakub juga mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya. Perkara yang sudah terjadi biarlah berlalu. Asalkan kita sedar dengan kesalahan yang dilakukan, itu sudah cukup.

"Tapi Meen tak okay" muncul Yasmeen tiba-tiba di pintu wad itu.

Yashfi yang berada di dalam dukungannya juga sudah lena. Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah terus terkejut dengan kehadiran Yasmeen. Ali pula mula berasa serba salah. Dia masih teringat dengan tamparan wanita itu di pipinya.

"Eh. Yashfi dah boleh keluar hospital ke?" Soal Datin Seri Sakinah. Dia baru sahaja datang untuk melawat cucunya.

"Dah. Dr. Tunia cakap Yashfi hanya perlukan rehat. Lagipun Meen tak nak Yashfi duduk dekat sini" ucap Yasmeen sambil mengusap lembut rambut Yashfi.

"Okay lah macam tu. Ni, guru Yashfi datang sebab nak ucap maaf dekat kita. Meen maafkan je lah ya. Benda dah nak berlaku. Kita tak boleh nak halang" pujuk Dato' Seri Yaakub.

"Anak Meen hampir mati dan papa minta Meen ampunkan lelaki ni? Mustahil. Meen tak kan benarkan Yashfi join benda bodoh tu lagi. Meen balik dulu" ucap Yasmeen dengan kasar dan terus berlalu bersama Yashfi.

Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah hanya mengeluh perlahan. Mereka tahu bagaimana kerasnya kepala Yasmeen jika ianya berkaitan dengan Yashfi. Itu sahaja jantung dan nyawa anak perempuan mereka.

"Kamu jangan risau Ali, nanti Uncle pujuk dia. Uncle dengan Aunty balik dulu ya. Anak Uncle tu pun dah turun bawah"

"Tak apa Dato'. Saya faham. Saya minta maaf sekali lagi" sebut Ali sekali lagi.

Dato' Seri Yaakub hanya tersenyum dan bergerak ke arah lif bersama Datin Seri Sakinah. Mereka berdua juga berasa kasihan apabila melihat Ali. Pasti Ali merasakan kekesalan yang cukup besar.

-

Sampai di rumah, Ali terus bergerak masuk ke dalam biliknya. Dia tidak berjumpa dengan Eva terlebih dahulu di bawah. Eva juga pelik dengan sikap anak bujangnya itu.

"Ali..." panggil Eva dengan beberapa ketukan di pintu bilik Ali.

Lama Eva menanti, akhirnya pintu bilik itu terbuka. Wajah sugul milik Ali dipandang sayu oleh Eva. Ali terus menjemput Eva untuk masuk ke dalam biliknya. Dia terus duduk di birai katil dengan wajah yang agak sugul.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now