- BAB 17

3.8K 249 22
                                    

Nahdi yang baru turun dari biliknya memerhati Ali yang sedang bermain dengan Qamar. Qamar pula cukup aktif dalam menangkap bola yang dibaling oleh Ali. Terlihat ceria sahaja wajah Ali saat bermain dengan kucing kesayangannya.

"Adik kamu mana Ali?" Soal Nahdi dan duduk di sofa.

"Entah lah papa. Ali mesej dia pun tak balas. Call pun dia matikan. Maybe ada urgent kes" ucap Ali dan mengusap lembut bulu Qamar.

"Harap dia sampai rumah sebelum pukul 10 malam lah. Mama kamu dah tidur lepas makan ubat tadi" ucap Nahdi. Sejak akhir-akhir ini, dia perasan dengan keadaan Eva yang mudah letih dan mengantuk.

"Tak pe papa. Kalau dia balik lewat, Ali pergi turut dia dekat syarikat dia" Ali mula menyedapkan hati Nahdi. Dia kenal dengan sikap adiknya itu. Jarang Athirah akan pulang lewat.

"Okay lah macam tu. Haa papa nak tanya kamu tentang hal haritu" ucap Nahdi tiba-tiba. Dia sudah berbincang dengan Eva petang tadi. Eva pula hanya bersetuju dengan pilihannya.

"Hal apa tu papa?" Soal Ali. Dia cuba mengingat perkara itu.

"Hal kahwin kamu tu lah. Papa minta keputusan khamis haritu kan? Tapi papa ada hal dekat Lumut" jelas Nahdi.

Ali yang sedang bermain dengan Qamar terus terhenti. Qamar juga seolah terkejut dengan wajah Ali ketika itu. Terasa seolah tiada darah di wajah Ali saat itu. Dia sudah terlupa dengan hal itu.

"Papa serius ke? Ali ingat main-main je" rintih Ali. Drama king sudah bermula. Dia perlu berpura-pura sedih.

"Tak payah nak tayang muka sedih. Papa cukup kenal dengan perangai kamu Ali. Papa dah cakap dekat pihak perempuan, papa setuju" ucap Nahdi dengan serius.

Saat itu Ali merasakan rahangnya bagaikan jatuh. Dia tidak sangka papanya sanggup mengkhiantinya.

"Kenapa papa setuju? Ali tak nak pa" ucap Ali dan menayangkan muka bengang.

"Sebab jawapan ni lah papa setuju. Kamu dah 28 tahun. Mama dengan papa pun dah semakin tua. Mama kamu tu nak sangat timang cucu. Kamu tak kesian ke dekat mama kamu?" Nada suara Nahdi mula berubah sebak.

Ali yang mendengar kata-kata papanya juga mula dihambat dengan rasa bersalah. Dia sedar keinginan mamanya itu. Dia selalu perasan bagaimana mamanya yang sering menatap wajah anak Suhaila iaitu anak kepada Aunty Izzah.

"Adik kan ada papa. Ada orang minang dia dah Sabtu haritu" ucap Ali dan menguis hujung karpet itu.

"Hal Adik lain. Hal kamu ni lain. Papa dah setuju dan papa tak nak Ali bangkang hal ni. Faham?" Ucap Nahdi yang lebih ke arah arahan.

"Bagi Ali kenal dengan dia dulu. Baik ke dia. Cantik ke dia. Lemah-lembut ke dia? Ali risau kalau dia ganas macam adik gi mana pa?" Ucap Ali dengan slang Indonesia.

"Papa jamin dia baik dan lemah-lembut. Sama macam mama kamu" Nahdi cuba menyakinkan anak sulungnya itu.

"Tapi bukan papa pernah cerita ke dulu mama sebiji macam adik? Ganas?" Ali mula mengecilkan matanya ke arah Nahdi. Dia dapat menghidu satu penipuan daripada papanya.

"Ehem. Kamu nak menidakkan apa yang papa cakap ke Ali Heidi" tekan Nahdi.

Ali terus memandang ke arah lain. Dia tahu ayahnya itu sedang cuba mengubah tajuk.

"Ye la papa. Kalau papa dengan mama dah setuju, Ali boleh buat apa je kan. Bila papa nak Ali nikah? Next year? Ali nak kosongkan jadual" ucap Ali dan mengangkat Qamar ke pahanya.

"Lagi dua minggu" jawab Nahdi.

"Huh?!" Jerit Ali sehingga berlari Qamar daripadanya. Boleh dikatakan suara Ali bergema di ruang tamu itu.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now