#40

105 5 2
                                    

Warning 18⬆️💀 Boleh skip sampai habis doa tu💅🏻



Balik sahaja daripada restaurant tersebut, hotel bertaraf 5 bintang ditujunya. Logo syarikat terkemuka Abhar's Holding tersemat megah dibangunan hotel itu. Talia yang melihat terus terlopong mulut. Sungguh dia tidak menyangka company itu mempunyai pelbagai cawangan dan jualan. Bukan sekadar bukaan farmasi. Malah hotel juga turut menjadi perniagaan keluarga Abhar tersebut.

"Ni syarikat datok hubby. Tapi sekarang hubby yang ambik alih." Tahu tahu sahaja persoalan yang berakar diminda Talia itu. Tanpa menunggu dirinya disoal, terus dia bercerita.

"Eh kejap. Habis tu farmasi dan rumah anak yatim tu?" Soal Talia bingung. Takkanlah Daiyyan menguruskan kesemuanya. Ahh tak boleh. Nanti siapa yang akan melayan perangainya jikalau Daiyyan sibuk berkerja.

"Buat masa sekarang, hubby urus cawangan hotel sahaja."

"Cawangan farmasi papa yang uruskan. Rumah anak yatim tu, hak Ayash." Jelas Daiyyan dengan terperinci. Sambil sambil itu tangan menarik lengan isterinya mengikuti langkah.

"What?! Ayash? Dia budak lagikan?" Mustahil Tengku Ibrahim akan membenarkan budak bawah umur bercampur tangan dalam urusan pekerjaan.

"Haah, Ayash yang nak berdikari sendiri. Dia taknak susahkan papa." Sememangnya itu permintaan Ayash selepas dia dikeluarkan daripada hospital tersebut. Katanya dia hanyalah anak angkat. Biarlah dia sendiri menguruskan. keuwangan sendiri.

"Tada!! Kita dah sampai!" Bilik premium itu dibuka. Ruangan luas memaparkan kota Istanbul itu menarik perhatian Talia. Sungguh indah bumi Turki ini. Sangat cantik ciptaan Allah S.W.T.

Tatkala kaki masuk pula kearah ruangan bilik tidur, kali ini dia ternganga besar. Sepasang angsa yang dibuat daripada kain berwarna pink tersebut berserta kelopak bunga rose bertelemparan diatas katil itu sangat indah. Sungguh dia tidak menyangka Daiyyan akan membuat perkara sedemikian rupa. "Thanks hubby."

"Henya untuk ewak canem seya." Haihh, kacau mood betul. Orang baru nak sweet sweet, mood bangla dia datang pula.

Menyedari wajah manis Talia bertukar mencuka terus membuatkan Daiyyan tertawa. Comel. "Seni seviyorum canım." Wajah Talia diusap lembut.

"Love you more Mr. Bangla saya." Satu kucupan hinggap dibibir Daiyyan.

Pergerakkan pantas tersebut terus membuatkan injap trikuspid dan bikuspid melakukan kerjanya dengan pantas. Darah yang dipam masuk dan keluar seakan akan air terjun yang deras mengalir. Sungguh dia tidak menyangkakan Talia sendiri yang bakal memulakan perbuatan tersebut terlebih dahulu.

"Ca...Canem?"

"Macam dah selalu buat kerja ni saja." Dalam getaran masih tersisa didada
Daiyyan masih lagi mengusik gadis tersebut. Kalau dah hobby pasti sukar untuk ditinggalkan. Nakkan pula. Talia jika diusik makin comel jadinya.

"Otak lu lah. Tapi sorry to say lah hubby. You are not my first kiss." Balas Talia selamber. Wajah bangga dihadiahkan kepada Daiyyan. Manakala, Daiyyan sudah menayang riaksi wajah kecewanya.

"Siapa jantan tu?" Nada marah bercampur kecewa sahaja bunyinya. Mana taknya, disangkakan dia bakal menjadi ciuman pertama Talia. Namun, dia tidak boleh melakukan apa apa.

"Adalah." Anak mata dilarikan daripada memandang kearah Daiyyan.

"Bagilah tahu. Nanti hubby bagi aiskrim banyak banyak pada canem nak?" Ugut Daiyyan pula. Tahu sahaja kelemahan isterinya itu.

"Haishhh yela. Jantan tu nyamuk." Balas Talia selamber. Pungguhnya lalu direbahkan pada katil yang sudah dihiaskan bersama kelopak bunga rose yang bertelemparan.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now