#3

227 6 0
                                    

Bunyi notification daripada telefonnya berbunyi. 'Sapa pulak yang hantaq message malam malam buta ni' Omel hatinya.

unknown number

Asalammualaikum, cik puan Talia-
unknown number

Waalikummusalam, hang sapa?- Talia

Orang yang berebut novel dengan awak tadi- unknown number

Terus Talia berfikir sejenak, Ek mamat bangla ka? Terus dia mengsave nombor tersebut.

Mr. Bangla

Makcik Talia, jumpa saya dekat Damansara Mall esok pagi ye- Mr Bangla

Pesanan yang baru dihantar sebentar tadi cuma di blue tick oleh Talia. 'Haih baru aku rancang nak qada tidoq sampai petang.' Omelnya, almaklumlah esok dia cuti.

Keesokan pagi, dia bingkas bangun dari pembaringan dan terus bersiap untuk keluar. Seusai mandi, Talia duduk di meja soleknya untuk bersiap.

Tiba tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
"Ha asalammualaikum, sabaq sat boleh dak oqang tengah besiap la ni." bebel Talia takala mengangkat panggilan tersebut.

"Ha yela ingatkan tirlajak tidur itu maciam." Balas Daiyyan dari dalam panggilan. Talia terus mematikan panggilan, malas hentak membebel pagi pagi ini. Sudah la di paksa keluar.

Pantas dia mencapai shawl hitamnya lalu dililit di kepala. Sebelum kaki melangkah keluar dari rumah sempat dia meninggalkan sticker note di peti sejuk buat sahabatnya Sara.

-------------------------------

Damansara Mall

"Lambat, mengalahkan siput." Bebel Daiyyan cukup dia sahaja mendengar.

"Oi Mr. Bangla, maaf la aku lambat, almaklumlah aku ni melayu bukannya bangla macam hang jugak." Sambil tangan melambai lambai dan mengukir senyuman sinis di bibir Talia.

"Ha asal ajak aku keluar." Rasa kekok pula bila cakap tidak menggunakan bahasa utara ni. Kalau dia bercakap menggunakan bahasa utara, risau jejaka ini pula tidak faham.

"Ewak keta mehu itu novel, sibab itu seya ejak jumpa ni." Terang Daiyyan pula.

Talia baru teringat yang dia tidak mengetahui lagi nama jejaki tersebut. "Anyway Mr. Bangla, i still don't know about your name.. so?" Masih menunggu mamat bangla untuk menjawab soalan yang dianjurkan olehnya.

"Who's allow you to call me Mr. Bangla." Dengan gaya yang garang Daiyyan bertanya. 'Tak padan dengan kecil, sekali aku cepik kepala perempuan ni celah ketiak aku terus tak bernyawa kang.'Omel Daiyyan dalam hati.

"Sapa suruh kau cakap macam bangla memang padan la gelaran tu." acuh tak acuh sahaja Talia menjawab.

"Hishh ikut suka ewak la milas seya nak kisah." Mau tak si Talia mengcopnya Mr. Bangla, jikalau setiap kali bercakap seakan akan bangla baru belajar bercakap bahasa melayu.

"Eishh cepat la oqang tanya daqi tadi lagi nama hang." Boleh pulak Mr. Bangla ni berdalih, kan sudah keluar lorat utaqanya.

"Nema seya Daiyyan." Jawabnya ringkas, seringkas yang boleh. Hmm kalau boleh ringkas lagi tidak mengapa.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now