- BAB 38

3.7K 235 8
                                    

Athirah yang masuk ke dalam syarikat dipandang sinis oleh Rajiq dan Ahmad. Dia perasan dengan dua orang rakan sepasukannya itu.

"Ada apa-apa masalah ke dengan aku?" Tegur Athirah.

"Kau cakap Zayn tu dah tipu kita. Tiba-tiba kau nikah dengan dia. Kau ni munafik tahu tak Thirah" kutuk Rajiq.

Athirah yang mendengar kata-kata Rajiq cuba bersabar. Dia sudah tahu tentang pandangan mereka semua. Pasti mereka akan persoalkan.

"Tahu tak pe. Mentang-mentang Zayn tu anak Dato'. Mudah je kau maafkan" balas Ahmad pula.

Debbie yang baru masuk ke dalam bilik mesyuarat itu juga hanya menjeling ke arah Athirah. Dia juga terasa dengan pernikahan Athirah itu.

"Debbie. Kau tengok lah muka tak malu ni. Haritu beria marah-marah. Ni tahu-tahu dah nikah" ucap Rajiq lagi.

"Biarlah dia. Itu rezeki dia" balas Debbie dengan nada malas.

Athirah hanya memekakkan telinganya. Jika dia memberitahu hal sebenar, nanti terkantoi pula masalah keluarga Zayn. Lebih baik dia mengunci mulut.

"Aku tak nak satu pasukan dengan kau" luah Debbie tiba-tiba.

Rajiq dan Ahmad juga terkejut dengan kata-kata Debbie. Dahulu, Athirah dan Debbie merupakan rakan sepasukan yang cukup rapat dan hebat. Sekarang mereka nampak Debbie menjauhkan diri daripada Athirah.

"Sebab?" Athirah juga tersentak dengan kata-kata Debbie.

"Aku tak nak bekerja dengan orang yang tak jujur. Kalau kau tak nak tukar pasukan lain, aku sendiri yang pergi tukar dengan Tuan Badrul"

Mirza yang baru tiba juga memandang pelik ke arah mereka semua. Semuanya memaparkan wajah yang ketat.

"Okay. Aku akan cakap dengan Tuan Badrul. Kau tak payah susah-susah tukar. Biar aku sendiri je yang keluar daripada pasukan ni" ucap Athirah dan berdiri.

Debbie, Rajiq dan Ahmad hanya mendiamkan diri. Mereka bertiga malas hendak memperdebatkan lagi.

"Kejap. Apa yang dah berlaku ni?" Soal Mirza dan menghalang Athirah daripada keluar.

"Aku ni tak jujur dengan dia orang. Tak layak untuk dia orang bekerja dengan orang macam aku. Maaf Mirza. Aku terpaksa undur diri" jelas Athirah dan beredar pergi dari bilik mesyuarat itu.

Mirza memandang satu per satu wajah mereka bertiga. Baru sahaja Tuan Badrul memisahkan dia dan Athirah untuk tugas sebelum ini. Sekarang, dia perlu berpisah dengan Athirah sekali lagi.

"Apa masalah kau orang ni?" Soal Mirza.

"Mirza. Kau tahu ke yang Thirah tu kahwin dengan Zayn?" Soal Ahmad.

"Tahu. Jadi kenapa?"

"Kau pun sokong lah apa yang dia buat? Haritu dia sendiri cakap dekat kita yang Zayn tu penipu. Zayn tu kenakan kita. Sekarang apa pula? Jodoh tiba-tiba datang?" Sindir Ahmad dengan geram.

"Aku dah pernah cakap dulu. Hal kerja, pasal kerja je. Hal peribadi jangan masuk campur. Kau tak tahu apa sebab dia kahwin. Jadi jangan salahkan dia 100%. Ya. Aku tahu Zayn tu tipu kita. Tapi masalah tu dah selesai. Tuan Badrul pun cakap benda tu hanya untuk uji kita berlima. Jadi kenapa nak paranoid sampai macam ni sekali?" Soal Mirza kembali. Hatinya kecewa apabila melihat rakan pasukannya berpecah.

Mereka bertiga hanya berdiam diri. Masing-masing seolah tertampar dengan ayat Mirza. Mirza mengeluh perlahan. Sekarang timbul isu pula pada mereka berlima. Dia perlu berbincang semula dengan Athirah.

-

Zayn membuka butang lengan bajunya. Tali lehernya juga dibuka dan ditanggalkan. Dia baru sahaja sampai di rumah. Suasana di dalam rumahnya juga terlihat suram.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now