- BAB 50

3.8K 227 13
                                    

Dato' Zairul melemparkan beberapa keping gambar ke atas meja. Dadanya juga turun naik kerana cuba menahan marah. Tengku Julia di sebelah sudah tersenyum sinis. Tengku Tiara sudah menjelaskan segala rancangannya bersama dengan Dhia. Seperti sebuah kemenangan menimpa diri Tengku Julia. Itulah yang dia harapkan.

"Apa makna semua ni Zayn?!" Tengking Dato' Zairul. Tengku Tiara yang baru turun sudah tersenyum melihat Zayn di hadapan Dato' Zairul.

"Zayn tak buat semua tu. Zayn diperangkap" jawab Zayn.

"Apa benda kau cakap ni? Pihak JAWI ada sekali dekat situ!"

"Zayn hanya jujur dengan papa. Semua yang ada dalam gambar tu hanyalah gambar sahaja. Zayn tak sentuh Dhia. Zayn tak ingat langsung macam mana Dhia boleh masuk dalam bilik Zayn" ucap Zayn. Dia cukup berharap papanya menyebelahi dirinya.

"Macam tu pula? Dhia sendiri beritahu Tia yang Abang Zayn ajak dia ke situ" celah Tengku Tiara sebagai penambah rasa.

"Haa. Macam mana pula tu Zayn? Jangan nak menipu. Kalau kamu dah buat tu, mengaku je lah" tambah Tengku Julia pula.

"Cukup!" Ucap Dato' Zairul dengan wajah ketat. Tengku Tiara dan Tengku Julia hanya tersenyum sesaat.

"Papa nak Zayn kahwin dengan Dhia. Papa tak nak orang luar tahu pasal benda ni. Beritahu Thirah untuk terima Dhia sebagai isteri kedua" tutur Dato' Zairul sebagai sebuah arahan.

"Tak akan papa. Zayn hanya akan bayar denda sahaja dekat pihak JAWI. Perkara yang Zayn tak buat, Zayn tak akan senang-senang nak musnahkan rumah tangga Zayn. Zayn akan buktikan yang Zayn tak bersalah. Percayalah papa, pemfitnah akan kalah juga satu hari nanti. Maafkan Zayn. Zayn balik dulu" balas Zayn dan terus berlalu pergi.

Semakin bertambah bara di dalam hati Dato' Zairul. Jika sempat dia menampar wajah Zayn, sudah lama dia akan melakukannya.

Tengku Tiara mula memaki di dalam hati. Dia tidak sangka Zayn sekeras itu. Tengku Julia juga memberi isyarat kepada Tengku Tiara supaya menyelesaikan semua itu. Tengku Tiara terus meminta diri untuk keluar.

"Sabarlah you. Mesti ada sebab Zayn tak nak kahwin dengan Dhia. Dia kan baru sebulan kahwin dengan Thirah" pujuk Tengku Julia.

"Kau diam" balas Dato' Zairul dan terus berlalu ke biliknya.

Tengku Julia hanya mampu menahan sabar. Jika sabarnya hilang, sudah pasti dia akan melenting. Tetapi disebabkan mahu menjaga perwatakan baiknya di hadapan Dato' Zairul. Dia perlu bersabar.

-

Yasmeen melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memerhati keadaan rumah yang sudah ditinggal beberapa minggu. Terubat rindunya apabila dia sudah pulang ke situ.

Yashfi juga sudah diangkat oleh Ali ke biliknya. Anaknya itu baru sahaja pulang dari tadika. Disebabkan rasa penat, Yashfi terlelap di dalam kereta sewaktu mereka bergerak pulang dari hospital.

"Meen nak air?" Soal Ali sewaktu duduk di sebelah Yasmeen.

Yasmeen memegang lembut tangan Ali. Ali pula yang berasa pelik dengan tindakan Yasmeen. Tiba-tiba Yasmeen melutut di hadapan Ali. Tersentak Ali dibuatnya.

"Sayang kenapa ni? Duduk dekat atas sofa. Sayang masih berpantang" tegah Ali dan mahu mengangkat Yasmeen ke atas. Tetapi ditahan oleh Yasmeen.

"Meen minta maaf untuk segalanya pada Ali. Mungkin Ali tak tahu, tapi sebenarnya Meen perempuan jahat. Meen hampir bunuh Ali dulu. Semuanya kerana sikap Meen sendiri. Meen pentingkan diri Meen sendiri sehingga sanggup nak membunuh orang lain. Meen minta ampun Ali. Meen tak nak benda ni musnahkan rumah tangga kita. Meen tak nak ianya ganggu mental Meen. Meen minta maaf sangat-sangat" ucap Yasmeen sambil menyalam tangan Ali. Air matanya juga menitis ke pipi.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now