- BAB 29

4K 261 5
                                    

Datin Seri Sakinah dan Eva menyusun beberapa pinggan di atas meja. Mak Umi juga sudah menyiapkan beberapa juadah makan malam untuk dua keluarga besar itu.

"Meen okay ke tinggal dekat rumah Ali nanti Kak Kinah?" Soal Eva saat menuangkan air ke dalam gelas.

"InsyaAllah okay kot. Meen tu tak biasa lagi dengan Ali. Jadi kita bagi dia terbiasa. Nanti-nanti kita minta Yashfi duduk dengan kita. Bagi mama papa dia dating berdua" ucap Datin Seri Sakinah dan ketawa kecil.

"Hahahaha. Betul juga kan. Saya pun nak tengok dia orang berdua tu baik-baik je" balas Eva. Dia juga bersetuju dengan kata-kata Datin Seri Sakinah.

Kemunculan Nahdi dan Dato' Seri Yaakub ke ruang makan membuatkan mereka berdua berhenti bekerja. Masing-masing sudah mengambil tempat duduk. Sekarang, mereka berbual dahulu sementara menunggu anak-anak sampai

"Atuk!!" Jeritan suara Yashfi membuatkan mereka berempat tersenyum.

Yashfi terus berlari ke dapur dan mendapatkan Dato' Seri Yaakub. Dato' Seri Yaakub terus menghadiahkan sebuah kucupan ke dahi Yashfi.

"Eh. Shafee?!" Soal Datin Seri Sakinah dengan riak terkejut.

"Assalamualaikum mama"

Shafee terus memeluk tubuh Datin Seri Sakinah. Datin Seri Sakinah terus membebel kepada Shafee yang tidak memberitahu tentang kepulangannya itu.

"Sorry mama. Shafee terus pergi jumpa Meen tadi. Assalamualaikum Uncle, Aunty" sapanya dan menyalam tangan Nahdi. Eva di sebelah Nahdi dibalas dengan senyuman sahaja.

"Ringanlah sikit kerja Meen nanti. Kamu dah balik ni. Duduk-duduk" ucap Dato' Seri Yaakub.

"Nahdi. Kenalkan ni anak sulung aku, Shafee Yazzeq" tutur Dato' Seri Yaakub.

"Oh. Inilah anak sulung kau yang selalu pergi travel tu ya?" Soal Nahdi.

"Eh bukan travel Uncle, saya kerja sebagai photographer. Sebab tu banyak melancong" ucap Shafee dengan nada malu.

"Pandailah ambil gambar ni ya. Bagus-bagus. Asalkan kerja kamu halal. Tu dah baik"

"Terima kasih Uncle"

Shafee berasa sedikit lega. Dia sering direndahkan oleh rakan kerja papanya yang lain kerana bekerja seperti itu. Oleh sebab itu, dia gemar berada di luar negara. Malas hendak mendengar cemuhan orang.

"Haa. Yashfi. Mama dengan papa mana?" Soal Datin Seri Sakinah. Dia tidak nampak pula Yasmeen dan Ali tadi.

"Mama dengan papa pergi dating. Kejap lagi mama papa sampai" ucap Yashfi dan duduk di sebelah Dato' Seri Yaakub.

Mereka semua terus tergelak mendengar kata-kata Yashfi. Si budak kecil ini apa je yang dia tahu.

"Anak bongsu kau tak datang ke Nahdi?" Soal Dato' Seri Yaakub.

"Tak. Dia ada kerja sikit nak diuruskan. Dia kirim salam dekat kamu berdua" jawab Nahdi.

Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah terus menjawab salam itu. Tidak lama selepss itu, mereka semua terdengar salam dari luar rumah. Tahulah gerangan mana yang baru tiba.

Ali dan Yasmeen terus bersalaman dengan orang tua dan mentua mereka berdua. Shafee sudah tersengih-sengih memandang ke arah Yasmeen. Geram Yasmeen dibuatnya. Mahu sahaja dicucuk mata Shafee itu.

Malam itu, mereka semua makan bersama-sama untuk pertama kalinya. Semua bercerita pelbagai kisah. Bermula daripada pekerjaan sehingga ke kisah dulu-dulu.

"Haa Meen. Ali. Papa nak sponsor honeymoon kamu ni" ucap Dato' Seri Yaakub tiba-tiba.

Yasmeen yang sedang meneguk air terus tersedak. Dah takde waktu lain ke papanya mahu memberitahu. Ali segera menyuakan tisu ke arah Yasmeen. Yasmeen terus mengelap bibirnya.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now