- BAB 23

3.9K 278 14
                                    

Alunan selawat menghiasi dewan pada malam itu. Para tetamu yang hadir juga semakin ramai. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menyaksikan majlis akad nikah yang akan berlangsung selepas Isyak itu.

"Wow. Mewahnya" puji Wan yang turut datang menemani Zayn.

Zayn juga mengiyakan kata-kata Wan. Hiasan di dalam dewan itu sahaja sudah memakan wang beribu. Dia sudah sedia tahu tentang latar belakang keluarga Athirah yang agak berada.

Seorang pelayan catering membawa mereka berdua ke meja yang sudah disediakan. Tetamu yang hadir juga hanya daripada kaum kerabat pihak pengantin perempuan dan lelaki.

"Zayn. Tu Athirah" bisik Wan apabila melihat Athirah yang baru masuk melalu pintu masuk dewan itu.

Zayn yang menoleh terus terpegun. Pertama kali dia melihat Athirah memakai baju kebaya. Kebaya bewarna silver itu cukup menyerlahkan keayuan Athirah. Malah tudung yang berona sama juga tidak menenggelamkan wajah putih milik Athirah.

Belum sempat Zayn memanggil, Athirah terlebih dahulu bergerak melintasi dirinya dan Wan. Mereka berdua terus ternganga kerana Athirah yang tidak menegur mereka.

"Macam tu je dia abaikan kau. HAHAHAH" gelak Wan sakan.

Zayn hanya mampu bersabar. Dari jauh dia dapat melihat Athirah yang menegur seseorang. Gaya macam saudara yang rapat.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada Mirza yang muncul entah dari mana ke arah Athirah. Athirah juga rancak berborak dengan Mirza. Geram dirinya apabila melihat babak tersebut. Wan di sebelah sudah dapat menjangka akan hal itu. Pasti Zayn akan cemburu.

-

"Thirah. Kenapa kau jemput mamat tu?" Soal Mirza perlahan. Mereka berdua sudah bergerak ke tepi dewan.

"Mamat? Siapa?" Soal Athirah. Keliru. Dia mana ada kawan nama mamat.

"Tu ha. Tuan Zayn dengan setiausaha dia. Kau jemput dia orang ke?" soal Mirza buat kali kedua.

Athirah terus membulatkan matanya tanda terkejut. Dia tidak perasan sejak bila Zayn dan Wan sampai. Malah Zayn juga menjeling tajam ke arahnya. Athirah terus berpusing mengadap Mirza. Seram sejuk dia melihat renungan lelaki itu.

"Aah. Lagi pun belah pengantin perempuan ni kenal dengan ayah Tuan Zayn tu. Pemilik Hotel Andika. Jadi sebab tu Tuan Zayn ada. Dia gantikan ayah dia" ucap Athirah sebagai alasan. Entah ya atau tidak, dia bedal sahaja.

"Ohh" Mirza mula berasa sedikit sangsi dengan Athirah.

Sejak dia sampai, dia sudah perasan dengan kehadiran Zayn dan Wan di situ. Malah pandangan Zayn juga tidak lepas daripada memandang ke arah Athirah. Perasaan cemburu mula terbit di dalam hatinya.

"Kau duduk lah dulu ya. Aku nak pergi tengok Abang aku. Nanti nak teman mama aku lagi" ucap Athirah apabila membaca mesej yang dihantar oleh Sofia.

"Okay. Okay"

Mirza terus mencari mejanya. Dia masih melihat ke arah Zayn. Nyata betul tekaannya, Zayn masih memandang ke arah Athirah sehingga Athirah hilang dari dewan itu. Dia tahu pasti ada sesuatu yang disorok oleh Athirah daripadanya.

-

Athirah terus berjalan masuk ke dalam bilik yang ditempah khas untuk pengantin lelaki. Dia tersenyum melihat Ali yang sedang dikemaskan sampingnya.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now