- BAB 48

3.9K 262 10
                                    

Ali berjalan masuk ke dalam bilik Yasmeen. Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah telah pulang ke rumah. Dirinya pula menjaga Yasmeen pada malam itu. Yasmeen pula masih tidak dibenarkan pulang ke rumah. Keadaan diri Yasmeen yang tidak dapat dijangka merisaukan doktor.

Yashfi juga sudah berulang kali memberitahu Shafee supaya membawanya ke hospital. Tetapi buat masa itu, Ali tidak mahu Yashfi melihat keadaan Yasmeen. Dia risau Yashfi akan berasa sedih.

Kepala Yasmeen diusap lembut dan dia melabuhkan kucupan di dahi itu. Selepas itu, dia melihat Yasmeen yang membuka matanya perlahan-lahan.

"Sayang dah bangun" ucapnya dan tersenyum.

"Ali...saya nak air" pinta Yasmeen. Ali segera menuangkan air ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Yasmeen. Dia juga membantu Yasmeen menelan air itu.

"Ali...saya ni menyusahkan awak kan?" Soal Yasmeen tiba-tiba. Kepalanya juga ditunduk.

"Isteri saya tak pernah susahkan saya. Ini tanggungjawab saya. Saya perlu beri semangat pada dia. Saya tak nak tengok isteri saya menitiskan air mata macam ni" Ali duduk di birai katil sampai mengusap pipi yang mula cekung itu.

"Maafkan saya, Ali. Saya hampir bunuh diri saya sendiri" air mata Yasmeen mula mengalir ke pipi.

Ali menarik tubuh itu ke dalam dakapannya. Dia juga sudah tidak bagaimana mahu menceriakan Yasmeen. Fikirannya seolah tersekat.

"Saya sayangkan awak, Ali" ucap Yasmeen dan mengeratkan pelukan itu.

"Saya juga sayangkan isteri saya ni. Hanya dia seorang sahaja yang boleh berada di samping saya" ubun-ubun Yasmeen dikucup lama.

'Ya Allah. Kau kembalikanlah isteriku seperti sebelum ini. Aku rindukan dia' bisiknya di dalam hati.

-

Yashfi menangis di atas katil dengan kuat. Dia mahu berjumpa dengan Yasmeen. Sudah hampir seminggu dirinya tidak bertemu dengan mamanya.

Shafee yang mendengar suara tangisan Yashfi segera berlari dari biliknya. Dia dapat melihat Yashfi yang sedang menangis di hujung katilnya. Tubuh kecil itu terus dipeluk sayang.

"Kenapa ni Yashfi? Paklong ada dengan kamu" pujuk Shafee.

"Yashfi nak jumpa mama. Bawalah Yashfi jumpa mama, paklong" rayunya sayu.

Shafee sudah kehilangan kata-kata. Dirinya juga mahu membawa Yashfi bertemu dengan Yasmeen, tetapi dia risau jika kesihatan Yasmeen terganggu.

"Yashfi..." satu suara yang muncul di muka pintu dipandang oleh mereka berdua.

"Papa!" Yashfi terus berdiri dan berlari memeluk Ali. Shafee juga berasa sedikit lega apabila melihat kehadiran Ali.

"Kenapa anak papa ni menangis? Siapa buat?" Soal Ali dan mengusap pipi Yashfi yang penuh dengan air mata.

"Yashfi rindu mama dengan papa. Yashfi nak jumpa dengan mama. Papa bawa lah Yashfi jumpa mama" rayunya.

"Okay. Kalau Yashfi berhenti menangis, papa bawa Yashfi pergi jumpa dengan mama"

"Betul ke papa?" Yashfi sudah mengesat air matanya.

Anggukan Ali membuatkan Yashfi terus berasa gembira. Dia cukup menantikan masa untuk berjumpa dengan Yasmeen. Shafee sudah berasa lega. Nampaknya keadaan adiknya pasti sudah memulih.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now