- BAB 42

3.8K 256 5
                                    

Hari demi hari berlalu seperti biasa. Hubungan di antara Athirah dan Zayn juga sudah selama sebulan sebagai suami isteri. Zayn juga agak sibuk di hotelnya. Malah Athirah juga sudah bekerja di syarikat Aunty Izzah.

Walaupun dia sudah dipujuk oleh Debbie, Rajiq dan Ahmad. Pendiriannya tetap sama. Dia mahu membantu Aunty Izzah pula di syarikat itu.

Sofia berjalan ke arah Athirah bersama dengan secawan kopi. Dia melabuhkan duduk di hadapan Athirah yang sedang ralit bermain telefon.

"Amboi. Chat dengan husband ke?" Usik Sofia dan tersengih.

"Bukanlah. Zayn mana ada dekat Malaysia" jawab Athirah dan menyisip air kopi yang dibawa oleh Sofia.

"Lepastu dia ada dekat mana?"

"Dia ada bussiness matter dekat Bali. Dalam tiga hari juga. Aku ni pun duduk dengan Kakak ipar aku. Jaga anak saudara aku alang-alang" ucap Athirah.

Zayn memintanya untuk duduk di rumah orng tua Athirah. Tetapi Athirah memilih untuk duduk di rumah Yasmeen. Tambah pula, Nahdi dan Eva tiada di Malaysia. Papanya memberitahu yang mamanya terpaksa menerima rawatan susulan sekali lagi di Turki.

"Ohhh. Kau tak rindu ke dekat dia? Suami kau katakan" ucap Sofia.

"Rindu? Aku pun tak tahu rasa rindu tu macam mana. Kalau untuk dia lah. Kalau untuk Abang aku, aku rindu" Athirah hanya tersengih.

"Banyak songeh betul. Kalau dah rindu tu rindu je lah" marah Sofia.

"Entah lah. Aku selesa dengan Zayn. Dia pun tak paksa aku kalau benda tu berkaitan dengan hal suami isteri. Tapi yang aku tak suka mak tiri Zayn tu" luah Athirah dengan sebal.

"Kenapa pula tu? Kau kena buli ke?"

"Mak tiri dia tu betul-betul macam watak jahat dalam cerita Indon. Kau bayangkan, aku dengan Zayn balik rumah papa Zayn untuk jenguk ayah dia. Tapi mak tiri dia ni paksa aku buat itu ini. Bila aku tak buat, dia kata aku kurang ajar. Zayn dah minta dekat aku untuk abaikan. Tapi kau tahu lah kan, ayah dia ada dekat situ juga. Takkan aku nak tunjuk sikap kurang ajar aku" jelas Athirah. Jika Dato' Zairul tiada, sudah pasti wajah Tengku Julia sudah ditumbuknya.

"Betul-betul mak tiri lah. Takkan kau jadi mak turut je?"

"Aku buat mana yang aku nak je. Boleh pula dia minta aku bersihkan toilet dia. Memang tak lah aku bersihkan"

"Nasib baik kau jenis ganas Thirah. Cuba kalau kau macam Cinderella. Turut je apa kata Mak Tiri dia. Dah sah-sah hidup kau tak tenang" ucap Sofia.

"Tahu tak pe. Kalau kena smack down tu baru dia tahu" tambah Athirah dengan geram.

Sofia hanya tergelak mendengar kata-kata Athirah. Tetapi kadang kala benda itu dilakukan oleh Athirah juga. Sahabatnya itu tak kan memberikan peluang kepada sesiapa untuk merendahkan dirinya.

"Eh. Aku kena ambil anak saudara aku lah. Nanti kita berbual lagi tau. Aku nak tahu perkembangan kisah cinta kau dengan Esyraf. Bye. Assalamualaikum" ucap Athirah dan bergegas keluar dari kafe Sofia.

Sofia hanya menggelengkan kepala sahaja. Nampak sahaja ganas si Athirah tu, tapi yang itulah kaki gosip utama.

-

Athirah bermain telefonnya sementara menunggu Yashfi keluar dari tadika. Sejak dia duduk bersama dengan Yasmeen, dia sudah merelakan diri untuk mengambil Yashfi.

"Aunty Thirah!" Jerit Yashfi dengan riang.

"Yashfi. Anak saudara kesayangku" ucap Athirah dan mendukung Yashfi.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now