- BAB 10

4.2K 255 7
                                    

Keriuhan yang berlaku di lobi Hotel Andika berpunca daripada kemunculan sebuah kotak di tengah-tengah jalan itu. Rata-rata pengunjung dan pekerja tidak berani untuk mendekat ke arah kotak itu kerana bau yang cukup busuk.

Athirah dan Debbie yang baru tiba di Hotel Andika juga berasa pelik dengan suara beberapa pengunjung yang memaki tentang bau yang menular.

"Kenapa ni?" Soal Athirah dan berjalan masuk bersama Debbie.

Zayn yang baru tiba juga mengerutkan dahi tentang situasi yang berlaku. Mirza berjalan terlebih dahulu berbanding Zayn untuk menjaga keselamatan. Wan juga menutup hidungnya saat bau busuk itu menerjah hidungnya.

"Thirah?" Soal Mirza apabila melihat Athirah di sebelah kotak itu. Dia juga menutup hidung kerana bau yang seolah bangkai itu.

Debbie tidak sanggup untuk bergerak ke arah Athirah. Bau itu sahaja sudah memualkan tekaknya. Dia segera berlari ke tandas untuk memuntahkan segalanya.

"Ada ugutan lagi" ucap Athirah sambil menutup hidungnya dan berdiri.

"Ugutan? Ada apa dalam kotak tu? Bau macam bangkai" soal Mirza dengan wajah yang sedang menahan bau.

"Aah. Bangkai burung gagak" jawab Athirah dan memandang ke arah Zayn.

Zayn juga hanya memandang pandangan Athirah. Lama mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum ditegur oleh Mirza.

"Nak buang ke atau nak ambil gambar je?" Soal Mirza dan mahu membuka kotak itu.

"Jangan buka. Aku dah ambil gambar tadi" tegah Athirah dengan laju.

Mirza yang baru sahaja mahu merendahkan tubuh membatalkan niatnya. Dia juga terkejut dengan tegahan Athirah. Dia segera meminta penyodok daripada makcik cleaner.

Selepas itu, Mirza terus menyodok kotak yang berisi bangkai burung gagak itu. Dia segera bergerak ke luar hotel untuk membuang.

Wan berdiri di sisi Zayn dengan riak wajah tenang. Athirah yang berjalan ke arah mereka berdua hanya dipandang sepi oleh Wan dan Zayn.

"Saya ada benda nak cakap dengan Tuan" ucap Athirah dan merenung ke dalam bebola mata Zayn.

"Sure Miss Athirah" ucap Zayn di tepi telinga Athirah sebelum berjalan pergi. Wan juga hanya menuruti langkah Zayn ke arah lif.

Athirah mengeluh perlahan dan memandang ke arah Mirza dan Ahmad yang berjalan masuk ke dalam lobi hotel. Mirza mula perasan dengan kelainan riak wajah Athirah.

"Kenapa?" Tegurnya.

"Takde apa. Nanti kita check cctv" ucap Athirah dan berlalu ke tandas.

Mirza dan Ahmad mula berpandangan antara satu sama lain. Mereka cukup kenal dengan sikap Athirah. Jika Athirah tiba-tiba senyap, itu tandanya ada sesuatu yang sedang menganggu perasaan Athirah.

-

Wan yang duduk di mejanya hanya memasang telinga. Tangannya masih menaip kerja yang harus disiapkan sebelum malam itu. Di dalam bilik Zayn, ada Athirah di sana. Dia juga tidak tahu atas sebab apa Athirah tidak membenarkan dia untuk turut serta.

"So Miss Athirah. Apa yang awak nak cakap dengan saya?" Soal Zayn dan menyilangkan tangannya. Tubuhnya masih tegap berdiri sambil bersandar di meja kerjanya.

Athirah memandang lama ke arah Zayn. Entah kenapa rasa marahnya mahu meluap ketika itu.

"Kenapa Tuan buat semua ni? Apa motif sebenar Tuan?" Soal Athirah dengan renungan dalam.

"Kalau saya cakap, suka-suka macam mana?" Balas Zayn tanpa sebarang riak wajah.

"This is not funny, Tuan. Satu Hotel ni bergantung pada Tuan" Athirah mula berasa berdebar.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now