- BAB 16

3.9K 228 6
                                    

Datin Seri Sakinah sudah resah di hadapan pintu rumahnya. Hujan juga sudah kembali reda. Hanya gerimis halus sahaja di luar. Yashfi juga sudah berada di rumah selepas Yasmeen meminta Isma untuk mengambilnya.

"Meen tak balik lagi ke Datin?" Tegur Mak Umi iaitu pembantu rumah mereka.

"Belum lagi ni Mak Umi. Saya risau lah. Meen tak biasa drive waktu hujan" luah Datin Seri Sakinah.

"Saya faham Datin. Haa, tu ada Meen" ucap Mak Umi apabila melihat Yasmeen yang keluar daripada kereta Mercedes Benz bewarna hitam itu.

"Aik. Mana kereta si Meen tu?" Datin Seri Sakinah terus memakai sandlenya dan berjalan mendapatkan Yasmeen. Kereta tadi juga sudah berlalu pergi.

"Meen tak apa-apa?" Soal Datin Seri Sakinah dan berjalan bersama Yasmeen masuk ke dalam.

"Meen okay je mama. Ada kawan Meen tumpangkan balik tadi. Meen tak boleh nak drive tadi" ucap Yasmeen.

"Alhamdulillah. Mujur ada kawan Meen tu. Risau mama ni tunggu Meen tak sampai-sampai" luah Datin Seri Sakinah.

"Maaf mama. Yashfi mana?"

"Tu ha. Tertidur dekat sofa ruang tamu. Kereta kamu nanti macam mana?"

Mereka berdua berjalan ke arah ruang tamu. Yasmeen terus duduk di sisi Yashfi yang sedang lena.

"Meen minta Isma ambilkan nanti. Kawan Meen cakap nak tolong ambilkan, tapi Meen tak nak berhutang budi dengan dia. Dia dah tolong hantarkan ni pun, Meen bersyukur" ucap Yasmeen apabila dia menolak cadangan Ali. Mujurlah Ali menerimanya dengan hati terbuka.

"Kawan Meen tu lelaki ke?" Soal Datin Seri Sakinah dengan rasa ingin tahu.

"Aah mama. Tak rapat mana pun" Yasmeen tak nak mamanya tahu bahawa kawan lelaki yang dimaksudkan itu adalah cikgu Yashfi. Habis dirinya nanti.

"Ye lah kalau macam tu. Pergi bersihkan diri kamu. Nanti mama angkat Yashfi ke bilik dia" ucap Datin Seri Sakinah.

"Tapi malam ni Meen nak balik Ankasa dah mama" ucap Yasmeen tiba-tiba. Esok dia sudah mahu masuk ke pejabat.

"Tidur dekat sini malam ni. Kereta kamu pun takde kan. Esok pergi kerja sekali dengan papa. Kesian Yashfi berulang-alik" tegah Datin Seri Sakinah.

"Baiklah mama" Yasmeen mencium dahi Yashfi sebelum naik ke biliknya. Tubuhnya juga berasa penat kerana asyik menangis.

-

Athirah memandang lama ke arah Zayn yang berada di hadapannya. Terasa mahu disiat-siat wajah lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu, hidupnya sudah tunggang terbalik.

"Saya tak nak kahwin dengan Tuan" ucap Athirah senada.

"Saya nak kahwin dengan Cik Athirah Heira binti Nahdi Sayf" sebut Zayn dengan nama penuh Athirah.

"Tuan selidik tentang diri saya ke sampai nama papa saya pun Tuan kenal?" Athirah mula berapi.

"Awak ingat saya tak boleh tahu dekat resume awak tu? Ketua awak pun dah beritahu saya tentang diri awak. Mula bekerja dalam bidang keselamatan ni sejak dua tahun yang lalu. Merupakan anak kepada Laksamana Nahdi Sayf dan juga cucu kepada pemilik Empire. Classic dan The Nour" ucap Zayn dengan tenang.

Athirah terkedu. Dia tidak kisah jika lelaki itu mengetahui tentang pekerjaan papanya. Tetapi berkaitan dengan atuk dan neneknya yang disimpan rapi turut diketahui oleh Zayn. Neneknya Elainor juga sudah menyimpan rahsia tentang cucunya yang berada di Malaysia itu.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now