- BAB 54

4K 255 9
                                    

Yasmeen berjalan turun ke bawah. Seingatnya, Ali memberitahu untuk berjumpa dengan kawan lamanya. Malah Yashfi juga masih berada di tadika. Hanya dirinya sahaja di rumah. Dia masih berehat kerana berpantang. Tugas di syarikat juga sudah diambil alih oleh Shafee.

Sedang Yasmeen termenung di atas sofa, telefonnya tiba-tiba bergetar. Panggilan daripada Cikgu tadika Yashfi diangkat laju.

"Assalamualaikum puan" ucap guru tersebut dengan nada cemas.

"Waalaikumussalam. Kenapa cikgu? Yashfi tak okay ke?" Yasmeen mula berdiri. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati.

"Puan. Yashfi hilang! Kami tak tahu dia ke mana. Ada budak lain cakap yang Daddy dia datang ambil. Tapi cikgu lain kenal dengan papa dia" jelas Cikgu itu.

Yasmeen terus menggigil. Telefon di tangannya juga jatuh ke lantai. Kakinya terus meluru ke luar rumah. Dia mahu mencari Yashfi saat itu. Hanya seorang lelaki sahaja yang masih menaruh dendam pada dirinya.

Mujurlah, Ali pulang ke rumah ketika itu. Ali terus keluar daripada kereta apabila melihat Yasmeen yang berlari tanpa alas kaki ke pintu pagar.

"Sayang!" Jerit Ali dan memaut tangan Yasmeen.

Yasmeen yang seolah-olah baru sedar terus mengalirkan air mata. Tangan Ali digenggam kemas.

"Abang tolong. Yashfi kena culik dekat tadika. Yashfi..." dadanya mula terasa sesak.

Ali terus menarik Yasmeen ke arah dadanya. Tubuh Yasmeen diusap lembut beserta dengan selawat.

"Abang akan cari Yashfi. Sayang jangan risau. Abang akan selamatkan dia. Abang nak sayang bertenang dulu" pujuk Ali. Dia risau jika Yasmeen mengalami sesak nafas.

Tubuh isterinya yang sedang mengigil dicempung untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, Yasmeen menangis teresak-esak.

Ali juga sudah menghubungi beberapa rakan polisnya untuk melaporkan tentang kehilangan Yashfi.

"Sayang. Istighfar. Abang ada dengan awak. Mama dengan papa dalam perjalanan ke sini. Sayang jangan risau, abang akan selamatkan Yashfi. Don't worry sayang" Ali juga sudah berasa resah melihat keadaan Yasmeen. Saat isterinya hampir sembuh, kejadian itu pula yang berlaku.

Beberapa minit kemudian, muncul Datin Seri Sakinah, Dato' Seri Yaakub dan juga Shafee. Datin Seri Sakinah lantas menenangkan Yasmeen. Tangisan Yasmeen semakin menjadi-jadi.

-

"Macam mana Yashfi kena culik?" Soal Shafee.

"Cikgu tadika dia cakap daddy dia datang ambil. Apa yang Ali rasa pelik, macam mana Yashfi boleh ikut Nuh dengan mudah? Yashfi tak sukakan Nuh" Ali mula berasa kusut. Tambah pula keadaan Yasmeen yang tidak henti-henti menangis.

"Kau dah buat report polis?"

"Dah. Dia orang tengah mencari"

Sedang mereka berdua berbincang, muncul satu notifikasi whatsapp di telefon Ali. Ali terus membuka mesej itu dan wajahnya terus berubah tegang.

Wajah Yashfi yang merah kesan ditumbuk cukup membuatkan bara marah Ali membuak. Shafee juga sempat melihat gambar itu.

"Ali minta Abang jagakan Meen boleh? Ali akan pergi selamatkan Yashfi" ucap Ali. Dia tidak mahu membazir waktu menunggu pihak polis.

"Okay. Aku akan jagakan Meen"

Ali mengangguk faham dan bergerak ke arah Yasmeen. Dahi Yasmeen dikucup lembut.

"Abang nak ke mana?" Soal Yasmeen dengan wajah yang penuh dengan air mata.

"Abang nak selamatkan anak kita. Sayang duduk dengan papa, mama dan Abang Shafee ya. Petang ni, abang akan balik dengan Yashfi. Abang janji" ucap Ali.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now