- BAB 14

3.8K 233 4
                                    

Semua yang berada di bilik mesyuarat itu sudah memasang wajah stress dan tegang. Berita yang diberikan oleh Tuan Badrul membuatkan mereka semua hilang semangat.

"Kenapa tiba-tiba dia cakap tak perlukan bodyguard?" Soal Ahmad dengan nada tidak puas hati.

"Itulah pasal. Baru beberapa hari lepas, bangkai burung gagak dekat hotel dia. Itu ugutan besar kot" luah Rajiq pula.

Athirah hanya memilih untuk mengunci mulut dahulu. Panggilan yang dia dapat daripada mamanya semalam sudah cukup menyesakkan fikirannya. Tiba-tiba sahaja Zayn mahu menyuntingnya sebagai isteri. Gila gamaknya.

"Thirah. Oi Thirah" panggil Ahmad apabila melihat Athirah yang termenung.

"Haa. Apa dia?" Soal Athirah apabila tersedar.

"Kau je yang sempat tengok bangkai tu kan? Apa yang ada selain bangkai tu?" Soal Ahmad dengan nada tidak puas hati.

Mirza juga memandang ke arah Athirah. Dia juga menanti jawapan Athirah.

"Kejap. Aku tunjuk. Tapi kau orang jangan mengamuk pula sebab aku dah mengamuk dekat mamat otak udang tu" kutuk Athirah dan mengeluarkan telefonnya.

Mereka semua berdiri dan melihat gambar yang diambil oleh Athirah. Wajah masing-masing terus berubah bengang.

"Bab* betul lah. Dia fikir kita ni budak-budak ke nak perdajal" marah Ahmad.

Debbie juga merengus kasar. Habis perutnya sakit kerana memuntahkan segala isi perut kerana bau bangkai itu. Mirza hanya mengeluh perlahan. Sia-sia sahaja mereka berusaha melindungi Zayn.

"Kau cakap kau dah mengamuk dekat dia. Malam tu ke?" Soal Rajiq.

"Ya. Aku maki dia puas-puas lepas tu aku minta resign. Dia fikir kita ni main-main ke?" luah Athirah dengan kesal.

"Patut kau ajak kita orang sekali. Baru lunyai lelaki tu" sahut Ahmad.

"Dah lah. Benda pun dah settle. Kita dah takde urusan dengan dia. Sekarang fokus pada kerja seterusnya je" celah Mirza. Dia malas hendak berfikir lagi tentang Zayn.

"Betul cakap Mirza. Kita pun dah ada tugas baru nanti. Get ready je lah" sokong Debbie.

Ahmad dan Rajiq hanya mengeluh perlahan. Mereka berdua masih tidak berpuas hati dengan semua itu. Terasa diperlekehkan oleh Zayn.

Tetapi lain pula bagi Athirah. Masalahnya dengan Zayn bukannya sudah selesai tetapi menjadi masalah baru. Kini dia masih terkait dengan mamat gila itu. Boleh botak kepalanya memikirnya.

Mirza juga perasan dengan wajah kusut milik Athirah. Mahu ditanya lanjut, dia risau itu adalah privasi Athirah.

-

Gelas berisi kopi sejuk itu diletakkan ke atas meja. Sofia di depannya juga tersentak. Tiba-tiba Athirah mengamuk. Lain macam.

"Retak gelas aku. Kau ganti. Mahal tahu tak" bebel Sofia.

"Sorry. Aku tengah baran ni"

"Baran apa pula kau ni? Sikit-sikit baran" tegur Sofia. Dia cukup kenal dengan perangai Athirah itu.

"Kau tahu tak boss aku sebelum ni gula-gulakan team aku. Dia fikir kita orang ni bodyguard olok-olok ke?" Bebel Athirah dengan memek muka yang geram.

"Asal ni? Cuba cerita dari awal. Boss kau kenakan team kau ke?"

"Ya. Dia minta team aku kawal keselamatan dia. Tapi lepas seminggu, sebenarnya dia tak de pun ugutan bunuh daripada orang lain. Semuanya sebab konon nak uji kita orang. Pale otak dia" marah Athirah.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now