- BAB 7

4.2K 260 3
                                    

Mirza mengejar Athirah dari belakang. Dia juga menunggu Athirah untuk turun dan pulang bersama-sama. Malam itu, Rajiq dan Ahmad yang akan mengawal pergerakan Zayn ke kondominium milik Zayn.

"Kau baru selesai ke?" Sergah Mirza yang muncul tiba-tiba di hadapan Athirah.

"Ish kau ni. Terkejut aku. Jalan tu bagi signal" marah Athirah. Boleh bergolek jantungnya kerana terkejut. Sudahlah hari sudah malam.

"Sorry lah. Tengok kau macam penat je. Apa yang Tuan Zayn tu buat dekat kau?" Soal Mirza. Dia kasihan melihat wajah penat Athirah ketika itu.

"Benda bodoh. Dia minta aku asingkan jarum" jawab Athirah dan berjalan ke arah sport bike miliknya.

"Asingkan jarum? Tugas apa, macam tu?" Mirza mula berbunyi sedikit.

"Entah lah. Aku tak faham otak dia. Aku balik dulu ya. Dah penat" Athirah terus menghidupkan enjin motornya.

"Haaa. Ye lah. Bawa motor elok-elok"

Mirza hanya melihat Athirah yang memecut pergi. Selepas itu, dia terus bergerak ke arah keretanya untuk pulang ke rumah.

Di pintu masuk Hotel Andika itu, Zayn memerhati Athirah dan Mirza sebentar tadi. Rajiq dan Ahmad juga berasa pelik dengan langkah Zayn yang tiba-tiba berhenti.

"Mereka berdua memang rapat ke?" Soal Zayn tiba-tiba.

"Aah Tuan" jawab Rajiq dengan pantas.

Zayn hanya membisu dan terus bergerak ke arah kereta mercedes miliknya yang baru sampai. Pemandu juga sudah menanti untuk Zayn masuk ke dalam.

"Nah. Ada surat baru sampai dekat rumah aku" tiba-tiba Zayn menyerahkan satu sampul surat kepada Ahmad.

Mereka berdua terus terpempan. Masing-masing terkejut dengan ugutan yang baru sahaja Zayn terima. Selepas kereta Zayn berlalu pergi, mereka berdua segera mengikut dari belakang. Sampul surat itu, disimpan terlebih dahulu oleh Ahmad.

-

Bunyi beberapa pelanggan semestinya memeriahkan suasana di kedai mamak itu. Tambah pula, perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Korea sedang berlangsung. Bergasak pelanggan yang datang untuk menonton perlawanan itu.

Esyraf berjalan masuk dan mencari meja yang diduduki oleh Ali. Dari jauh dia dapat melihat Ali melambai tangan ke arahnya. Esyraf terus bergerak ke meja di sudut kedai itu. Salam diberi dan dia langsung duduk.

"Terima kasih jagakan Qamar untuk aku sebelum ni" ucap Ali dan mengunyah roti telur di pinggannya.

"No hal lah. Qamar pun macam tak nak berpisah dengan aku haritu"

"Kau jangan nak culik anak tunggal aku tu. Kesayangan aku tu" Ucap Ali dengan nada risau. Itu sahaja lah kesayangannya sekarang.

"Kalau terdesak. Aku culik lah. Sekarang tak terdesak lagi" Esyraf hanya tersenyum pada mamak yang baru menghantar air dan maggi goreng ayam padanya.

"Dasar pedophile" kutuk Ali dan memandang ke arah skrin televisyen.

"Pedophile tu untuk budak bawah umur gila. Dah besar pun bodoh. Sia-sia jadi Inspektor" balas Esyraf dan mengunyah maggi goreng ayamnya.

"Lantaklah. Sekarang ni bila nak gol? Panas hati lah aku" bebel Ali apabila melihat skor gol Malaysia yang masih kosong.

"Kejap lagi gol lah tu. Sekarang ni, kau tengah buat apa? Kau tengah cuti berehat kan?"

"Aku macam biasa lah. Kuatkan otot lengan dan kaki aku dekat pusat latihan Uncle Ziyad" ujar Ali. Matanya masih melekat di dada televisyen.

"Lah, baik kau tolong aku selesaikan kerja aku. Tolong kawan dapat pahala tau"

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now