- BAB 45

3.9K 266 16
                                    

Ali menarik Yasmeen supaya berdiri di belakangnya. Dia juga terkejut dengan situasi yang berlaku. Niatnya mahu membuat kejutan pada Yasmeen pada hari itu. Tetapi dia pula yang menerima kejutan.

"Nuh Aiman" sebut Ali tiba-tiba.

Athirah juga pegun di tempatnya. Dia berasa pelik kerana Ali tahu nama penuh Nuh. Zayn yang baru tiba juga segera mendapatkan Athirah. Dia juga terkejut apabila melihat Ali di situ.

"HAHAHAHAHA. Aku tak sangka rupanya kau kahwin dengan dia" gelak Nuh sekuat hati.

Ali hanya merenung tajam ke arah Nuh. Sewaktu Shafee mengatakan nama Nuh dahulu, dia cuba untuk positif. Dia tidak menyangka bahawa Nuh yang dia kenal adalah sama dengan bekas suami Yasmeen.

"Hei Ali. Kau tahu tak bini kau ni siapa?" Sindir Nuh dan tersenyum sinis.

Yasmeen sudah kehilangan kata-kata. Dia juga tidak tahu apa hubungan di antara Nuh dan Ali.

"Dia isteri aku" jawab Ali.

"HAHAHAHA. Benda paling bodoh Ali. Kau tahu tak dia punca kau tak sempat jumpa arwah atuk kau dulu!!" Jerit Nuh sekuat hati.

Ali yang mendengar terus berubah riak wajah. Yasmeen juga terasa seperti ditikam hebat. Sakitnya apabila dia mula sedar dengan semua itu. Athirah juga terkedu mendengar kata-kata Nuh.

"Kau sedar tak yang perempuan ni adalah perempuan yang dulunya kau sebut sebagai jalang tu? Kau lupa?" Sambung Nuh lagi. Dia berasa seronok apabila melihat wajah Ali yang betul-betul tersentak.

"Kau.." Ali yang mahu membalas kata-kata Nuh terhenti. Hatinya terasa sakit selepas sedar dengan peristiwa hitam itu.

"Eh tolong lah Ali. Kau tak tahu perangai sebenar perempuan ni. Bagi dia, kita semua ni macam hamba. Mentang-mentang dia kaya, semua kena ikut cakap dia. Interesting kan? Aku pun bodoh dulu sebab ikut cakap dia. Patutnya aku dengar nasihat kau kan? Kalau aku pergi tolong kau waktu tu, mesti kau sempat jumpa dengan arwah atuk kau kan? Kesian. Sebabkan dia, kau terlambat" sindir Nuh dengan begitu pedas.

"Diam Nuh!" tutur Ali dengan rasa yang sukar diluahkan.

Air mata Yasmeen terus mengalir di pipi. Dia berasa segalanya sudah musnah. Kepalanya juga tidak berani untuk diangkat. Dia mahu melihat riak wajah Ali tetapi dia tidak berdaya.

"Aku tak kan diam. Biar semua orang tahu yang dia punca kesedihan suami dia sekarang. Terdesak sangat nak kahwin dengan aku dulu kan? Tipu aku dengan cakap yang dia mengandung. Semuanya aku percaya sebab aku ni bodoh"

Habis sahaja ayat Nuh, satu tumbukan yang cukup kuat dihadiahkan oleh Ali. Bukan sekali tetapi bertubi-tubi. Nuh yang ingin membalas juga tidak sempat. Gerakan tangan Ali lebih pantas daripada dia.

Zayn terus berlari dan menarik tubuh Ali untuk menjauhi Nuh. Athirah yang melihat keadaan abangnya berasa lain. Itulah pertama kali dia melihat wajah Ali yang benar-benar marah. Tangan Ali yang sudah berdarah juga membuatkan dia berasa takut.

"Kau dengar sini Nuh. Kalau kau berani sentuh isteri dengan anak aku lepas ni, nyawa kau, aku cabut. Kau jangan cabar aku. Milik aku, kau jangan berani nak sentuh!!" Tengking Ali dengan wajah yang cukup bengis.

Semua yang berada di lobi itu mula berbisik antara satu sama lain. Dato' Seri Yaakub yang baru tiba juga terkejut melihat Nuh yang sudah terbaring lemah. Dengan segera dia meminta pengawalnya untuk membawa Nuh ke hospital.

Ali terus merentap tangan Zayn daripada dipegang. Athirah juga datang menghampiri Yasmeen. Dia terus memeluk tubuh Yasmeen yang tampak mengigil kuat.

"Meen. It's okay. It's okay" pujuk Athirah dengan lembut. Dia juga cemas apabila melihat nafas Yasmeen yang tampak tercungap-cungap.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now