Knock!
Knock!!
Knock!!!
Pintu bilik itu diketuk seseorang. Dalam keadaan mamai Daiyyan bangun dari baringannya menuju kearah pintu tersebut. Tatkala tombol pintu dipulas tiada pula figura manusia yang berdiri dihadapannya ketika ini. Siapa? Hantu ke?
"Woi!! Bawahlah!" Jerit suara kecil itu.
"Astaufirullah halazim. Kau ni Ayash, aku ingatkan toyol tadi!!" Kepala Ayash dilukunya. Dada digosot lembut. Hampir luruh jugalah jantungnya itu. Haihh, parah betul ada adik tak cukup inci ni. Sudahlah isterinya pun dua kali lima sahaja. Lenguh tengkuk selalu menunduk sahaja
Tubuh abang angkatnya itu ditolak ke tepi. Talia yang masih berbaring tidak sedarkan diri pula didekati.
"EH EH!! Kau nak buat apa tu!!" Apa ni dekat dekat dengan isteri dia. Nak bermanja carilah isteri sendiri.
"Lek arkk. Abang ayam mati, Ayash juga yang jaga pretty nanti." Bantal Daiyyan diambilnya. Tubuh kecil itu berbaring disebelah gadis tersebut.
AMBOI!! Dah macam bini dia sahaja. "Dah dah turun, kau datang sini dah solat subuh belum?"
"Dah."
"Kalau dah keluarlahh. Sibuk je menyemak dalam bilik ni." Daiyyan naik duduk diantara Talia dan Ayash.
"Alahh, dulu Ayash juga yang tidur sini." Kaki terus melangkah keluar. Eyy, kerja kena keluar sahaja. Kalau bukan sebab dia pasti dua pasangan tersebut tidak berkahwin.
Tatkala adik angkatnya keluar, wajah lena itu ditatapnya. "Canem..."
"Bangun.."
Hanya ngigawan dijawab. Tubuh itu berpusing kearah bertentangan. Haihhh, makin liat pulak dia ni nak bangun.
Sekali lagi batang hidung itu ditutup. Membiarkan salur pernafasan Talia tersangkut didalam.
Matanya terus terbuka. Tangan besar yang berada dibatang hidung itu diterpis. "APA NI!!! Suka sangat picik hidung orang macam tu. Nak jadi duda muda ke?" Geram pula Talia jadinya. Sudahlah mimpi dikejar oppa sebentar tadi terbantut.
"Boleh juga. Selalukan duda ni menjadi rebutan dara." Tangan memegang dagu memikirkan cadangan yang diberikan oleh Talia tersebut.
"Pungkoq hang aih."
"Dah dah jangan nak sambung tidur balik. Jom bangun solat." Tangan menarik Talia untuk bangun.
"Kejaplahh 5 minit lagi." Selimut ditarik semula menutupi wajah. Lek ark, awal lagi.
"Canem janji nak jadi bidadari syurga hubbykan?" Daiyyan mencekak pinggangnya. Sengaja ingin mengumpan Talia. Mungkin bapak syaitan bertenggit dibahu kot?
"Ishh, yela yela. Nanak ukung." Kedua dua belah tangan dihulungkan kepada Daiyyan. Muka dicebikkan.
"Serious nak. Kalau hubby dukung, kita tak jadi solat kejap lagi." Daiyyan mempamerkan senyuman sinisnya. Sengaja dia mengacah untuk mengangkat Talia. Namun, cepat gadis tersebut berlari menuju ke arah bilik air. Tahupun takut.
Keluar sahaja dari dalam bilik air itu, telekung yang elok tersidai di tempatnya dicapai.
"ASTAUFIRULLAH HALAZIM!!"
"Hubby ni dah kenapa. Macam terserempak hantu je. Canem buruk ke?" Rasanya muka dia elok sahaja dilihat dalam pantulan cermin tadi.
"Tak. Hubby just terkejut tengok canem je. Ingatkan bidadari syurga terhempas kat sini."
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...