#35

107 6 2
                                    

Tangan meraba disebelah. Aik tak ada orang?

Secara sepontan tubuh tegap itu bangun. Dengan rambut yang kusut, dia keluar daripada bilik. Tatkala wajah menangkap susuk Erfan yang sibuk memasukkan bungkusan nasi lemak kedalam bakul terus dia menyerbu adik lelaki Talia tersebut.

"Erfan!!?"

"Ha awat bang?" Dah kenapa abang ipar dia ni. Bangun pagi pagi dengan rambut tak terurus terus sahaja menyerpanya.

"Ma..Mana Kak Lia?" Mata sibuk memandang sekeliling. Manalah tahu gerangan gadis yang dicari berada disitu. Namun, tiada.

"Ohh cari kakak ka. Kakak keluaq pi kuboq tadi." Jelas alang. Dia sememangnya mendapat tugas daripada kakaknya untuk memberitahu Daiyyan. Bukannya Talia tidak mengejut. Namun, tidur mati pula jejaka tersebut. Hendak terus menerus mengejut, kasihan pula.

"Pi kubur? Melawat angah ka?"

"Ha. Ni lagi satu. Kakak suruh abang pi mandi siap siap. Sat gikan umi suruh pi qumah nek." Terus bakul yang berisi bungkusan nasi lemak itu diangkat. Sudah bersedia untuk dia menjualnya.

"Okey. Hati hati Erfan!!" Laung Daiyyan tatkala budak itu sudah berlalu keluar.

Kaki melangkah masuk semula kedalam bilik. Kain tuala yang disangkut dicapainya. Lalu kaki bergerak menuju ke bilik air yang berada didapur itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bakul yang berisi air pandan berserta surah Yassin diletakkan diatas kabinet. Kaki melangkah masuk kedalam bilik. Sosok Daiyyan dicarinya. Aik mana pi ni?

Pabila pintu daun bilik ditarik, tiba tiba wajahnya berlaga dengan sesuatu. Sejuknya?

"Oi, ambik kesempatan dalam kesempitan ke?" Tangan mencekak pinggan. Amboi banyak cantik Talia ni. Bila dia nak peluk, bermanja sikit tak bagi pula. Ini tidak adil!!

Wajah mendongak ke atas. Aduhh!! Macam mana boleh tersembab kat dada mamat ni pulak!!

Kulit muka sudah berubah merah bak tomato. Entah bagaimana dia mahu menyembunyikan perasaan malu tersebut.

"Err, hu..hubby baru lepas mandi ke?" Haishh Talia, Talia. Sudahkan terang lagi bersuluh!! Kalau dah rambut jejaka itu basah. Mestilah baru selesai mandi.

"Taklah, tadi tolong jiran siram pokok." Kaki melangkah masuk kedalam. Pintu bilik ditutup rapat. Kang apa pulak yang difikirkan Puan Erina nanti.

"Tipu."

"Ehh... Ke..Kenapa hubby tutup pintu tu." Ahh, jantung sudah laju bergemeretak. Talia sudah berasa cuak. Otak pula sudah berfikiran tidak betul. Seperti wayar terputus sahaja Daiyyan melihatnya.

"Canem ni, siang siang pun jadi ek. Gatal." Baju yang tersangkut didalam almari itu dicapainya. T shirt putih berserta seluar cargo juga menjadi pilihan.

Terkelu Talia tatkala Daiyyan berkata begitu. Gatal?

"Eh eh haah lahh!!" Haishhhh, apa nak jadilah dengan otaknya sekarang. Semua berpunca daripada Daiyyan sendiri. Siapa suruh ajar dia bukan bukan.

Bahu disandarkan pada dinding. Sambil tangan bersilang memandang kearah Talia bersama senyuman sinis diwajah. "Sevimli (comel)."

"Sudah sudahlah cakap bahasa asing. Penat otak ni nak translate tau. Dah duduk Malaysia cubalah mengamalkan bahasa ibunda kita ni. Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara ini." Sambil tangan diangkat lambang semangat. Haihh, sudah seakan akan ahli sejarah sahaja.

"Apa pulak. Lagi bagus kalau tahu banyak bahasa. Baru boleh pikat ramai awek awek cun." Dengan selambernya dia berkata. Tidak peduli dengan wajah bengang sang isteri.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now