- BAB 36

3.8K 234 6
                                    

Yasmeen memerhati ke arah Athirah dan Zayn yang sedang menyantap juadah di meja makan. Dia berasa seperti ada sesuatu yang disorok oleh mereka berdua.

"Meen buat apa dekat sini?" Tegur Ali dari belakang. Yasmeen yang mengelamun terus tersentak.

"Err. Meen tengah cari Ali tadi. Tak tahu pula Ali dekat dalam," dalih Yasmeen dan tersenyum.

"Okay. Jom makan. Yashfi dah ada dekat meja makan." Tangan Yasmeen ditarik lembut. Yasmeen hanya menurut sahaja langkah Ali ke khemah luar.

Dari jauh dia melihat Yashfi yang rancak bercerita bersama Khairi. Anaknya itu sejenis ramah dengan orang. Pantang berjumpa dengan yang sekepala, pasti berbuih mulut untuk berbual.

-

Athirah menjeling ke arah Zayn. Zayn pula sudah tersengih apabila melihat wajah ketat Athirah. Dia baru mengusik Athirah untuk menyuap kek kahwin mereka itu.

"Terima kasih Thirah sebab sudi kahwin dengan saya. Saya happy dapat tengok papa saya tersenyum," ucap Zayn tiba-tiba.

Dato' Zairul yang ketawa sewaktu berbual bersama dengan Nahdi membuatkan hatinya berasa senang. Sudah lama dia tidak melihat senyuman seikhlas itu daripada ayahnya. Selepas pemergiaan mamanya, semua berubah pada diri papanya itu.

Athirah juga memandang ke arah Dato' Zairul. Senyuman yang dipamerkan membuatkan hatinya berasa lega. Tetapi semua itu tidak lama apabila dia melihat wajah Tengku Julia yang ketat.

"Saya ingatkan Tuan tak ajak dia datang," ucap Athirah.

"Siapa?"

"Ibu tiri Tuan. Nampak macam nak makan saya je," sindir Athirah dan membalas jelingan Tengku Julia padanya.

"Saya beritahu dia kalau nak datang. Datang lah. Saya tak paksa. Saya tak sangka pula yang dia memang datang. Awak jangan risau, kalau dia buat apa-apa dekat awak. Awak beritahu saya," tutur Zayn dengan penuh yakin.

Athirah hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia malas hendak memikirkan hal itu lagi.

Selesai makan, mereka berdua melayani tetamu yang hadir. Sepupu-sepupu mereka juga mengucapkan tahniah pada dua mempelai itu. Tiba-tiba Athirah terpandang pada Lili dan Hayder yang baru tiba. Dengan segera dia berjalan untuk mendapatkan Lili. Zayn pula terpinga-pinga apabila ditinggal sendiri.

"Assalamualaikum Kak Lili," sapanya dahulu.

"Waalaikumussalam Thirah. Cantiknya!!" Puji Lili. Jarang dia melihat Athirah memakai baju kurung.

"Terima kasih Kak. Baru sampai ke?" Soalnya dan bermain dengan pipi Lekir yang sedang didukung oleh Lili.

"Aah. Nak siapkan budak kecil ni tadi punya lama. Tahniah ya Thirah. Kak Lili tak sangka Thirah dah kahwin. Senyap-senyap je eh bercinta," usik Lili.

Hayder sudah bergerak ke arah Ali dan Nahdi yang duduk di bawah khemah.

"Takde lah Kak. Semuanya tiba-tiba juga ni. Kak Lili doakan yang baik-baik untuk Thirah ya."

"InsyaAllah. Mesti Kak Lili akan doakan yang baik-baik. Mana suami Thirah?" Soal Lili dan tercari-cari.

"Tu dia." Athirah terus melambai ke arah Zayn yang sedang berbual bersama Hayder dan Ali. Zayn terus berjalan ke arah Athirah.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now