"Farid!!" Tangan melambai kepada suami Sara itu. Kaki berlari laju ke arah Farid.
'Mati...' Gumam Farid.
"Kau nak apa?" Dengan muka bersahaja dia bertanya. Haishhh kenapalah 2 ketul mangkuk ayun dibelakang tu tak bagi tahu dia.
"Bawa aku jumpa Sara please. Aku nak tengok je, dia macam mana." Pinta Talia. Sungguh selepas kejadian sahabatnya ditikam, dia tidak lagi berjumpa dengan Sara. Entah apa yang dilakukan gadis itu.
"Err.. Ajak Daiyyan la. Aku busy, nanti borak lain ye." Pantas sahaja kaki Talia menyelit kaki Farid yang sedang bergerak itu. Tak pasal pasal tubuh tegap tersebut jatuh ke lantai hospital seperti nangka busuk.
PHUFF!!
Tersembur anak buah dia dibelakang. Tak lain tak bukan, pasti ketawakannya. Tunggu la nasib mereka di markas nanti.
"Bagi tahu mana Sara before aku jerit." Ugut Talia lagi.
"Kau gila ek? Sara tu dah jadi bini aku tau." Lutut dibengkokkan dan bangun dari jatuhnya. Nasib tak sakit.
"Please la Farid. Kali ni je.. Aku betul betul risaukan dia." Melutut Talia merayu kepada jejaka dihadapannya itu. Tidak sanggup dia bayangkan hidupnya tanpa Sara. Walaupun sejak tinggal berasingan jarang sekali mereka dapat berjumpa.
"Sara okey je." Balas di acuh tak acuh. Malas ingin melayan karenan gadis tersebut. Kang tak pasal pasal mulutnya dijahit oleh harimau jantan nanti.
"Tak, aku nak tengok depan mata aku sendiri. Please la." Rayu dia lagi.
"Boleh tapi ada syarat." Nak tak nak dia terpaksa juga menunaikan permintaan gadis tersebut. Kasihan pula melihat Talia sebegini rupa. Jujur dia sendiri tidak tahu mengapa Daiyyan tidak membenarkan Talia bertemu isterinya itu.
Tatkala mereka melangkah menuju ke wad yang menempatkan Sara Dalia, wajah Talia tidak berhenti mengukir senyum di wajah. Tak sabar dia ingin berjumpa dengan satu satunya sahabat dunia akhirat. Mana taknya, sudah lama dia tidak berborak dan bergosip bersama gadis tersebut.
Pintu bilik wad tersebut ditolak Farid. "Asalammualaikum, cinta." Tiada sahutan dari dalam. Hairan Talia jadinya. Jarang si Sara itu pekak.
Pabila masuk sahaja dia di dalam bilik tersebut. Terkejut dia melihat isi dalam bilik itu. Wayar wayar berselerak di atas tubuh sahabatnya yang kusyuk berbaring di atas katil hospital. Alat bantuan penafasan juga turut dikenakan. A..Apa yang terjadi ni? Kenapa semua orang cakap Sara baik baik sahaja?
Dadanya mula berasa sesak. Entah mengapa perasaan marah bercampur sedih itu membuatkan hatinya terhiris hebat. Cengkaman didada diperketatkan. Laju sahaja jantungnya mengepam darah ketika ini.
"Talia?" Ha sudah, asal dengan minah ni!! Rungut Farid dalam diam.
"D..Diam la!!" Tubuh sahabatnya didekati.
"Sa..Sara. Ke..Kenapa kau jadi macam ni?" Dengan nafas yang kian sesak itu, dia gagahkan juga bersuara.
Risau Farid melihat Talia yang seakan akan sudah hilang kewarasan itu. Sudahlah keadaan Talia kelihatan semput semacam. Seperti ikan didarat sahaja dia melihat. Telefonnya mendail nombor sepupunya pantas. Aduhh matilah dia nak menjawab nanti. Patutlah mamat tu tak bagi Talia masuk melawat isterinya itu.
PANG!!
Bunyi pintu wad yang ditolak kuat. Tubuh sasar itu melulu masuk ke dalam. Beberapa titisan mutiara di dahinya kelihatan. Nampak sangat Daiyyan berlari untuk ke situ tadi.
Didalam fikirannya ketika itu hanyalah Talia Humaira. Sungguh dia merisaukan gadis tersebut, sanggup dia meninggalkan meeting yang baru sahaja berlangsung demi seseorang yang bernama Talia Humaira binti Muhammad Taufiq
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...