- BAB 37

4K 260 4
                                    

Beberapa majalah di atas meja ditolak tepi oleh Tengku Julia. Hatinya cukup terbakar dengan pernikahan Zayn. Dia tidak menyangka bahawa Athirah juga merupakan anak kepada Dato' Nahdi Sayf. Malah ibu saudara Athirah juga adalah pemilik kepada The.Classic. Dia tidak menyangka sehebat itu keluarga Athirah.

"Benci!! Aku benci!!" Laungnya kasar.

Mujurlah Dato' Zairul berada di hospital. Dato' Zairul hanya dibenarkan keluar untuk melihat pernikahan Zayn sahaja.

Tengku Tiara yang melihat amukan Tengku Julia mengeluh kasar. Dia penat melihat keadaan mommynya itu.

"Mommy. Cuba jangan mengamuk," tegurnya santai.

"Jangan mengamuk? Tia gila ke? Zayn dah kahwin dan automatik hotel tu jatuh dekat tangan Zayn!!" Marahnya tinggi.

"Ya mommy. Tia tahu semua tu. Mommy janganlah risau. Tia dah ada rancangan untuk hancurkan rumah tangga Zayn," ucap Tengku Tiara dengan senyuman sumbing.

"Rancangan apa?" Soal Tengku Julia.

"Dua minggu lagi tak pun seminggu lagi, Zayn mungkin akan cerai dengan isteri dia. Ini Tia lah mama. Easy je semua ni."

"Bagi tahu mommy apa rancangan Tia? Mommy tak nak ianya melibatkan nyawa orang."

"Don't worry Mommy. Ini hanya hak seorang perempuan je. Mommy jangan risau. Confirm papa akan kecewa dengan Zayn nanti."

Tengku Julia hanya mendengus kasar. Dia tidak tahu apa rancangan anak gadisnya itu. Tetapi dia berharap semuanya berjaya. Syarikatnya dulu juga sudah jatuh bankrap kerana hutang yang menimbun. Semuanya disebabkan oleh ayahnya yang meminjam terlalu banyak.

Mujurlah Dato' Zairul sudi mengambilnya sebagai isteri dan membayar separuh daripada hutang itu. Tetapi separuh hutang lagi perlu dilangsaikan oleh Tengku Julia sendiri. Tengku Julia fikirkan Dato' Zairul sudah menyelesaikan semuanya tetapi tidak.

Tambah pula dia tidak bekerja, mana mungkin duit jatuh daripada langit. Oleh sebab itu, dia mahukan harta Dato' Zairul. Dia perlu mendapatkan harta itu bagi meloloskan dia daripada hidup berhutang. Tetapi Zayn menjadi penghalang utama.

-

Ali melangkah turun ke bawah selepas selesai menunaikan solat asar. Pada hari esok, dia akan masuk bekerja semula. Malah hari itu juga dia sudah meminta daripada Yashfi untuk meluangkan masa berdua bersama Yasmeen. Mujurlah Yashfi menerima rancangannya. Yashfi pula berada di rumah Shafee. Pagi esok barulah Ali akan mengambil Yashfi.

Matanya dililaukan untuk mencari Yasmeen. Hanya bunyi lagu sahaja yang dipasang di televisyen. Penontonnya tiada.

Ali terus berjalan ke arah dapur. Bibirnya terus tersenyum apabila melihat Yasmeen yang sedang bernyanyi kecil sambil membuat air coklat.

"Meen!" Sergahnya dari belakang Yasmeen.

"Allahu Akbar!!" Jerit Yasmeen dan melemparkan sudu ke arah muka Ali. Ali pula tersentak kerana air panas di sudu itu.

"Aduh!" adunya sambil mengelap muka.

"Awak tak apa-apa?" Soal Yasmeen dengan nada risau.

Dia juga mengambil tisu dan dilap lembut wajah Ali. Ali hanya tersenyum melihat wajah risau Yasmeen. Ingatkan tak sayang suami.

"Sayang juga awak dekat saya," ucap Ali dan tersengih.

Yasmeen yang baru tersedar terus mencebik. Dia terus bergerak ke cawannya semula.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Where stories live. Discover now