- BAB 57

4K 241 8
                                    

"Yashfi minta maaf mama..." sayu suara Yashfi saat meminta maaf atas apa yang berlaku pada hari semalam.

"Mama tak pernah marahkan Yashfi. Jadi kenapa anak mama ni perlu minta maaf?" Tubuh Yashfi dipeluk kasih.

"Sebab Yashfi baling barang dekat mama. Yashfi tak patut buat macam tu" nangisnya lagi. Ali yang duduk di sebelah hanya menjadi pemerhati.

"Tak apa. Mama faham. Jangan nangis lagi ya. Harini kita dah boleh balik rumah," ucap Yasmeen dengan lembut. Yashfi pula hanya menangis sambil dipeluk oleh Yasmeen.

Mereka semua tiba di rumah pada petang itu. Yashfi yang sudah lena didukung oleh Ali untuk masuk ke bilik. Lebam di waajah Yashfi juga sudah semakin surut.

Selesai meletakkan Yashfi di dalam bilik, Ali turun semula ke ruang tamu. Dia melihat Yasmeen yang terlelap sambil menongkat dagu di sofa. Ali terus duduk di sebelah Yasmeen dan menarik tubuh Yasmeen untuk berbaring di atas pahanya.

"Yashfi terjaga ke?" Soal Yasmeen dengan nada mengantuk.

"Tak sayang. Sayang tidur lah." Pipi Yasmeen diusap kasih. Beberapa saat kemudian, Yasmeen kembali lena.

Hujan dan guruh di luar sudah menggila. Berdentum-dentam bunyi di luar. Ali yang sedang ralit membaca buku terkejut apabila mendengar erangan halus daripada Yasmeen. Dia terus meletakkan bukunya di sebelah dan memandang ke arah Yasmeen.

Terdapat butir mutiara yang mengalir daripada mata isterinya. Ali mengusap lembut pipi itu dan berselawat untuk menenangkan diri Yasmeen.

Bunyi kilat yang tiba-tiba muncul membuatkan Yasmeen terjaga. Badannya terus mengigil kerana ketakutan. Ali segera memeluk tubuh Yasmeen.

"Sayang. Abang ada dengan sayang. Jangan risau," pujuk Ali dan memelik erat tubuh Yasmeen.

"Saya tak suka bunyi guruh dengan kilat. Saya tak suka." Yasmeen sudah menutup telinganya.

"Peluk abang, sayang. Abang ada dengan saya," bisik Ali dengan lembut. Yasmeen terus merangkul tubuh Ali dan meletakkan kepalanya ke dada Ali.

Mereka hanya berkeadaan seperti itu sehinggalah hujan berhenti. Malah Yasmeen juga sempat terlena di atas dada Ali. Ali mendukung lembut tubuh Yasmeen dan dibawa masuk ke dalam bilik. Selepas itu, dia pergi ke bilik Yashfi untuk memeriksa sama ada Yashfi sudah bangun mahupun tidak.

-

Ali kembali masuk ke dalam bilik selepas memastikan keadaan Yashfi yang masih lena. Di atas katil dia sudah melihat Yasmeen yang sedang duduk termenung. Dia juga tidak tahu sejak bila isterinya terjaga.

"Sayang dah bangun?" Soalnya ceria dan duduk di hadapan Yasmeen.

"Abang. Saya ni beban kan? Asyik menangis je," tiba-tiba Yasmeen meluah.

"Apa pula cakap macam tu. Sayang tak pernah dianggap beban oleh abang. Apa jua masalah sayang adalah masalah abang juga. Takde istilah beban pada diri abang," jawab Ali dan tersenyum manis.

"Maafkan saya abang kalau abang rasa annoying bila saya menangis waktu hujan. Saya trauma dengan hujan dengan guru," luah Yasmeen.

"Why sayang?"

"Dulu, Nuh selalu pukul saya waktu hujan dengan guruh. Dia cakap waktu je jiran kami tak kan dengar saya menjerit. Setiap kali hujan mahupun guruh, saya tahu diri saya akan dipukul. Saya tak suka hujan dengan guruh." Air matanya terus menitis.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now