#32

94 6 1
                                    

Setiba sahaja dia di kawasan perumahan mentuanya, Talia disebelah dipandang sekilas. Amboi!! Bukan main nyenyak lagi canem hubby ni yeee.

"Uyan aşkım geldik.." Cuping telinga Talia dibisiknya.

"Hmm, hubby cakap canem gedik?" Dengan mamai mamai, sempat lagi dia mencari kesalahan. Suka betul ajak bergaduh minah ni!!

"Mana ada, hubby suruh canem bangunlah. Tak baik fitnah suami sendiri tau." Kening Talia diurut perlahan.

Tok!

Tok!!

Tok!!

Tingkap kereta Range Rover itu diketuk seseorang. Aduhh kacau daun betul.

Talia terus bangun dari lenanya. "ADUHH!!" Ha itulah padahnya bangun tergesa gesa. Tak pasal pasal mereka berdua terhantuk.

"Keras gila kepala canem. Sakit bibir hubby tau." Bibirnya yang pedih dek hentukan kepala sang isteri dipegang.

"Sapa suruh hubby kacau canem." Bukannya nak mintak maaf. Malah dia memarahi Daiyyan pula.

"Ikut canemlah. Asalkan canem hubby ni bahagia." Senyuman lebar bercampur gula gula daripada syurga itu mencairkan seluruh jiwa dan raganya ketika ini. Apa pasal laki aku ni. Dulu sebelum kahwin bukan main lagi kaki mengusik. Ni dah macam tertelan 100kg gula sahaja.

"Sudah sudah la tu bermanja manjanya. Kesian umi penat buat pelamin hangpa kat dalam tu." Sindih alang yang melihat aksi kakak dan abang iparnya.

"Abang ipaq hang la, gatai meqela." Mata menjeling Daiyyan disebelahnya.

Daiyyan hanya tertawa melihat Talia yang sudah memerah muka ditegur alang.

Kaki melangkah ke arah punggung kereta. Tatkala tangan ingin membuka bonet, pantas sahaja tangannya dihalang Daiyyan. "Sibuk je canem ni. Gi la sana tolong umi, yang ni biar hubby yang buat." Tangan si isteri diterpis lembut. Tak padan dengan tangan sebesar ranting, ada hati nak tolong dia angkat beg sebesar anak gajah ini.

"Eyyy, apa ingat oqang lemah ka. Silap haribulan hubby pun oqang boleh angkat tau!!" Tangan naik menyilang dada. Kaki terus melangkah meninggalkan Daiyyan dibelakang.

Terkekek kekek jejaka itu ketawa. Seakan akan perut tersebut bakal terburai tidak lama lagi.

"Asalammualaikum, umi!" Talia menarik uminya untuk berdiri. Amboi, lawa bukan main lagi pelaminnya ini. Pandai juga Puan Erina menghiyas.

"Cantikkan?"

"Cantik cantik!! Tak sabaq kakak nak naik esok!" Teruja pula dia jadinya.

"Malam ni majlis berinai kita kita ja ka?" Manalah tahu, anak dan menantunya itu berniat ingin membuat majlis besar besaran.

"Haah, tu pun kalau Oli dan Sara nak mai." Sambil sambil tangan membelik belik hasil kerja uminya itu. Kemas, sudah seakan akan ditempah pula.

"Oli?" Kepala digaru. Seingatnya, dia seperti pernah mendengar nama tersebut. Tetapi dimana?

"Haah, kawan kakak tu."

"Olivia Ayana ka nama dia?" Tiba tiba nama tersebut terlintas dikepala.

"Umi kenai ka?"

"Umi kenai, tapi tak ingat muka."

"Alah, tak apa. Nanti kalau dia jadi mai malam ni, umi kenailah dia." Sambung Talia lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tatkala selesai mengangkat beg memasuki ruangan bilik Talia. Tiba tiba matanya tertumpu pada sesuatu objek diatas meja solek tersebut. Aik, macam pernah nampak.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now