Telefonnya berbunyi tatkala satu notification masuk. Application whatsapp dibuka. Tertera beberapa buah gambar yang dikirim daripada nombor tersebut.
"Wah, wah, wah. Balik Kedah tak ajak nampak." Senyuman sinis terukir.
Tatkala salah satu gambar yang dihantar mencuri perhatiannya. Dahi berkerut melihat gambar tersebut. "Sapa mamat ni? Macam mamat yang tumbuk aku haritu je." Tetapi malangnya gambar lelaki tersebut menghadap ke belakang. Senyuman kian melebar. Seakan akan peluang untuk menjatuhkan maruah gadis tersebut akak berjaya. Haihh Talia, Talia. Aku mintak cara baik, hang suruh aku buat cara jahat. Gumamnya lagi. Kepala digelengkan.
"Baby? You kenapa cakap seorang diri ni? Jom dancing." Tangan diangkat keatas menikmati irama muzik itu.
"Taknak. Aku dah puas, kau pergi la menari dengan anak ikan kau." Tangan sibuk melihat gambar gadis di dalam kaca telefonnya. Pelawaan Rose ditolak, dasar perempuan nafsu syaitan. Aku pun tak senafsu tu. Gumamnya dalam diam.
"Haishh you ni! Tadi you yang ajak I datang clubbing." Kaki berjalan menghentak ke lantai menuju ke arah para lelaki yang menari ditengah tengah club itu.
"Hey handsome, wanna dance with me?" Tangan berlegar legar dari bahu lelaki tersebut turun ke hujung lengan. Jarang sekali godaanya ditolak.
"Sure, but just like always." Tangan disua ke arah Rose, seakan akan meminta habuannya. Ah biasalah. Dah nama pun anak ikan, tak apa setakat 5 ratus apalah sangat.
Beg duit dibuka lalu wang berjumlah 5 ratus itu diselup dan diletakkan kedalam poket seluar lelaki itu. Senyuman miang ditanyangkan.
"Oi, mai sini sat. Bagi tahu Rose aku blah dulu. Penat tengok perempuan murah kat sini." Kaki melangkah pergi daripada club tersebut. Rose yang sibuk mengoda anak ikannya itu ditinggalkan. Padanlah hidup membujang sehingga sekarang. Perempuan rosak la katakan.
Tatkala tiba dikawasan letak kereta, tiba tiba dragon merasakan sesuatu tidak kena dengan cctv yang menghala tepat kearahnya ketika ini. Seakan akan diperhatikan. Haih, siapa yang berani mencabarnya ketika sekarang. Excited pula ingin berperang.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Alex, target ada dimana? Aku tak nampak!" Soal Aariz didalam earpiece. Tiba tiba sahaja dragon hilang dari kawasan clubbing tersebut."On the way naik kereta. Roy cakap mamat tu dah tahu Talia dimana." Balas Alex sambil mata focus memandang ke arah cctv yang telah digodamnya itu.
"Alex, jaga jaga. Dragon macam tahu je kita perhatikan dia. Alex? ALEX?!" Soal Farid garang. Panggilan earpiece Alex seakan akan terputus hubungan. Tidak menunggu lama, kereta jeb itu laju melulu ke arah bangunan tingkat atas itu. Malang sekali, jarak kedudukan mereka agak jauh. Di kawasan tersebut sahaja yang tiada gangguan internet. Senang jikalau Alex ingin membuat kerja nanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tatkala info terakhir itu diberinya. Tiba tiba...Kepalanya seakan akan dihentak keras dengan tangan seseorang. Earpiece yang berada ditelinga tercampak jauh. Membuatkan dia tidak dapat lagi menghubungi ahli The tiger's fort yang lain.
Kepala yang masing berdesing hebat akibat hentakan tersebut sedaya upaya dikawal. Dagger yang sentiasa diselik pada bahagian pinggangnya dikeluarkan. Tatkala dia kembali stabil, kaki pelahan lahan membengkok untuk bangun dari baringannya.
"Bodoh jugak The tiger's fort ni ek. Kononnya nak hack cctv usya boss kitorang, last last k.o kat sini." Ketawa terletus daripada mulut seorang lelaki berbadan tegap dan besar itu. Bapak la, jauh lagi besar dari badannya.
Pabila lelaki tersebut ralik membuat panggil telefon, mungkin dengan dragon? Tiba tiba, sesuatu yang tajam melekat pada tengkuk.
"Ben aptal mıyım, sen aptal mısın? (aku yang bodoh ke, kau yang bodoh?)." Tangan melekat pada leher lelaki tersebut. Dagger digenggam erat.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...