- BAB 21

3.9K 251 14
                                    

"Amboi. Cantiknya si dia" usik Athirah apabila melihat Ali menghampirinya.

Yashfi juga duduk di sebelah Athirah. Sekejap sahaja mereka sudah akrab.

"Kau jangan nak mengarut. Kalau dengar si papa Yashfi, mahu abang kena tetak" bebel Ali dengan geram. Tak munasabah untuk dia suka dengan isteri orang.

"Gurau pun tak boleh. Cepat betul melenting" perli Athirah.

"Tapi daddy Yasfhi takde" ucap Yashfi tiba-tiba.

Ali dan Athirah terus menoleh ke arah Yashfi. Mereka berdua terkejut dengan kata-kata Yashfi.

"Daddy Yashfi dah meninggal ke?" Soal Athirah dengan teragak-agak.

"Ish Thirah" tegur Ali. Geram apabila Athirah menanyakan hal itu pada Yashfi.

"Tak. Daddy hidup lagi. Tapi Daddy dengan mama dah pisah. Yashfi tak suka dengan Daddy" ucap Yashfi dengan wajah yang serius.

"Ohhhhhhh" panjang sahaja Athirah menyahut. Dia juga kelu hendak bercakap apa.

"Tapi Abang Ali dengan Kakak Athirah jangan risau. Nanti Yashfi akan dapat papa baru" ucap Yashfi tiba-tiba.

Ali terus terkejut mendengar ayat Yashfi. Baru sahaja tadi dia berasa lega tetapi sekarang jantungnya sudah berdebar hebat. Dia sendiri keliru dengan hatinya itu.

"Oh. Mama Yashfi dah nak kahwin lain ya?"

"Aah. Nanti Yashfi akan dapat papa baru"

"Yashfi okay ke dapat papa baru?" Soal Athirah lagi. Ali hanya memilih untuk mendengar sahaja.

"Kalau mama okay. Yashfi pun okay. Yashfi dah belajar Muay Thai dengan Abang Ali. Kalau papa baru Yashfi pukul mama, Yashfi akan lindungi mama" tutur Yashfi dengan penuh semangat.

"Wow. Yashfi dah jadi superhero untuk mama"

Bangga Athirah mendengarnya. Dia pasti Yashfi sudah melihat bagaimana daddynya dulu melayan Yashfi. Jika tidak, mustahil Yashfi mahu belajar semua itu.

"Dah. Dah. Yashfi pergi skipping 20 kali dulu" ucap Ali tiba-tiba.

"Baik Abang Ali" Yashfi terus mengeluarkan tali skippingnya.

Athirah dapat mengesan perubahan di wajah Ali. Nampak seperti kecewa je. Takkan lah abangnya menyimpan rasa pada mama Yashfi. Gawat tu.

-

Esyraf melepaskan satu keluhan berat. Ali di depannya juga melakukan hal yang sama.

"Kau asal mengeluh juga?" Soal Esyraf. Geram melihat cara Ali yang mengikutnya.

"Kau tahu kan aku dah nak nikah Jumaat ni. Aku risau lah" luah Ali dan mengacau air teh o aisnya.

"Tahu-tahu kau dah nak jadi suami orang. Lepas tu pergi bertugas pula macam biasa. Boleh terima ke bakal isteri kau nanti?"

"Terima tak terima. Aku tak tahu. Sebab ni semua papa dengan mama aku yang uruskan. Nasib dia lah dapat suami kerja macam aku ni" ucap Ali.

"Hmm. Begitulah gamaknya. Kesian juga dia dapat laki macam kau. Bekeng orang kata"

"Urgh. Kau dengan Sofia macam mana pula? Aku dengar daripada Thirah, kau gaduh dengan dia" soal Ali. Dia malas mahu memikirkan tentang pernikahannya. Tetapi hal itu sentiasa berlegar dalam kepala.

"Dah elok dah" jawab Esyraf dan mengunyah roti canainya.

"Kau ni ego sangat. Melepas dekat lelaki lain, baru tahu erti menyesal" sindir Ali.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now