- BAB 58

4.4K 250 13
                                    

Ali berjalan keluar dari ibu pejabat. Dia baru sahaja selesai bertugas pada hari itu. Tubuh yang terasa sengal dibetulkan sedikit. Selepas itu, dia terus memandu pergi untuk mengambil Yashfi di tadika.

Yashfi pula sudah seminggu sudah pulih daripada kecederaan yang dialami. Kes berkaitan Nuh juga masih dalam siasatan. Pihak polis masih mencari siapa dalang yang membunuh Nuh sebenarnya.

"Papa. Papa. Yashfi nak pergi pusat Muay Thai. Boleh? Yashfi dah lama tak jumpa dengan Fahmi!" Ucap Yashfi tiba-tiba.

"Yashfi nak berlatih dekat sana ke?" Soal Ali.

"Aah. Bolehlah papa," rengek Yashfi.

"Okay. Tapi kejap je tau. Papa tak nak mama tertunggu kita dekat rumah nanti." Ali langsung memandu ke arah pusat latihan itu. Yashfi sudah bertepuk tangan kerana berasa gembira.

Tiba di sana, Yashfi terus berlari masuk ke dalam. Ali menghubungi Yasmeen terlebih dahulu untuk memaklumkan keberadaan dia dan Yashfi. Mujurlah Yasmeen tidak mendesaknya untuk segera balik.

"Lama dah aku tak jumpa dengan kau," tegur Uncle Ziyad.

"Assalamualaikum Uncle." Tangan Uncle Ziyad disalam lembut.

"Waalaikumussalam."

Ali memerhati ke arah Yashfi yang rancak berbual bersama dengan Fahmi. Fahmi juga teruja dengan kehadiran Yashfi di situ.

"Macam mana alam perkahwinan? Seronok?" Soal Uncle Ziyad.

"Alhamdulillah Uncle. Semuanya baik-baik sahaja," jawab Ali dan tersenyum.

Sedang mereka berbual, muncul satu suara perempuan dari muka pintu depan. Ali dan Uncle Ziyad terus memandang ke arah Amilia yang sudah tersenyum lebar.

"Bila sampai Ali?" Soal Amilia dengan riang.

"Baru je tadi."

"Rindunya saya pada awak. Kenapa tak selalu datang sini?" Soal Amilia dengan lenggang-lenguknya.

"Saya kan dah ada keluarga. Mestilah saya perlu lebih mereka," tutur Ali dan tersenyum tipis.

Amilia yang mendengar perkataan keluarga terus mencebik. Dia dapat melihat Yashfi di situ. Geram dia melihat budak kecil itu.

"Ali. Teman saya pergi makan boleh?" Ajaknya tiba-tiba.

"Kan kamu dah makan dekat rumah tadi," tegur Uncle Ziyad.

"Ish. Papa ni, sibuk je lah. Lia nak luangkan masa dengan Ali. Bolehlah Ali." Amilia sudah mengeletis di sebelah Ali.

"Papa!" Tiba-tiba muncul Yashfi sambil bercekak pinggang.

"Kenapa sayang?" Soal Ali dengan lembut. Hati Amilia terus terbakar apabila mendengarnya.

"Yashfi nak balik. Yashfi tak nak tengok muka makcik ni!" Marah Yashfi sambil menunjuk ke arah Amilia.

"Yashfi. Tak baik cakap macam tu."

Amilia sudah mengetap giginya kerana berasa bengang dipanggil sebagai makcik oleh Yashfi.

"Yashfi nak balik. Nanti mama menangis kalau Yashfi dengan papa tak balik." Tangan Ali ditarik untuk keluar.

"Maaf ya Lia. Ali minta diri dulu Uncle. Ada masa Ali datang lagi."

"Baik. Baik. Hati-hati memandu tu," pesan Uncle Ziyad.

Amilia terus merentuh dan masuk ke dalam pejabat Uncle Ziyad. Uncle Ziyad malas hendak memujuk anak gadisnya itu. Sudah berbuih mulutnya dalam menasihati. Tetapi Amilia tetap berdegil.

-

Ali mengangkat telefon daripada Nahdi. Sudah hampir sebulan Nahdi dan Eva berada di Turki.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now