#26

79 6 1
                                    

Pang!!

Pintu bilik itu dirempuh seseorang. Tubuh Talia yang masih diikat ketat itu kekal terpatung. Sudah seakan akan orang hilang semangat sahaja.

"TALIA!!" Jerit Daiyyan tatkala mata memandang gadis yang sudah terikat ketat dikerusi. Kepala gadis tersebut sudah tidak bertutup seperti sedia kala.

Tatkala kaki melangkah mendekati Talia yang masih terkaku. Dapat dia melihat mutiara mutiara jernih yang mengalir dipipi mulus itu. Hatinya seakan akan terguris dari dalam. Entah apa yang telah dragon lakukan terhadap gadisnya.

"Talia, kau okey ke." Tangan membuka ikatan pada lengan Talia. Habis calar balar tangan tunangnya itu dek ikatan dawai yang dikenakan. Amarah dan sedih bercampur aduk menjadi satu adunan. Adunan yang dimana membuatkan hatinya seakan akan dipijak, dihempas, dicarik carik sendiri.

"Ya Allah, canem. I'm so sorry dear. I'm sorry I late." Tubuh itu ditarik untuk bangun. Namun, tangannya pula yang diterpis kasar oleh Talia.

"Jangan. Sentuh. Aku." Satu persatu perkataan itu ditekan. Sungguh dia menyesal mengenali Tengku Daiyyan Abhar. Sungguh dia menyesal memberi seluruh perasaanya terhadap lelaki. Betullah apa yang selalu menjadi mindsetnya dahulu. Tiada lagi lelaki yang baik didunia ini. Semuanya cuma sekadar mengambil kesempatan.

"Canem.." Mata memandang lembut kearah Talia. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Talia bersifat sekasar itu terhadapnya sekarang.

Cincin tunang yang berada di tangan dicampak ke dada Daiyyan. Tergamam Daiyyan jadinya.

"Apa maksud semua ni?"

"Kita putus. Aku tak nak kawin dengan orang munafik macam kau."

Zup!!

Munafik? Apa maksud Talia? Kenapa dia digelar munafik? Takkan disebabkan dia lambat sampai gadis itu ingin memutuskan pertunangan mereka?

"Talia look, aku tahu aku salah. Aku janji dengan kau Qayyum takkan kacau kau lagi. Tapi please, jangan tinggalkan aku macam ni." Tangan menggenggam erat bahu Talia. Tidak sanggup untuk dia melepaskan gadis itu. Sungguh hatinya sudah terpaku.

"Hang nak buat apa? Bunuh dia?" Matanya memandang tajam kedalam mata Daiyyan.

Tergamam Daiyyan jadinya. Mengapa Talia seakan akan tahu perkerjaan dia itu?

"Kenapa kau cakap macam tu?" Kalini tiada lagi nada lembut. Suaranya tegang sahaja.

"Mafiakan, takkan nak pergi bagi tazkirah pulak." Tangan Daiyyan yang memegang bahunya itu diterpis. Tudung yang tadinya terlepas dari rambut mula diambil. Kaki melangkah keluar daripada markas tersebut.

"Talia!!" Jerit Daiyyan dari dalam.

Tetap tiada sahutan.

Talia pula terpampang melihat beberapa orang anak buah Daiyyan yang lengkap memegang senjata. Oli? Roy? Alex? Farid? Aariz? Kenapa diorang ada disini. Diorang pun bersekongkol juga ke?

Tiba tiba sahaja tangannya ditarik seseorang. "Lepas la!!" Sedaya upaya dia cuba melepaskan pergelangan tangannya daripada dicengkap Daiyyan. Sudahlah luka terkena dawai itu tidak dicuci lagi. Makin sakitlah jawabnya.

"Lebih baik kau terima aku semula." Mata hitam itu memandang tepat ke arah anak mata Talia. Tegang sahaja suara itu berbunyi di gegendang telinganya ketika ini. Sungguh dia takut melihat Daiyyan sebegini.

"T..Tak nak. Aku tak nak makan duit haram. Lepas la!!"

"Accept me or I will force you to accept me." Mata masih memandang garang ke arah Talia.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now