- BAB 44

3.6K 274 20
                                    

Yasmeen mengeluh perlahan. Kepalanya terasa pening selepas selesai membelek beberapa laporan yang baru dihantar. Shafee juga sudah banyak mengambil beberapa tugasnya yang lain.

Dia tidak sangka bulan itu sudah menghampiri penghujungnya. Malah Ali juga hampir sebulan tidak menghubunginya. Hatinya sudah sarat dengan rasa rindu.

Tambah pula kemunculan Nuh menambahkan stress pada dirinya. Dato' Seri Yaakub sudah memberi amaran kepada Nuh supaya tidak menganggu dirinya dan Yashfi. Dan sudah hampir seminggu, Nuh tidak muncul di depan Yashfi.

Tiba-tiba pintunya dibuka dari luar. Terjengul wajah setiausahanya iaitu Anisah. Anisah muncul dengan wajah yang cemas.

"Kenapa?" Soal Yasmeen yang nyata terkejut dengan kehadiran Anisah yang tiba-tiba itu.

"Puan. Ada seorang lelaki buat kecoh dekat lobi bawah. Dia jerit-jerit nama Puan" jelas Anisah.

Pen yang berada di tangan Yasmeen lantas terlepas. Tangannya mula mengigil saat itu. Dia tahu siapa yang akan membuat onar itu. Tak lain tak bukan adalah Nuh Aiman.

"Tolong panggilkan Tuan Shafee" pinta Yasmeen dengan getar yang hebat.

"Maaf Puan. Tuan Shafee takde dekat pejabat dia. Tuan ada urusan dekat Terengganu"

Sekali lagi hatinya terasa seolah dirobek. Abangnya tiada di situ untuk menemani. Tambah pula Dato' Seri Yaakub sedang berada dalam mesyuarat penting bersama badan eksekutif di syarikat lain.

"Baik. Saya akan turun ke bawah" ucap Yasmeen dan berdiri perlahan-lahan.

"Puan okay?" Soal Anisah apabila melihat wajah Yasmeen yang nampak pucat.

"Saya okay. Boleh awak tolong hubungi nombor ni. Minta dia datang sini. Saya tak boleh nak beritahu dia sekarang, saya kena settlekan hal dekat bawah" ucap Yasmeen dan menghulurkan nombor telefon Athirah.

Anisah segera mengangguk. Dia juga berdebar dengan situasi tersebdut. Tetapi dirinya lebih merisaukan Yasmeen yang nampak mengigil.

-

Zayn mencelikkan mata apabila telinganya terdengar bunyi Qamar mengiau. Dia tertidur selepas Subuh. Matanya memandang ke arah sebelah, tiada Athirah di sisinya ketika itu. Zayn terus bergerak ke bilik air untuk membersihkan wajah.

Selepas itu, dia mendukung Qamar dan turun ke bawah. Suasana sunyi di bawah membuatkan dia berasa tidak tenang.

"Thirah? Awak dekat mana?" Panggil Zayn dan meletakkan Qamar ke bawah.

Tiba-tiba dia melihat Qamar berjalan ke ruang tamu. Dia juga menuruti langkah Qamar saat itu. Saat tiba di ruang tamu, dia terkejut apabila melihat Athirah yang terlelap di sofa panjang itu.

Zayn lantas duduk di sebelah Athirah dan mengejutkan Athirah. Dia pelik kerana Athirah tidur di bawah.

"Thirah. Thirah" geraknya lembut.

Athirah yang berasa terganggu membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terus terbuntang apabila melihat Zayn yang tidak berbaju di hadapannya.

"Argh! Awak nak apa daripada saya?!" Soal Athirah dan terus memeluk tubuhnya.

"Thirah. Saya cuma kejut awak je. Kenapa awak tidur dekat bawah?" Zayn bertanya semula.

"Saya terlelap je. Ingatkan nak pergi jogging tapi mengantuk" ucap Athirah dan menutup mulutnya daripada menguap.

"Ohh. Ingatkan malu" usik Zayn dan tersenyum.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now