- BAB 19

3.6K 255 16
                                    

Yashfi berbaring di tengah gelanggang itu. Dia sudah penat berlatih pada petang itu. Ali juga memerhati budak kecil itu terbaring. Dia perasan semangat Yashfi berbeza pada hari ini.

Tiba-tiba matanya tertala pada satu suara memberi salam di pintu. Dia melihat Yasmeen yang baru tiba. Pakaian Yasmeen juga masih pakaian kerja iaitu kemeja merah jambu dan seluar slack bewarna khaki. Nampak manis sahaja di mata Ali. Tambah pula tudung Yasmeen yang berbunga-bunga itu.

'Eh. Asal pula aku ni' gumamnya di dalam hati.

"Mama!!" Jerit Yashfi dan terus melompat turun dari gelanggang. Tubuh Yasmeen terus dipeluk erat.

Yasmeen mencium beberapa kali pipi Yashfi yang sudah penuh dengan peluh itu. Dia tidak kisah dengan bau masam anaknya itu. Asalkan kerinduannya terurai saat itu.

"Penat berlatih?" Soal Yasmeen dan mengesat peluh di dahi Yashfi.

"Penat. Tapi seronok" ucap Yashfi dengan riang.

Ali yang baru turun juga berasa kekok. Sudahlah dia baru sahaja menghantar Yasmeen pada hari semalam. Sekarang mahu berdepan pula.

Yasmeen juga berasa berdebar saat itu. Itu pertama kali dia melihat Ali memakai jersey yang tiada lengan. Terpampang otot lengan Ali yang padu itu.

"Assalamualaikum" sapa Ali terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Terima kasih sebab ajar Yashfi" tutur Yasmeen dan menunduk sedikit.

"Ingatkan Meen nak hantar Yashfi ke tempat lain" sebut Ali dan tersenyum kelat.

"Tak jadi. Yashfi lebih selesa dengan awak. Jadi saya izinkan dia belajar dekat sini je" ucap Yasmeen.

"Thank you mama. Tapi kenapa pipi mama merah? Mama demam ke?" Soal Yashfi tiba-tiba. Ali juga memandang wajah Yasmeen yang tampak merah sedikit.

"Mama pening kepala sikit. Tapi Yashfi jangan risau. Mama okay" ucap Yasmeen.

Dia juga sudah menelan panadol sebelum ke situ. Selepas mesyuarat bersama Dato' Seri Yaakub tengah hari tadi, kepalanya terus mencucuk-cucuk. Saat itu juga, kepalanya masih terasa berat.

"Nak saya hantarkan awak dengan Yashfi balik ke?" Pelawa Ali. Dia juga risau selepas melihat keadaan Yasmeen semalam. Seolah mempunyai trauma yang agak teruk.

"Tak apa. Saya boleh drive sendiri. Lagipun saya tak balik rumah mak ayah saya. Saya duduk sendiri" jelas Yasmeen. Dia tidak mahu terhutang budi dengan Ali.

"Saya okay je. Lagipun kerja saya dah selesai. Yashfi balik, saya pun balik" tambah Ali.

Yasmeen mula menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu. Yashfi pula hanya mencebik. Dia suka bersama dengan Ali. Terasa seperti mempunyai seorang ayah.

"Kalau Meen dah tolak, tak apalah. Saya okay je" ucap Ali dan tersenyum tipis.

"Terima kasih sebab tolong saya semalam. Saya pun nak minta maaf sebab ada bentak awak haritu"

"Tak apa. Saya tak simpan dalam hati pun. Tentang semalam itu awak anggap je itu pertolongan Allah untuk awak"

Ali hanya tersenyum ikhlas sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Terpana Yasmeen ketika itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju.

"Ali!!"

Perbualan mereka berdua terganggu dengan kehadiran Amilia. Yasmeen juga tidak sangka akan bertemu lagi dengan gadis tersebut.

"Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum" ucap Yasmeen dan membuka langkah untuk balik.

"Bye. Bye Abang Ali. Jumpa esok" jerit Yashfi dan berjalan berpegangan tangan bersama Yasmeen. Amilia hanya memerhati ke arah Yasmeen dan Yashfi yang berjalan pergi. Dia seolah pernah melihat wanita itu.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now