- BAB 18

3.7K 228 5
                                    

Ali memerhati ke arah Yashfi di depan matanya. Apa kes pula ni? Haritu dia masih ingat yang Yasmeen menentang dirinya habis-habisan tentang latihan Yashfi di situ. Tetapi sekarang, budak lima tahun itu sudah tercongok di depannya.

"Assalamualaikum Abang Ali" sapa Yashfi dengan senyuman lebar.

"Waalaikumussalam. Kenapa kau ada dekat sini?" Soal Ali dengan nada tidak berpuas hati.

"Sebab Yashfi nak belajar dengan Abang Ali lah. Abang Ali kan cikgu Yashfi" ucap Yashfi dengan muka yang mula ditarik masam.

"Bukan mama kau nak hantar dekat pusat lain ke?" Soal Ali lagi. Walaupun dia baru menyelamatkan Yasmeen semalam, hatinya masih terasa dengan ayat-ayat Yasmeen tempoh hari.

Mata Yashfi terus berubah merah. Air mata cuba ditahan sehabis mungkin. Sarung tangan yang dipegang di tepi digenggam kemas.

"Engkau ni Ali!" Muncul Uncle Ziyad dengan pukulan tuala di belakang kepala Ali.

Ali yang terkejut dengan libasan itu terus menggosok belakang kepalanya. Dia juga tersentak dengan kemunculan Uncle Ziyad itu.

"Aduh Uncle. Sakit lah" bebel Ali dengan muka tidak puas hati.

"Haa tahu pun sakit. Macam tu lah rasa sakit budak ni bila dengar kau cakap macam tu. Kan Uncle dah cakap Yasmeen benarkan anak dia belajar dengan kau lagi" marah Uncle Ziyad.

Dia juga berasa kasihan melihat Yashfi yang asyik menunduk ke bawah. Pasti budak kecil itu sedang menahan tangis.

"Eh. Ada ke Uncle beritahu?"

"Kau lupa ke aku call kau malam semalam?" Uncle Ziyad hanya gelengkan kepala.

Ali mula berfikir. Semalam dia berbual dengan papanya. Selepas itu dia bermain dengan Qamar. Selanjutnya muncul satu panggilan daripada Uncle Ziyad. Saat itu barulah dia teringat dengan perbualannya bersama Uncle Ziyad itu.

"Ya Allah Uncle. Ali lupa. Sibuk fikir hal kahwin" tuturnya sambil memegang kepala.

"Itulah sibuk fikir benda lain. Habis budak ni kena marah. Kau nak kahwin dengan siapa ha?" Soal Uncle Ziyad. Pelik pula mendengar perkataan kahwin daripada mulut Ali.

"Pilihan papa saya Uncle. Kan saya pernah cerita dulu. Nanti lah kita borak ya Uncle. Saya nak pujuk Yashfi" bisik Ali apabila melihat bahu Yashfi yang sudah terhinjut-hinjut.

Uncle Ziyad juga menoleh ke arah Yashfi. Dia juga terkejut melihat Yashfi yang sudah menitiskan air mata. Uncle Ziyad lantas mengangguk faham dan beredar untuk menyambung kerjanya.

"Ya Allah beratnya budak hebat ni" ucap Ali dan mendukung Yashfi. Yashfi juga terkejut apabila didukung oleh Ali.

Ali terus membawa Yashfi bergerak ke arah gelanggang di bahagian kanan. Selalunya di situ, hanya remaja lelaki sahaja yang akan berlatih. Tetapi disebabkan mereka semua pergi bermain bola sepak, jadi tempat itu menjadi kosong.

"Okay. Yashfi duduk bersila dulu" ucap Ali dan menurunkan Yashfi. Yashfi terus menarik sila dan meletakkan sarung tangan di hadapannya.

Ali juga duduk bersila di hadapan Yashfi. Dia cuba untuk bercakap dengan baik bersama Yashfi.

"Abang Ali minta maaf sebab terlepas cakap macam tu. Abang Ali tak bermaksud nak marahkan Yashfi. Cuma Abang Ali pelik dengan apa yang berlaku. Betul ke mama kamu izinkan kamu belajar dengan Abang? Abang Ali tak nak kalau kamu bantah cakap mama kamu" soal Ali dengan baik.

"Betul Abang Ali. Mama izinkan Yashfi belajar dengan Abang Ali. Yashfi tak paksa Mama pun" jawab Yashfi dengan jujur.

"Betul?"

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now