- BAB 25

4.1K 268 5
                                    

Sebelum mereka pulang ke rumah, Ali meminta untuk berjumpa dengan Eva dan Nahdi terlebih dahulu. Yasmeen hanya mengangguk dan membawa Yashfi bermain di tengah dewan dahulu.

"Mama" ucap Ali apabila melihat Eva berbual bersama dengan Nahdi.

"Haa. Tak balik lagi ke?" Soal Nahdi pelik.

"Ali nak cakap sesuatu dekat mama dengan papa ni" ucap Ali. Nada suara juga seperti serius.

Eva dan Nahdi sudah berasa pelik. Tiba-tiba pula Ali seperti itu.

"Kenapa tu?" Soal Eva dengan lembut.

"Kenapa mama dengan papa tak cakap yang bakal isteri Ali ni janda?" Soal Ali. Riak wajahnya juga sedikit berubah.

"Ya Allah. Besar ke kesalahan seorang wanita yang memegang status tu Ali?" Nada suara Eva sedikit naik. Dia tersentak dengan soalan itu.

"Bukan mama, cuma Ali terkejut. Kalau Ali tahu, Ali boleh bersedia sikit. Ni anak dia pun dah besar. Sebenarnya anak dia tu anak murid Ali dekat pusat latihan Uncle Ziyad tu" jelas Ali.

"Apa jua status dia. Dia dah jadi isteri Ali. Ali tak boleh fikir buruk tentang dia. Kalau anak dia anak murid Ali, itu maksudnya kalian berdua dah ditakdirkan bersama" ucap Nahdi dengan nada tenang.

Ali terdiam buat seketika. Dia menunduk ke bawah. Entah kenapa dia berasa berbelah bagi. Dia masih ingat dengan kata-kata Yashfi. Yashfi memberitahunya yang dia sendiri tidak mengenali papa barunya. Malah hanya menuruti keputusan Yasmeen. Layakkah dirinya untuk menjadi papa buat Yashfi?

"Kenapa ni Abang?" Muncul Athirah tiba-tiba. Dia baru sahaja menghantar Sofia pulang.

"Abang kamu ni, macam nak pertikaikan tentang status isteri dia" ucap Eva dengan nada tidak senang.

"Apa abang ni. Kakak Yasmeen tu dah kira baik. Cantik. Kenapa nak kena tengok status dia?" Soal Athirah. Geram pula. Dia sudah dapat anak saudara express kot.

"Bukan pertikaikan mama. Cuma Ali terkejut sikit" luah Ali dengan serba salah. Niatnya hanya mahu bertanya.

"Mama!!" Jeritan suara Yashfi mengejutkan mereka berempat.

Ali terus berpusing ke belakang. Tubuhnya terus tersentak apabila melihat Yasmeen yang tidak jauh dengan dirinya. Malah perubahan wajah Yasmeen ketika itu terus menjentik hatinya.

"Alamak" ucap Athirah perlahan. Eva dan Nahdi juga sudah berasa bersalah. Mereka risau, Yasmeen mendengar perbualan mereka sebentar tadi.

"Mama. Yashfi mengantuk" rengek Yashfi dan mengesat matanya. Tangan Yasmeen juga dipegang lembut.

"Kita balik sekarang ya sayang. Mama, papa, Meen balik dulu ya. Athirah, saya minta diri dulu" ucap Yasmeen dan bersalaman dengan Nahdi, Eva dan Athirah. Yashfi juga bersalaman dengan mereka bertiga.

Ali pula bagaikan tunggul kayu di situ. Yasmeen tidak langsung memandang ke arahnya.

"Eh abang. Balik lah. Isteri abang dah nak balik tu. Ingat diri tu bujang lagi ke?" tegur Athirah apabila melihat Ali mengelamun.

"Minta maaf dekat Yasmeen dulu. Lain kali jangan sebut macam tu lagi" pesan Nahdi dengan serius.

"Ali minta maaf, mama, papa. Ali minta diri dulu ya. Terima kasih untuk segalanya" dia terus memeluk dan bersalaman dengan Nahdi dan Eva manakala dengan Athirah dia hanya mencium pipi.

Ali terus berlari keluar. Nampaknya, malam pertamanya adalah memujuk sang isteri.

-

"Meen!" Jerit Ali apabila melihat Yasmeen berjalan ke arah kereta Vios putih miliknya.

Yasmeen hanya mengemaskan tali pinggang di tubuh Yashfi. Yashfi juga sudah lena di dalam dukungannya tadi. Pintu ditutup terlebih dahulu. Dia risau Yashfi terjaga apabila mendengar perbualan di antara dia dan Ali.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now