- BAB 28

4.1K 265 15
                                    

Ali memerhati susun atur perabot di rumah Yasmeen. Dia sudah meminta Yasmeen membawa semua bajunya dan juga Yashfi. Dia mahu isteri dan anaknya itu duduk di rumahnya. Malah rumah Ali juga lagi dekat dengan Syarikat The Majesty.

Ali mula mengira. Seingatnya dulu, papanya ada memberitahunya yang umur Yasmeen adalah 24 tahun. Jika dikira mengikut umur Yashfi, perkahwinan pertama Yasmeen adalah ketika Yasmeen berumur 19 tahun ataupun 18 tahun. Terlalu awal baginya.

Bunyi loceng pintu yang berbunyi menghilangkan lamunan Ali. Dia perasan Yasmeen dan Yashfi masih berada di dalam bilik untuk mengemas. Walaupun sudah berbalah dengan Yasmeen kerana tidak mahu berpindah, akhirnya Yasmeen bersetuju apabila Ali menggunakan kuasa vetonya sebagai suami.

"Ya?"

Ali terus membuka pintu rumah Yasmeen. Dia memandang pelik ke arah seorang lelaki yang berjambang penuh di bahagian dagu.

Lelaki itu juga memandang Ali dengan kerutan di dahi. Pertama kali mereka berdua bertentang mata.

"Kau siapa? Apa kau buat dekat rumah ni?" Soal lelaki itu dengan mata yang membulat kerana terkejut.

"Err. Aku suami pada penghuni rumah ni" jawab Ali teragak-agak. Ah sudah, lelaki mana pula yang dikenali oleh Yasmeen ini.

"Suami?? Semalam ke kau nikah?"

"Aah. Malam semalam saya sah jadi suami dia. Kau siapa ya?" Soal Ali lagi.

Belum sempat lelaki itu membuka mulut, muncul suara Yashfi yang berlari turun daripada tingkat atas.

"Paklong Shafee!!!" Jerit Yashfi dan memeluk tubuh Shafee.

Shafee terus mendukung Yashfi dengan tinggi. Terjerit Yashfi kerana seronok berada di awan-awangan. Ali sudah berkerut melihat babak pertemuan itu.

Paklong?

"Abang Shafee?"

Muncul Yasmeen pula dan berdiri di sebelah Ali. Ali agak terkejut melihat penampilan Yasmeen yang melepaskan rambutnya hingga ke pinggang. Kemain panjang rambut isterinya itu.

"Assalamualaikum" ucap Shafee dan menyambut salam daripada Yasmeen. Yashfi yang berada di bahunya diturunkan ke bawah.

"Waalaikumussalam. Kenapa tak beritahu nak datang rumah Meen? Mesti Ali terkejut" ucap Yasmeen dan menoleh sesaat ke arah Ali.

"Oh.. Ali nama kau rupanya. Kenalkan aku, Abang Shafee. Abang si Meen ni. Abang ipar kau. Maaf tak kenalkan diri aku tadi. Aku ingatkan kau Nuh tadi" ucap Shafee dan menghulurkan tangan kepada Ali.

"Ohhh..maafkan saya juga sebab tak bertanya" sambut Ali. Di fikirannya dia masih berfikir tentang nama Nuh itu. Adakah itu nama ayah kepada Yashfi?

"Abang Shafee. Kenapa tak beritahu nak balik? Meen dah kecewa bila mama cakap Abang tak sempat balik untuk akad nikah semalam"

"Sorry ya Meen. Semalam flight delayed sampai 6 jam. Katanya cuaca teruk dekat New Zealand" jelas Shafee.

"Paklong. Paklong. Paklong bawa balik tak baju tu?" Soal Yashfi dengan wajah yang mengharap.

"Mestilah bawa. Untuk anak saudara Paklong ni. Apa je Paklong tak boleh buat. Tapi nanti ya. Paklong nak rehat dulu" ucap Shafee dan menguap beberapa kali.

"Abang Shafee nak tidur sini ke?" Soal Meen. Ali hanya menjadi pemerhati sahaja.

"Aah. Kenapa? Kau orang berdua nak pergi honeymoon ke?"

"Ish. Abang ni. Ke situ pula" marah Yasmeen. Dia sudah berasa malu saat itu.

"Dah tu. Kau tanya macam nak halau aku keluar" beg yang digalas diletakkan ke tepi.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now