Semua tetamu yang hadir mulai surut. Hari sudah hampir lewat. Harap harap Daiyyan lama lagi lah duduk berborak tu. Ahh gerun dia bila sudah bergelar isteri ni. Tambahan pula Tengku Daiyyan Abhar itu boleh tahan miyangnya juga.
"Kakak, umi balik dulu nah. Ingat tanggungjawab sebagai isteri tu besaq. Jaga makan minum, pakai suami." Pesan Puan Erina. Pipinya dilagakan bersama pipi anak gadisnya.
"Umi hati hati balik tu. Jangan dok kalot sangat niaga tu. Kalau tak laqat sangat jangan dok paksa." Tubuh uminya dipeluk erat.
Puan Erina sudah bertakung air mata. Haihh, dah bergelar isteri sudah anak gadisnya ini.
"Lahh, kakak tak nangih. Umi pulak yang nangis ni awat?" Pipi uminya ditekup lembut.
"Oqang nangih la. Anak daqa aku dah kawin kot!" Lengan anaknya ditampar manja.
Tatkala mereka rancak berborak, tiba tiba tubuh tinggi lampai berbadan tegap itu berdiri disamping Talia.
"Ha elok la hang kat sini Daiyyan oi. Umi nak balik dah ni, lusa nak kena siapkan kenduqi hampa pulak kat Kedah." Jelas Puan Erina. Tangannya ditarik Daiyyan untuk bersalaman.
"Ye takpala umi, slow slow buat. Esok pagi saya bawak Talia balik Kedah tolong tolong apa yang patut." Memang kalau diikutkan itulah perancangannya daripada mula.
"Piss, jarak la sikit. Oksigen pun tak sempat nak singgah ke peparu ni." Bisik Talia. Perut Daiyyan dikuis kuis menggunakan sikunya.
"Canem ni, tak sweet langsung." Terus dia bergerak beberapa langkah mendekat.
'Aku salah cakap ke dia yang tak faham bahasa.' Gumam Talia sendiri.
Tatkala kelibat keluarga Talia beredar daripada situ, terus sahaja mereka kembali ke meja yang menempatkan kawan kawan kepada Daiyyan.
"Tu tengok pasangan baru kita. Kau bila lagi Roy." Ejek Aariz.
"Cakap orang, dia pun single." Jelingan dihadiahkan kepada Aariz. Hendak sahaja kepala kawannya itu diketuk namun niatnya berasa terlalu kejam pula. Alex hanya memerhati setiap gerak geri rakan rakannya sambil menghirup air sirap. Lega tekak tatkala air itu mengalir ke setiap trakea.
"Korang ni tak reti nak balik ke?" Soal Daiyyan tak puas hati. Sudah hampir disapa malam. Namun, rakan rakannya itu masih sahaja sibuk berborak disini.
"Chill bro, jangan gelojoh la." Pesan Farid. Mata dikelipkan. Dah kalau dia pun lelaki, takkanlah dia tidak tahu mengapa Daiyyan emosikan?
"Canem, kalau you nak tahu, setiap daripada diorang ni ada tugas tugas mereka yang tersendiri." Jelas Daiyyan. Dia tidak mahu lagi berahsia dengan gadis kesayangannya itu. Sudah serik!!
Talia hanya membalas dengan anggukan. "Kau Sara, apa job kau kat sini?"
"Hehehe, aku detective Conan." Seakan akan kerang busuk sahaja si Sara itu tersengeh. Tampor kang.
"Patut la."
"Daiyyan, ajak kawan kawan tu pergi rumah mama. Mama buat makan makan sikit." Ajak Puan Dayang. Malas pula ingin melepak di hotel itu lama lama. Lebih selesa jika dirumah.
"Woi jom, mama aku ajak gi mansion."
"Ha jom la." Sudahlah perutnya masih penuh diisi makanan. Pasti di rumah Puan Dayang juga bakal diisi makanan juga. Tak apa perut Roy masih mempunyai ruang. Rugi jika tidak menjamah makanan yang dimasak sendiri oleh Puan Dayang.
"Daiyyan jap." Tangan suaminya ditarik lembut.
Terkaku sementara Daiyyan jadinya. Tak pernah pernah Talia memegang tangannya sebegitu. Ahh, ini ke manis manis perkahwinan.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...