#36

101 5 2
                                    

Selesai sudah majlis tersebut 2 hari lepas. Mereka balik semula ke Kuala Lumpur. Rumah Tengku Ibrahim menjadi kediaman sementara. Nak berpindah mama pula tidak membenarkan. Katanya rindu dengan menantu.

"Urmhh, sedapnya bau. Mama masak apa tu?" Soal Talia mesra. Pabila selesai sahaja menyidai pakaian, kaki terus melangkah ke dapur. Segan pula membiarkan Puan Dayang bertungkus lumus didapur seorang diri. Nak harapkan bibit. Bibit pun tiada.

"Ikan patin masak tempoyak je. Kalau Talia nak tahu. Ni makanan favorite Daiyyan." Sudu diambil. Lalu kuah dicedok sedikit.

"Cubalah." Sudu ditiup sebelum dihalakan ke bibir menantunya.

"Bismillah.."

"Uishhh!! Sedapnya mama! Patutlah Daiyyan suka." Malambung lambung pujian itu diberi.

Puan Dayang yang mendengar hanya ketawa melihat tingkah laku Talia. Dapur gas itu dimatikan. Mangkuk diambil untuk menghidang.

"Eh eh, mama dah penat penat masak. Biar Lia la yang hidang." Tubuh Puan Dayang ditolak lembut duduk dimeja makan.

"Kita nak tunggu papa dan Daiyyan balik kerja dulu ke?" Tak sopan pula jika mereka menjamah terlebih dahulu.

"Alah kita makan slow slowlah. Nanti diorang boleh makan sama sama."

"Ayash!! Turun meh makan."

Ayash yang ralik menonton television itu pantas turun kebawah. Tempat duduk disebelah Talia menjadi pilihan.

"Pretty nak suap." Muka seposen ditanyangnya. Bila lagi dia nak mengadakan. Nanti si ayam tu balik, semua nak kedekut.

"Ha yelah. Ayash nak makan lauk apa?"

Lauk yang dipilih itu digaulkan dengan nasi yang berada dipinggan mewah tersebut. Satu suapan masuk kedalam rongga mulutnya. Jarang masakan mama mengecewakan perut yang berbunyi untuk diisi. Semuanya sedap sedap belaka. Cuma... Nasi goreng sahaja yang kurang menyenangkan.

"Amboi Ayash, ni kalau abang Daiyyan tahu mesti dia membebel."

"Alah mama diam diamkan jela. Kesian Ayash rindu pretty Ayash ni." Mulut dicebik meminta simpati.

"Asalammualaikum."

Laungan salam diluar rumah agam tersebut kedengaran. Daripada suara tersebut, mungkin Tengku Daiyyan Abhar dan Tengku Ibrahim Abhar sudahpun pulang.

"Eh pretty cepat!! Cepat suap bagi habis!!" Kelam kabut Ayash tatkala mendengar derapan kaki seseorang kian menghampiri.

"Eh tercekek nanti macam mana?!" Tangannya sudah ditarik Ayash untuk menyuap. Apa kena budak ni!!

"Biam jem. Bumkangm premtteym yam tersemket." Dengan mulut yang penuh itu dia bersuara.

Puan Dayang yang melihat hanya menggeleng.

Daiyyan yang baru sahaja tiba berserta Tengku Ibrahim disisi menuju ke meja makan. Matanya tajam melihat pipi Ayash yang sudah kembung seakan akan belon. Tanpa berlengah tangan mamanya dikucup mesra.

"Kenapa tu mama?"

"Kamu tanyalah dia sendiri." Tersenyum Puan Dayang melihat Ayash yang gigih mengunyah makanan.

Tempat duduk disebelah Ayash diambil. "Oi, sedap punggung kau bermanja dengan canem aku." Bahu Ayash dicuitnya.

"Nyumnyumnyum." Badan menari nari. Sengaja dia berpura pura tidak mendengarkan Daiyyan.

"Eh hubby ni. Dengan Ayash pun nak jealous." Satu lagi suapan dihalakan kepada Ayash.

"Eyyy, canem ni!! Hubby, canem tak suap pun macam tu!!!" Apa ni. Dia pun tidak dapat bermanja sebegitu rupa. Ayash pula yang melebih.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now